RAHSIA DI SEBALIK TABIR BLOOD BROTHERS TERBONGKAR… GEMPAK DI LAYAR, GAMAT DI SET!

Wednesday, 23 April 2025

RAHSIA DI SEBALIK TABIR BLOOD BROTHERS TERBONGKAR… GEMPAK DI LAYAR, GAMAT DI SET! | INI LAWAK SEBENAR DI DALAM BLOOD BROTHERS 

Di sebalik aksi mendebarkan dan babak penuh adrenalin dalam filem Blood Brothers, tersembunyi pelbagai kisah belakang tabir yang tak disangka-sangka. Ada yang kelakar sampai tak boleh tahan gelak, ada juga yang cukup mencabar hingga hampir ‘give up’. Namun, semua perkara ini yang menjadikan penggambaran filem ini satu pengalaman yang luar biasa dan sukar dilupakan. Ini dia antara momen-momen paling mencuit hati dan paling tidak disangka dari belakang tabir Blood Brothers yang akan dibongkarkan oleh kedua-dua pengarah, Syafiq Yusof dan Abhilash.

1. Lawak Spontan Babak: “Dah Belum, Anjing!”

Jika nak cakap tentang babak paling kelakar dalam Blood Brothers, yang ni memang juara!

Dalam satu babak perlawanan yang penuh tegang, karakter Jaki (Syazwan Zulkifli) sedang terkial-kial cuba buka pintu, sementara karakter Arif (Syafiq Kyle) tengah bertarung hebat dengan beberapa orang bodyguard. Namun masalah timbul apabila Jaki mengambil masa terlalu lama untuk buka kunci tu!

Sampai satu tahap, Syafiq hilang sabar dan terus melontarkan satu skrip yang spontan, “Dah belum, anjing?!”

Momen tersebut membuatkan semua orang pecah gelak sehingga Jaki terus menyahut dengan menyalak seperti anjing secara spontan, “Woof, woof, woof!” yang betul-betul kena masa tersebut!

Langsung tak dirancang dan 100% hasil spontan. Tapi bila babak ini muncul di skrin, terus jadi antara momen paling ikonik dalam filem. Gabungan chemistry pelakon yang mantap dan timing yang kena tepat, buatkan satu adegan kecil jadi highlight yang susah untuk dilupakan.

2. Babak Aksi 'Ringan' Yang Jadi Tiga Hari 

Apa yang pada mulanya disangka sebagai babak aksi “simple” dalam suasana jam trafik, rupa-rupanya bertukar menjadi antara penggambaran paling mencabar sepanjang filem Blood Brothers. Bayangkan, lebih 40 buah kereta perlu disusun serentak di satu lokasi, ditambah pula dengan tiga babak pergaduhan berbeza melibatkan nama-nama besar seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Malik, Irfan Zaini dan Razib Saliman.

Babak ini asalnya dijadualkan selesai dalam dua hari. Tapi realitinya? Ia memakan masa lima hari! Semuanya gara-gara kerumitan susun atur kenderaan, pengambilan shot dari pelbagai sudut, serta permintaan pengarah yang ingin menghasilkan visual betul-betul mantap.

“Lepas dua hari kami tengok balik rakaman, rasa macam tak kena. Jadi kami semua setuju untuk buat semula dari awal” kongsi salah seorang pelakon. Ini baru namanya komitmen!

3. Si Jaki Kaki Tidur, Tapi Bila "Action!" Terus Hidup

Nak tahu siapa raja tidur kat set? Jaki (Syazwan Zulkifli) lah juaranya. Selagi bukan giliran dia, mata terus pejam, lena tak ingat dunia! Tapi sebaik saja nama dia dipanggil dan kamera mula rolling, dia terus switch on macam lampu!

Ramai yang bergurau, mungkin ilham dia datang dalam mimpi, sebab tiap kali bangun, terus bagi lakonan yang padu dan penuh karakter. Memang jelas bakat dia bukan main-main. Natural born actor, tak perlu warm-up pun terus jalan sahaja!

4. Cabaran Cuaca: Hujan & Bangunan Lama, Dua Kombinasi Mencabar


Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi adalah cuaca. Lokasi penggambaran di bangunan lama yang belum siap sepenuhnya membuatkan keadaan lebih sukar. Setiap kali hujan, lantai jadi licin, pergerakan jadi terbatas dan penggambaran pun jadi lebih perlahan. Namun, seperti biasa, pasukan Blood Brothers tak mudah mengalah dan sentiasa mempunyai semangat yang tinggi, mereka teruskan juga penggambaran tanpa mengira rintangan!

Kesimpulannya, di sebalik filem sehebat Blood Brothers, tersembunyi sebuah pasukan yang lebih hebat dari pelakon, kru, hingga ke pengarah yang tak kenal erti putus asa. Babak aksi yang gempak hanyalah permukaan; di belakangnya, ada kerjasama luar biasa, lakonan spontan yang menjadi ikonik dan semangat kental yang menjadikan setiap cabaran satu karya seni. 


Dari babak trafik yang sepatutnya dua hari bertukar menjadi lima hari, hinggalah dialog “Dah belum, anjing?” yang tercetus secara tak sengaja tapi terus melekat di hati penonton. Inilah dia magik sebenar di sebalik tabir. 

Utamakan filem Malaysia dan terus sokong karya tempatan! Jangan lupa tonton dan hebahkan tandapagar #BloodBrothers #BaraNaga #SapotLokal #SapotBloodBrothers. Jadi sebahagian daripada kemeriahan Blood Brothers! Saksikan filem aksi penuh intensiti ini yang sudah pun menggegarkan pawagam berdekatan anda bermula pada 10 April 2025!

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.