Prime Video Kini Di Astro Ultra Dan Ulti Box | Nikmati akses 2 bulan tanpa caj tambahan ke Prime Video untuk semua pelanggan Ultra dan Ulti Box bermula 24 April hingga 23 Jun 2025
Astro, peneraju hiburan dan kandungan di Malaysia, bersama Amazon, peneraju global dalam penstriman hiburan, hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan pelancaran aplikasi Amazon Prime Video di Astro Ultra dan Ulti Box. Kolaborasi ini menjanjikan pengalaman penstriman tanpa batas dengan menggabungkan filem dan siri popular dari Prime Video bersama kandungan Astro yang pelbagai.
Kerjasama ini turut membuktikan komitmen kolektif Astro dan Amazon dalam membawakan kandungan global terbaik kepada pelanggannya. Dengan mengintegrasi aplikasi Prime Video terus ke dalam Astro Ultra dan Ulti Box, pelanggan boleh mendapat akses mudah kepada pelbagai kandungan hiburan – daripada Amazon Originals yang diiktiraf, ke filem pecah panggung, sehinggalah siri TV kegemaran ramai - semuanya melalui platform Astro. Semua pelanggan Astro dengan Ultra atau Ulti Box boleh mengaktifkan akses dua bulan Prime Video tanpa caj tambahan bermula 24 April sehingga 23 Jun 2025*, dengan penjimatan sebanyak RM50.
Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Astro, berkata, “Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan Amazon untuk membawakan Prime Video ke Ultra dan Ulti Box. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menawarkan kandungan berkualiti tinggi dan pelbagai di satu platform. Dengan menawarkan akses mudah ke kandungan Prime Video berserta kandungan sedia ada kami dan on-demand, kami menawarkan pelanggan pilihan dan nilai terbaik, semuanya menerusi akses Ultra atau Ulti box mereka. Kerjasama ini meningkatkan lagi komitmen Astro untuk bukan sekadar memberi yang terbaik tetapi juga memudahkan pengalaman hiburan pelanggan.”
David Simonsen, Pengarah Amazon Prime Video bagi Asia Tenggara & MENA, berkata, “Matlamat kami adalah untuk memberikan pengalaman tontonan terbaik, dan melalui integrasi Prime Video ke dalam ekosistem Astro, kami memastikan pelanggan boleh mengakses rancangan dan filem kegemaran mereka dengan lebih mudah di pelbagai peranti, meggariskan obsesi kami dalam membawa keselesaan dan kualiti kepada penonton. Dengan kerjasama ini, penonton kini boleh menikmati pilihan kandungan yang lebih luas dari Prime Video Originals seperti Lord of The Ring: The Rings of Power, The Boys, Mirzapur, drama popular seperti Marry My Husband, dan Reacher serta produksi tempatan seperti Budak Flat.”
Pelanggan Astro kini boleh menikmati pelbagai pilihan filem Hollywood, Korea, tempatan dan serantau, siri TV, serta Prime Video Originals, semestinya ada sesuatu untuk semua. Kandungan yang ditawarkan oleh Prime Video telah mendapat sambutan popular di Malaysia menerusi Amazon Originals seperti G20, You’re Cordially Invited, The Idea of You, Fallout, dan The Boys telah melakar kejayaan luar biasa. Produksi tempatan seperti Kayangan, HOUSEKEEPING?, That Cover Girl, Budak Flat dan Tebus, juga mendapat sambutan pelanggan tempatan, mengangkat penceritaan dan bakat Malaysia. Tambahan itu, kandungan popular dari Korea, termasuk The Divorce Insurance, Marry My Husband, Newtopia, dan kandungan popular dari India dan Indonesia seperti Mirzapur dan Induk Gajah turut menjadi kegemaran ramai.
Pelanggan Astro dengan Ultra atau Ulti Box boleh mengaktifkan akses dua bulan Prime Video tanpa caj tambahan dengan menekan butang “Home” pada alat kawalan Astro mereka dan pilih aplikasi Prime Video di bahagian “Apps”. Kemudian, pelanggan boleh mengikuti langkah di skrin untuk mendaftar akaun Amazon Prime dan mengimbas kod QR untuk memaut Ultra atau Ulti Box mereka ke akaun Amazon Prime mereka. Setelah selesai, pelanggan boleh terus menonton kandungan ekslusif Prima Video dengan mudah.
Astro juga menawarkan fleksibiliti untuk menyesuaikan pek langganan anda dengan penambahan lebih 13 aplikasi penstriman popular, termasuk Prime Video, Max, Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, iQIYI, WeTV, Zee5, Simply South dan banyak lagi. Pelanggan boleh mengurus dan mengubah langganan Astro mereka pada bila-bila masa menerusi aplikasi My Astro, termasuk mengemaskini pek, menukar penambahan dan servis penstriman atau memilih penambahan lain pada bila-bila masa.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ‘Hi’ ke 03 9543 3838.
*Tertakluk kepada terma dan syarat. Durasi promosi tertakluk kepada Astro.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.