Movie Review | Telaga Suriram (2025)

Saturday, 26 April 2025


Pengarah: Osman Ali    
Penulis Skrip: Osman Ali
Pelakon: Farid Kamil, Maya Karin, Ellie Suriaty, Nabila Huda, Scha Alyahya, Fauzi Baadilla, Puteri Rafasya, Sri Idrina, Zack Zabhas, Amar Bahri Shafiee
Syarikat Produksi: Odissi Creative, Nuansa Films
Pengedar: TGV 
Genre: Misteri / Thriller / Seram
Durasi Tayangan: 130 minit
Tarikh Tayangan:  1 Mei 2025 (Malaysia)
Trailer:


‘Hidup bagai wayang yang berputar dalam telaga hitam. Manusia akan terus hiup dalam putaran cerita yang sama, bercerita tentang cerita yang benar atau palsu. Berjuang untuk yang sudah mati.’ – Maimon

Filem Telaga Suriram mengisahkan tentang misteri kehilangan Suriram (Puteri Rafasya), seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan merupakan anak perempuan tunggal kepada pasangan Rohaya (Maya Karin) dan Sopiyan (Fauzi Baadilla). Suriram banyak menghabiskan masa bersama Maimon (Nabila Huda), gadis yang dianggap lembam dan bisu, anak kepada Mak Tijah (Ellie Suriaty), dukun di Kampung Chendana. 


Inspektor Kamilia (Scha Alyahya) ditugaskan untuk menyiasat kehilangan Suriram sebaik saja dipindahkan ke kawasan tersebut. Hari pertama menjejakkan kaki ke situ pun dia sudah diganggu oleh roh Suriram yang membawa dia ke gua. Di sana dia bertemu dengan Zakir (Farid Kamil), anak kepada Ketua Kampung iaitu Hj Mulok (Zack Zabhas). Mereka bersetuju untuk menyiasat kes Suriram bersama. 

Sejak kehilangan Suriram, orang kampung mula diganggu oleh pelbagai entiti menyeramkan hingga Manisah (Sri Idrina) memberitahu orang kampung bahawa Maimon yang berada bersama Suriram di telaga lama pada malam kejadian. Orang kampung yang berang diganggu mengambil tindakan mengunci Maimon di dalam sangkar berdekatan dengan gua. 


Naskhah seram thriller arahan dan penulisan Osman Ali menggabungkan kepercayaan orang kampung bersama misteri pembunuhan di mana telaga lama dipercayai mempunyai kuasa ajaib menyembuhkan orang seperti yang diceritakan oleh Mak Tijah ketika disiasat oleh Inspektor Kamilia. Ada babak Long Derani (Naza Manas) sembuhkan Rohaya dari kerasukan bagitahu yang telaga tersebut dijadikan tempat pemujaan oleh orang kampung. Dalam filem Hindi bertajuk Kaali Kuhi (2021) pun menggunakan idea dan tema yang sama. 

Untuk elemen seram, naskhah Telaga Suriram berjaya paparkan penceritaan yang menarik bersama saspens dan kejutan. Ada roh yang tidak tenang, gangguan aneh, mimpi seram dan juga saka. Paling kesian dengan watak Inspektor Kamilia sebab dari hari pertama sampai pembunuh berjaya ditangkap pun dia sentiasa diganggu. Watak Zakir yang awalnya tak percaya dengan benda mistik mula percaya lepas beberapa kali diganggu. Cuma tak faham kenapa ada watak yang dibunuh oleh Suriram sedangkan kita tak tahu apa salah watak tersebut dengan Suriram. 


Bila sembang bab misteri, thriller dan jenayah, pengarah gagal carry semua genre ni dan mengganggu penceritaan sampai meleret ke penghujung filem. 2 jam 10 minit terasa sangat panjang ditambah pula masa tayangan perdana tu ada masalah teknikal. Dah tengok setengah jam awal terpaksa repeat balik dari awal so jadi 2 jam 40 minit I tengok malam tu. 

Sayang lah bila filem Telaga Suriram dibarisi pelakon yang bagus dan deliver watak masing-masing sesuai dengan kehendak watak tapi skrip pula lemah. Mungkin sebab berlatarkan tahun 1985 jadi fakta kes tak banyak tambah pula bukti kes dah tercemar dek hujan tapi kita nak tengok kecekapan pihak polis menyiasat kes dalam filem ni. 

Sebaliknya yang terjadi dalam filem Telaga Suriram, bila misteri pembunuhan tu diselesaikan sendiri oleh Suriram. Baik tak payah masukkan watak polis. Dekat hujung filem, polis blur macam mana nak angkat mayat dalam tasik. Geram tengok Inspektor Kamilia emo bila orang kampung decide nak kurung Maimon. Dia sepatutnya bertegas sebab ada kuasa penuh untuk kes tu bukannya merajuk balik rumah. 

Peranan orang kampung tak konsisten dalam filem ni sebab masa babak Rohaya pergi ke padang mencari Suriram tu tak ada sesiapa pun yang curious dengan situasi tu. Kalau watak antagonis tak endah, kita faham lah sebab tak suka dengan keluarga ni tapi yang lain tu kenapa? Nak kata semua orang kampung tak suka dengan keluarga Suriram ni tak juga sebab diorang tolong cari berhari-hari. 

Tapi sesuatu yang menarik dan sesuai dimasukkan dalam latar masyarakat ni tentang tanggapan orang kampung dengan keadaan Maimon. Kalau ikutkan dalam filem tu, Maimon bukan lembam tapi PTSD lepas dirogol oleh sekian watak sampai dia jadi selective mute. Sebab tu ada babak dia boleh bercakap, ada masa dia banyak berdiam. 

Personally, filem Telaga Suriram ada potensi jadi naskhah seram misteri yang menarik kalau pengarah tak masukkan babak yang draggy macam babak Mak Tijah mengamuk depan sangkar Maimon untuk tambah elemen dramatik. I faham itu kekuatan Ellie Suriaty tapi lakonan dia sebagai bidan dan dukun pun dah cukup bagus. Dialog antara kelemahan besar dalam filem Telaga Suriram sedangkan filem ni memerlukan dialog untuk jelaskan banyak situasi.

Landskap semulajadi di negeri Perak, Kedah dan Perlis yang dimasukkan dalam filem Telaga Suriram antara faktor visual yang menghidupkan suasana Kampung Chendana. Wardrobe dan props yang dimasukkan berjaya mendukung latar masa filem ni. Macam lampu suluh yang digunakan Rohaya masa menoreh ataupun senibina rumah penduduk kampung. Amazed tengok dinding rumah Manisah dan Jabet (Amar Bahri Shafiee). 

Kecacatan visual terletak pada babak seram yang menggunakan CGI ditambah pula dengan beberapa babak yang mempunyai audio berlebihan macam babak Inspektor Kamilia berjalan dalam gua. Dia menapak dua langkah tapi tapak kaki 4 langkah. Continuity beberapa babak pun tak sama. Paling ketara babak Rohaya jatuh basikal bila Zakir pulang ke Kampung Chendana. Lagu tema Sesal dendangan Dato Sri SitiNurhaliza pun tak dimasukkan sangat dalam filem sedangkan boleh masukkan instrumental version dalam beberapa babak dramatik. Sayanglah sebab lagu tema dia sedap. 



Masa tengok babak Zakir dan Rohaya dalam Telaga Suriram ni teringat pula filem Lagenda Budak Setan sebab chemistry diorang still on top walaupun dah lama tak berlakon bersama. I wish ada producers atau director nak cast Farid dan Maya dalam rom com movies. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 5.5/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.