Movie Review : Love At Second Sight (Mon inconnue)
Wednesday, 15 April 2020
Director : Hugo Gelin
Writer : Hugo Gélin, Igor Gotesman, Benjamin Parent
Cast : François Civil, Joséphine Japy, Benjamin Lavernhe
Production Company : Zazi Films, Mars Distribution, France 3
Genre : Romantic / Comedy
Running Time : 117 minutes
Release Date : 3 April 2019 (France)
Trailer :
Bertemakan konsep time traveling, kisah bermula dengan kehidupan Raphael (François Civil) yang suka berimaginasi dan mengarang cerita dalam buka nota merah yang bertajuk Zoltan. Dia cuma berkawan dengan Felix (Benjamin Lavernhe) dekat kolej tu. Felix bagitahu Raphael yang novel dia tak ada sesuatu yang menarik bila Zoltan cuma berfoya dengan 1000 wanita. Seorang superhero perlukan cinta sejati kalau tak cerita tu cuma sia-sia.
Masa Raphael tengah kemas loker untuk balik, dia terdengar alunan bunyi piano dekat dengan tempat dia. Disebabkan tertarik dengan alunan muzik tersebut, Raphael pergi mencari di kawasan tu dan terjumpa dengan Olivia (Joséphine Japy).
Dari pertemuan tu, Raphael mula jatuh cinta dengan Olivia. Keesokannya Rapahel bagitahu Felix tentang Olivia dan dia dapat bayangan Olivia akan jadi cinta sejati Zoltan dengan nama Shadow. Tapi masa tu baru dia perasan yang buku nota dia hilang so terpaksa lah dia tulis balik cerita dia dari awal.
But then Olivia datang dan pulangkan buku nota merah tu dan bagitahu yang cerita Zoltan menarik. Dari situ Raphael dan Olivia sama-sama jatuh cinta. Masing-masing graduate, Olivia kejar cita-cita sebagai pianist dan Raphael sebagai penulis novel. Kemudian mereka berkahwin.
Tapi tak selamanya perkahwinan mereka berdua bahagia bila Raphael makin busy dan mula ignore Olivia. Felix pun terima layanan yang sama. Olivia sakit hati bila Rapahel matikan watak Shadow dan meradang bila Olivia cakap sia-sia dia berkorban untuk make sure Raphael berjaya jadi novelis terkenal. Bagi Felix, Olivia tak boleh pergi jauh pun sebagai pianist.
Esoknya bila Raphael bangun tidur, dia berada di alam lain dan bekerja sebagai guru sastera walaupun Felix masih lagi kawan baik dia tapi Olivia adalah seorang pianist terkenal di alam tu dan tak kenal langsung siapa Raphael. Apa jadi lepas tu kena tengok lah movie ni.
Jalan cerita yang menggunakan konsep time travel ni dah banyak movie guna dah dengan mesej yang sama untuk menghargai partner dan sedar apa yang berlaku bila cinta hati hilang dari hidup. No worries dalam movie ni tak ada episod curang cuma bukan curang je kan yang boleh buat pasangan bergaduh dan tawar hati? Raphael ni tahu je semua benda pasal Olivia tapi sebab dah terbiasa lah dia anggap lepas marah nanti pujuk balik kira okay la tu. Haaa benda ni common kan?
Plot masa movie ni pun macam tak berapa sesuai lah untuk dunia moden sekarang. Ramai je pasangan yang berjaya dalam karier masing-masing dan bahagia. Olivia dengan Raphael tak ada masalah dengan jarak pun sampai salah seorang kena korbankan karier.
Setakat nak manage hal kerja Raphael, Felix ada. Hire maid untuk uruskan hal rumah. Bila Olivia nervous sebelum perform, video call je lah Raphael bagi moral support. Not necessarily dia perlu datang. Olivia pun kena faham la schedule kerja Raphael.
Selalunya kalau dalam movie lain dia tak ada sembang macam mana boleh jadi situasi di alam dimensi lain tapi dalam movie ni dia bagitahu konsep time travel ni macam mana cuma bila apply dekat ending dia jadi macam eh yang sebelah sana tu okay je ke? Kalau Olivia sana tunggu Raphael datang macam mana?
Dari awal sampai habis momentum movie ni tak jatuh sebab banyak scene kelakar antara Raphael dengan Felix especially masa Raphael tak tahu dia sebenarnya di alam dimensi lain. Awalnya memang Felix susah nak percaya tapi bila tengok perangai Raphael yang ni lain sangat dan bukan sebab hangover so dia cuba tolong Raphael jumpa Olivia supaya dia boleh balik ke alam asal dia dan pulangkan balik kawan dia yang sebenar.
Tak pernah lagi layan movie French so ni first time lah tengok keindahan di sana tapi bukan dekat kawasan kota Paris lah. Bosan kot asyik Eiffel Tower padahal bukan ada benda sangat pun. Breathtaking view dengan music score yang sesuai dengan mood romantic. Suka scene Olivia main piano dekat konsert dia, sedap sangat!
Overall kalau suka konsep time travel dan genre rom-com boleh la masukkan movie ni dalam list must watch PKP haha
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.5/10