Ada lagu yang lahir dalam sekelip mata, dan ada juga yang menunggu bertahun-tahun untuk menemukan takdirnya. Lumrah Cinta, buah tangan daripada Syamel dan Aepul Roza, setelah hampir tujuh tahun tersimpan, akhirnya ‘dihidupkan’ oleh penyanyi berbakat Puteri Khareeza, menjadikan gabungan suara dan karya ini satu kolaborasi yang cukup istimewa.
Diterbitkan di bawah Alternate Records, lagu pop balada ini mengangkat kisah hati yang pernah kecewa namun tetap reda untuk kembali membuka ruang kepada cinta. Dengan sedikit sentuhan baharu daripada segi lirik dan susunan muzik, Lumrah Cinta kini tampil lebih matang, penuh emosi, dan dekat di hati, sekali gus sesuai menjadi peneman jiwa-jiwa yang pernah terluka.
Menurut Aepul Roza, idea asal lagu ini datang daripada Syamel, dengan melodi awal yang sudah dicipta sekitar tujuh tahun lalu. “Tahun ini, rezeki kami jumpa penyanyi yang sesuai untuk lagu ini. Sedikit ubah suai pada melodi dan lirik, dan alhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan. Lagu balada memang genre kegemaran saya untuk diterbitkan, dan gabungan penulisan saya dengan Syamel dalam lagu ni memberikan rasa yang lain daripada biasa,” ujar Aepul.
Puteri Khareeza, yang diberi tanggungjawab untuk menyampaikan lagu ini, tampil dengan persembahan vokal yang matang dan penuh penghayatan. Bagi Puteri Khareeza, pengalaman merakamkan lagu ini sangat bermakna. Beliau berkongsi, “Saya sangat teruja dan pada masa yang sama gementar, sebab Syamel dan Aepul ialah nama besar dalam industri yang saya sendiri kagumi. Mereka sangat baik sepanjang sesi rakaman dan kedua-duanya memberi tunjuk ajar yang berharga untuk menjayakan lagu ini.”
“Lagu ni bukan mudah untuk dibawakan. Cabaran utamanya adalah cara untuk menyampaikan penghayatan setiap bait lirik, lebih-lebih lagi apabila demo asal lagu ini dirakam sendiri oleh komposer, Syamel. Daripada segi vokal pun, memang mencabar,” tambah beliau yang hanya mengambil masa dua jam untuk menyiapkan rakaman.
Lumrah Cinta bersedia menjadi lagu tema peribadi bagi mereka yang mencari pengubat luka! Lagu ini kini tersedia untuk didengari di semua platform digital, termasuk Spotify, Apple Music, dan YouTube Music. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.
***********************************
Mengenai Alternate Records & Talents
Alternate Records & Talents merupakan sebuah agensi mencungkil bakat muzik dan lakonan bakat yang mantap dan serba boleh. Ditubuhkan pada tahun 2006, Alternate Records and Talents (dahulunya dikenali sebagai Monkeybone) telah meningkatkan industri hiburan dan artis berasaskan muzik di Malaysia dengan mempamerkan portfolio luar biasa dengan bakat bakat memenangi anugerah, muzik yang menduduki carta teratas, Pemilikan IP dan banyak pengedaran. Artis mereka berjaya secara komersial telah menjadi trend di YouTube, Twitter dan Tiktok dan sebagainya.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.