Showing posts with label Documentary Review. Show all posts
Showing posts with label Documentary Review. Show all posts

Documentary Review | The Romantics (2023)

Friday, 24 February 2023


Director : Smriti Mundhra
Writer : N/A
Cast : Amitabh Bachchan, Shah Rukh Khan, Hrithik Roshan, Anil Kapoor, Abhishek Bachchan, Uday Chopra, Ranbir Kapoor, Ranveer Singh, Ayushmann Khurana, Rani Mukherjee, Madhuri Dixit, Juhi Chawla, Karan Johar, Aditya Chopra, Katrina Kaif, Bhumi Pednekar, Shanoo Sharma, Aamir Khan, Salman Khan, Salim Khan
Production Companies: N/A
Distributor : Netflix
Genre : Documentary
Running Episodes : 4 episodes (40 minutes per episode)
Release Date : 14 February 2023
Trailer :


'Yashji never lost his mind towards nature and towards romance even when he's doing a film like Deewar.' – Amitabh Bachchan

Tak sangka Yash Raj Films akan buat dokumentari sempena Valentine’s Day tahun ni sebab tak ada hype, tak ada announcement tup tup keluar dekat Netflix. Sejak zaman 70-an lagi Yash Chopra terkenal dengan seni karya yang romantik. Naskhah yang dihasilkan terarah pada kisah cinta dalam kehidupan sejagat. 

Dalam Episod 1 boleh nampak dokumentari terarah pada latar belakang Yash Chopra yang datang ke Mumbai dan bekerja di bawah syarikat produksi milik abangnya kemudian mendapat kejayaan demi kejayaan di box office sehingga dia yakin untuk hasilkan syarikat produksi miliknya sendiri iaiatu Yash Raj Films. 

Seronok tengok episod pertama yang penuh dengan sejarah dan kenangan filem lama. Macam mana Amitabh Bachchan boleh terkenal dengan jolokan ‘The Angry Young Man’ dari filem-filem aksi olahan Yash Chopra. Macam mana Yash Raj Films satu ketika dulu naik kemudiannya menghadapi masalah kewangan kerana beberapa filem tak menjadi kemudian naik semula kerana Chandni. 

Walaupun masa tu tak diterima oleh penonton, filem seperti Lamhe, Silsila masih jadi sebutan dan rujukan hingga sekarang. Kemudian diceritakan pula macam mana Yash Raj Films bertukar selera untuk tawan hati penonton dalam kalangan anak muda menerusi filem Dilwale Dulhaniya Le Jayenge oleh anaknya, Aditya Chopra. 

Macam mana Aditya yakinkan Shah Rukh Khan untuk berlakon dalam filem romantik dengan Kajol sebab SRK tak nak jadi romance hero, dia nak berlakon dalam filem aksi macam Darr, Duplicate atau Koyla. Tapi Adi kata ada sesuatu pada mata SRK yang buatkan dia nampak seperti hero romantik. Setiap hari Aditya datang untuk pujuk SRK sampai lah dia setuju. Bukan saja DDLJ lonjakkan nama SRK malah sampai ke hari ini filem tersebut diulang tayang di panggung wayang baik di India mahupun di UK. 

Dua episod pertama dibikin dengan baik tambahan pula bila Smriti Mundhra berjaya pujuk Aditya Chopra untuk bagi interview dalam tempoh jangka masa yang panjang selepas 20 tahun Aditya tak muncul di hadapan kamera. Masuk episod ketiga, perbualan tentang nepotism yang berlaku dalam Bollywood industry. Fokus terarah pada Uday Chopra, anak bongsu Yash Chopra yang gagal jadi terkenal sedangkan kawan baik dia, Hrithik Roshan dan Abhishek Bachchan ada zaman kegemilangan mereka yang boleh dibanggakan. 

Kata Adi, penonton yang tentukan nasib seseorang pelakon but personally from me, kegagalan Uday bukan sebab dia tak pandai berlakon tapi watak yang diberi oleh YRF adalah watak yang merosakkan imej Uday. Dalam filem Mohabbatein (2001), kisah percintaan Uday dengan Shamita biasa saja macam kisah cinta normal berbanding dua kisah yang lain. Kemudian watak Ali dalam franchise Dhoom (2004) yang selekeh dan bising. Sama juga dengan beberapa filem lain sedangkan performance Uday dalam Mere Yaar Ki Shaadi Hai dengan Mujhse Dosti Karoge okay je. Itupun watak dia kena dump dengan heroin. I agree with Aditya when nepotism isn’t a big issue but Uday isn’t the best example to cement that statement. 

Dari dokumentari The Romantics nib oleh nampak lah yang Aditya Chopra memang sayang dengan Ranveer Singh sebab dia dapat slot banyak lepastu try hard nak berdrama sampai menangis bagai. Of course Aditya bagi platform kepada Ranveer tapi di belakang tabir, kita tahu ayah Ranveer bayar Shanoo Sharma berapa banyak walaupun gagal dalam audition sampai Aditya sendiri bagi personal coaching. Menyampah tengok Aditya Chopra cuci imej nepotism Ranveer dengan bagitahu pelakon kesayangan dia adalah outsider. Boleh je kalau dia nak sembang pasal Anushka Sharma atau Ayushmann Khurrana. 

Patutnya letak satu episod sembang tentang musik yang dihasilkan di bawah Yash Raj Films sebab music album di bawah YRF semuanya fresh dan mempunyai kekuatan pada lirik lagu. Sementara production house yang lain dah kejar lagu lama untuk dibikin remakes dan remix, YRF masih steady hasilkan lagu baru dan berkualiti. Tapi tak diceritakan langsung sedangkan lagu adalah pati yang jitu dalam pembikinan filem Bollywood. Macam mana dari sebuah lagu boleh jadi daya penarik yang kuat dan juga sumber rezeki kepada pereka fesyen, penari, komposer, pereka set dan ramai lagi. 

Kecewa juga tengok tak panjang pun temu ramah dengan pelakon yang melonjakkan nama Yash Raj Films macam Saif Ali Khan dengan filem Hum Tum, Ta Rum Pum Pum ataupun Katrina Kaif dengan franchise Tiger, New York dan Dhoom. Sama juga dengan Salman Khan yang naikkan nama YRF dengan franchise Tiger. John pun sama. Kalau tambah dua atau tiga episod pun tak ada masalah sebab tak kacau bajet pun. Pretty sure banyak sangat sesi temu ramah yang dipotong untuk cramp 35 orang dalam 4 episod. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 7/10