SHUKRI YAHAYA JADI TAUKE KOPI?

Friday, 25 April 2025

SHUKRI YAHAYA JADI TAUKE KOPI? | Bru, Karya Baharu Nik Amir Mustapha, Kini Di Tonton!

Apakah yang akan terjadi apabila seorang mover berjiwa besar nekad untuk menjadi tauke kopi tetapi tiada modal? Tonton dengan bangganya mempersembahkan Bru, sebuah drama komedi segar yang bakal menghiburkan penonton dengan kisah perjuangan dan persahabatan dalam dunia perniagaan kopi jalanan. 

Drama bersiri 10 episod terbitan Lumatic Films ini diarahkan oleh pengarah tersohor Nik Amir Mustapha dan bakal menemui penonton di Tonton bermula 1 Mei 2025, setiap Isnin dan Khamis. Dibarisi pelakon-pelakon hebat, Bru menampilkan Shukri Yahaya sebagai Shah, seorang mover berjiwa besar yang begitu obses dengan kopi dan kejayaan. Siti Hariesa pula membawa watak Hani, seorang barista yang bukan sahaja berbakat tetapi juga anak kepada seorang Tan Sri yang mahukan kebebasan dalam mencipta perasa kopi. Amerul Affendi pula memainkan watak Ajan, sahabat setia yang menganggap Shah seperti adik sendiri.

Bru mengisahkan seorang mover bernama Shah yang hidup dalam kesederhanaan tetapi bercita-cita besar. Dia nekad mencari peluang baharu dan mendapat idea untuk membuka kedai kopi. Malangnya, impiannya lebih besar daripada kemampuannya kerana dia tidak mempunyai modal! Satu-satunya aset yang dimilikinya ialah sebuah van lapuk peninggalan bapanya dan semangat yang membara. Dengan bantuan kawan baiknya, Ajan, dan seorang barista berbakat bernama Hani, Shah mengubah vannya menjadi sebuah kafe kopi dan memulakan perniagaan bergeraknya.

Namun, dunia perniagaan tidak semudah yang disangka. Shah dan rakan-rakannya berdepan dengan pelbagai rintangan, seperti persaingan sengit dengan peniaga lain, kerenah pelanggan kelas atasan, serta masalah penyelenggaraan peralatan. Di samping itu, sifat panas barannya sendiri sering merumitkan keadaan, menguji persahabatan dan hubungan dengan orang di sekelilingnya. Dalam usahanya untuk mengejar impian, Shah akhirnya perlu berdepan dengan realiti, adakah cita-citanya lebih penting daripada persahabatan dan keluarga?

Shukri Yahaya, yang membawa watak Shah, melihat karakter ini sebagai seorang yang penuh semangat tetapi sering bergelut dengan realiti perniagaan dan hubungan peribadi, “Shah dalam Bru bukan sekadar seorang peniaga kopi, dia seorang yang berani mengejar impian, walaupun terpaksa berdepan dengan kegagalan dan konflik. Wataknya mencerminkan realiti ramai yang ingin mengubah nasib hidup tetapi sering terhalang oleh cabaran sendiri. Saya harap penonton dapat melihat perjuangan Shah sebagai sesuatu yang relatable dan menghiburkan. Selain itu, ini merupakan comeback saya selepas berehat seketika daripada drama dan berharap penonton dapat menerima Bru dengan baik,” jelasnya


Jangan ketinggalan untuk mengikuti perjalanan penuh cabaran, gelak tawa dan kehangatan persahabatan ini. Saksikan Bru bermula 1 Mei 2025, setiap Isnin dan Khamis, eksklusif hanya di Tonton! Strim episod baharu melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. 

Untuk info lanjut tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Tonton di Facebook, Instagram dan Twitter di @TontonMY.

*************************

Mengenai Tonton
Tonton adalah perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia dan telah dilancarkan pada tahun 2011. Nikmati kandungan tempatan terbaik dan acara LIVE eksklusif dalam definisi tinggi (HD) yang dibawakan secara tanpa had. Dengan peningkatan servis, alami pengalaman baru dalam menonton keseluruhan episod secara menerus. 

Visi Tonton adalah untuk menjadi platform hiburan video tempatan #1 untuk drama Malaysia yang terbaik dan terkini, acara LIVE eksklusif dan banyak lagi. Dapatkan maklumat terkini tentang perkhidmatan serta penambahbaikan melalui akaun rasmi media sosial di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok @tontonmy.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.