Drama Review | Gadis Kretek (2023)
Tuesday, 21 November 2023
Pengarah: Kamala Andini, Ifa Isfansyah
Penulis Skrip: Tanya Yuson, Ratih Kumala, Kanya K. Priyanti, Ambaridzki Ramadhantyo
Pelakon: Dian Sastrowardoyo, Ario Bayu, Putri Marino, Arya Saloka
Syarikat Produksi: BASE Entertainment
Penyiaran: Netflix
Genre: Romantik / Drama
Jumlah Episod : 5 Episod (58-74 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 5 Oktober 2023
Trailer:
Berlatarkan tahun 1964, Dasiyah (Dian Sastrowardoyo) atau dikenali dengan Jeng Yah merupakan anak perempuan sulung kepada pengusaha kilang kretek (rokok tembakau), Idroes Moeria (Rukman Rosadi). Jeng Yah sentiasa membantu ayahnya menguruskan ledger dan menjaga kualiti kretek Kretek Merdeka. Impian Jeng Yah adalah untuk mencipta perisa kretek baru namun perempuan tidak dibernarkan masuk ke Bilik Perisa kerana khuatir akan merosakkan rasa manis tembakau.
Pak Idroes mengaturkan perkahwinan anaknya dengan Seno (Ibnu Jamil), seorang askar dan juga anak kepada pengusaha kretek di daerah lain. Baginya perkahwinan tersebut dapat meningkatkan lagi bisnes kretek mereka. Namun, Dasiyah jatuh cinta dengan Raja (Ario Bayu), pengurus kilang kretek mereka.
Percintaan mereka tak disetujui oleh Idroes namun Raja cuba memujuk dan perkenalkan Kretek Gadis yang dihasilkan oleh Dasiyah sendiri. Perniagaan mereka mendapat untung tinggi terutamanya dalam kalangan wanita. Sehari sebelum pernikahan mereka, askar menceroboh masuk ke rumah untuk menangkap Idroes dan Dasiyah dibawa ke penjara.
Semenjak kejadian tersebut, Raja dan Dasiyah tidak lagi bertemu sehingga lah ke tahun 2001 di mana Raja (Pritt Timothy) meminta anak bongsunya, Lebas (Arya Saloka) mencari Dasiyah. Pencariannya bermula di Muzium Kretek lantas bertemu dengan Arum (Putri Marino), anak kepada Rukayah (Nungki Kusumastuti), adik kepada Dasiyah.
Drama Gadis Kretek yang ditayangkan secara perdana di Filem Festival Busan ke-28 merupakan adaptasi dari sebuah novel hasil nukilan Ratih Kumala. Dasiyah hidup dalam industri pembuatan rokok dan mempunyai cita-cita tinggi namun terhalang kerana jantinanya. Bukan saja drama Gadis Kretek memaparkan kisah cinta, dalam masa yang sama memaparkan layanan kepada kaum wanita pada era tersebut.
Dasiyah sentiasa ditegah melakukan perkara lebih dari yang dia inginkan. Perempuan harus tahu memasak, menjahit dan menggubah bunga sepertimana yang ditonjolkan dalam beberapa babak sebelum Dasiyah berkahwin dengan Seno. Kehadiran Raja membuatkan Dasiyah lebih berani ambil keputusan dalam hidup dan minat dia.
Sinematografi dari Batara Goempar menghidupkan lagi dunia 1960-an dalam Masyarakat Jawa yang mula berkembang ke arah urbanisasi pasca penjajahan Belanda. Penggunaan close-up shots agak banyak kerana karakter Jeng Yah yang pendiam dan banyak berinteraksi dan berekspresi melalui tatapan mata dan bahasa badan.
Drama Gadis Kretek mempunyai dua latar masa yang berbeza di mana penceritaan bersilih ganti antara masa lalu dan masa kini dengan ketegangan konflik yang berbeza. Kalau ramai yang suka Jeng Yah dengan Raja pada zaman 1960-an, I lebih tertarik dengan perkenalan Lebas dan Arum. Sedikit demi sedikit mereka jatuh suka dan menjadi teman istimewa yang berkongsi sejarah yang sama. Chemistry Arya dan Putri Marino bagi kelebihan pada babak mereka berdua. Even pengarah invested dalam karakter mereka berdua bila sepanjang kemunculan Lebas dan Arum, kedua-duanya memakai rona biru muda.
Meskipun Gadis Kretek mempunyai kekuatan pada penceritaan namun pace agak perlahan dan mempunyai beberapa plot yang tidak dikembangkan dengan baik. Mungkin untuk penonton Indonesia faham lah apa yang terjadi pada Dasiyah ketika dalam tahanan askar tapi untuk penonton negara luar, masih tertanya-tanya kenapa Idroes diserang dan Dasiyah ditahan. Kenapa Djagad (Verdi Solaiman) dengan mudah memberi nama kepada askar dan mencari Raja yang berkawan dengan parti merah.
Personally I tak lah suka sangat dengan watak Raja sebab pergunakan banyak pihak untuk kesenangan hidup dia. Kebaikan yang dia tunjuk pada Dasiyah sebelum tercipta Kretek Gadis pun secara tak langsung bagi kelebihan pada hidup dia. Kesian juga dengan watak Seno tapi itu lah, kalau sembang bab hati dan perasaan, memang susah kita nak faham. Terluka berkali-kali pun tetap juga pilih yang hati suka. Bak kata pepatah, ikut hati, mati.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10