Ramadhan 2025 | Mee Kari Opah

Sunday, 6 April 2025


😀: Ana, balik nanti berbuka apa?
😁: Ermmm makan Mee Kari Opah kot. Adik I beli haritu
😀: Ehhh nanti buat lah review sebab I nak makan tapi tak berani nak try takut tak sedap pulak.
😁: Okiessss boleh je. 

I tak pernah tahu pun kewujudan Mee Kari Opah ni sampai lah adik bagitahu Mee Kari Opah dia order dah sampai. Terkejut jugak dia kata nak masak mee kari untuk berbuka sebab setahu I dia selalu masak Maggi kari. Rupanya mee kari instant, confident lah sikit nak makan. Alang-alang dia nak memasak tu, I suruh dia guna ketam sebab nak clearkan space peti ais tempat beku. 

Harga sekotak Mee Kari Opah dari Arwaa Food ni dijual dengan harga RM19.90 tapi ada promo masa Ramadhan tu sampai harga jatuh jadi RM13 sekotak. Masa menyembang dengan Ain, baru tahu rupanya produk ni dari bisnes Nadzmi Adhwa dengan Ardell Ar­yana. Ada dua lagi founder tapi bukan pelakon macam diorang suami isteri lah kot. 


Ramuan Mee: Tepung Gandum, Kurma, Kismis, Saffron, Gluten Gandum, Garam & Natrium Karboksimetil Selulosa (CMC)

Ramuan Perencah: Perencah Kari, Serbuk Kelapa, Garam & Serbuk Cili

Ramuan Pasta Cili: Serbuk Cili, Kelapa Sawit & Udang Kering

Cara Penyediaan" 
1. Rebus 350ml - 400ml air sehingga mendidih. 
2. Masukkan Mee Tarik Arwaa dan serbuk perencah.
3. Masak selama 5-8 minit.
4. Sedia untuk dihidang


No wonder lah Ain kata ramai yang suka Mee Kari Opah ni, bila dah makan baru tahu kenapa. Mee dia kenyal walaupun kena masak lama sikit berbanding mi segera. Selalunya ambil masa dalam 2 ke 3 minit tapi Mee Kari Opah 5-8 minit. I rasa lebih kurang tempoh masa mi segera Samyang sebab tekstur dia tebal dan kenyal. Dalam mee tu ada kismis, saffron dengan kurma tapi rasa mee tak ada lah manis sangat pun bila makan. Mungkin ekstrak dari 3 bahan sunnah ni tak banyak pun sampai menjejaskan rasa mee. 

Untuk kuah, rasa berlemak sebab ada santan tapi kari tetap pekat lah. Bau kari tu wangi sampai kita tertarik nak makan. Nak pula makan masa berbuka memang sekejap je dah licin. Lepas ni nak repeat lagi Mee Kari Opah ni. Bab portion I tak pastilah dengan orang lain sebab adik I masak 3 bungkus untuk makan berdua. Dia macam portion sebungkus maggi kari, makan 1 tak kenyang, makan 2 bungkus jadi over sangat. 

Kalau ada yang tengah boikot produk Nestle which is Maggi Kari, boleh lah bertukar pilihan kepada Mee Kari Opah Arwaa Food ni. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.