Ramadhan tahun ni berbeza sikit dengan Ramadhan sebelumnya sebab ada Program Ihya' Ramadhan di mana warga Ram Reza & Muhammad boleh join tadarus. Setiap seorang akan baca satu juzuk Al-Quran atau boleh share baca sampai complete 1 juzuk sebab staff RRM ramai. Program tadarus ni terbuka untuk Ram Reza & Muhammad HQ di Petaling Jaya, branch Penang dan Kuala Terengganu juga.
Masa pengumuman tu dibuat di dalam group WhatsApp, ramai yang dah ambil juzuk belakang-belakang sebab banyak surah pendek-pendek. I tengah drive sebab nak pergi event so tak aware dengan plan diorang. Tapi I pilih juzuk 2 sebab sekarang memang tengah baca juzuk tu. Nasib baik ada program tadarus ni, kalau tak macam siput sedut je nak habiskan satu page.
Pertengahan Ramadhan dah ramai yang habis baca juzuk masing-masing dan kebanyakannya yang pilih juzuk awal. Yang pilih juzuk hujung-hujung tu sunyi sepi, mungkin jenis pecut last minute. Bila dah keluar tarikh untuk Majlis Khatam Al-Quran baru masing-masing speed up untuk habiskan bacaan masing-masing.
😦: Eh dah nak buat Majlis Khatam Al-Quran tapi juzuk 29 tu tak ada yang baca lagi. Tak ada yang nak ambik ke juzuk tu?
😅: Eh, lawyer dekat RRM Penang dah baca dah. Dia buat 2 juzuk.
😦: Ni yang xxx dah siap ke? Kenapa dia tick done tapi dalam kurungan surah An-Naba'? Dia baca surah tu sahaja ke?
😅: Alamak, nanti kena inform dia lah baca semua surah dalam juzuk tu.
Lepas ni kalau ada lagi program tadarus di bulan Ramadhan, kena explain lah cara nak join tadarus sebab ada yang tak faham konsep dia macam mana. Nasib baik si xxx berjaya juga habiskan bacaan sebelum Majlis Khatam Al-Quran ni. Dalam entry Sampul Raya RRM ada bagitahu majlis fizikal cancel kan, sebab ikutkan nak buat dekat office tapi imamnya ada hal. Kalau boleh nak gabung majlis dengan RRM Penang tapi tak dapat so HQ buat online je malamnya.
RRM Penang punya meriah lah sebab ada Majlis Khatam Al-Quran lepastu sesi pemberian duit raya kemudian iftar sama-sama dekat office. KalauHQ buat dekat office bolehlah buat content socmed tapi sebab tak ada screenshot je lah Google Meet majlis tu. Tak lah seronok sangat bila online ni sebab semua pun mute audio untuk elakkan audio huru-hara. Tapi apa pun Alhamdulillah dah selesai khatam al-Quran untuk sesi pertama Program Ihya' Ramadhan: Tadarus RRM.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.