Production Companies: Working Title Films, Blacksmith, A Good Story
Distributor: Mubi
Genre: Sci-fi / Horror / Drama
Running Time: 141 minutes
Release Date: 19 May 2024 (Cannes), 20 September 2024 (United Kingdom and United States), 6 November 2024 (France)
Trailer:
Fiem yang memenangi Best Screenplay di Filem Festival Cannes ke-77 mengangkat tema tekanan masyarakat terhadap wanita di mana bentuk tubuh badan dan faktor usia menjadi tumpuan utama. Bintang terkenal Hollywood, Elisabeth Sparkle (Demi Moore) mula kurang mendapat tawaran sejak menginjak ke umur 50. Dia kemudiannya diberhentikan dari program senamrobik yang sudah lama menjadi periuk nasinya.
‘Have you ever dreamt of a better version of yourself? Younger, more beautiful, more perfect. One single injection unlocks your DNA, starting a new cellular division, that will release another version of yourself. This is the Substance. You are the matrix. Everything comes from you. Everything is you. This is simply a better version of yourself. You just have to share. One week for one and one week for the other. A perfect balance of seven days each. The one and only thing not to forget: You. Are. One. You can't escape from yourself.’ – The Substance
Murung dengan keadaan tersebut menyebabkan dia mencuba ‘The Substance’ yang dijual di black market. Caranya mudah, dia akan menghasilkan seorang perempuan muda, cantik dan sempurna. Mereka berdua akan bersilih ganti setiap minggu supaya keseimbangan terjaga. Perempuan muda menggelarkan dirinya Sue (Margaret Qualley) dan menggantikan Elisabeth dalam program senamrobik.
Setiap hari Sue perlu mengambil cecair badan dari Elisabeth dan suntik ke dalam badannya sebagai stabilizer. Selepas seminggu dia perlu ‘ditidurkan’ supaya Elisabeth pula menjalani kehidupan secara normal. Sue akan diberi cecair makanan yang disediakan oleh pihak ‘The Substance’ dan sekiranya habis, Elisabeth perlu mengambil cecair makanan baru di black market.
Duit bukan isu kepada Elisabeth atau Sue kerana mereka berdua memperoleh banyak keuntungan dari profesion yang dipilih tapi isu keseimbangan yang menjadi punca utama dua watak bergaduh. Sue secara sengaja melambatkan proses switch sehingga Elisabeth menanggung risiko bila badannya berubah buruk dan mereput.
Sementara Elisabeth semakin menua dan memburuk, Sue pula semakin popular dan mengejar impian yang dia inginkan. Elisabeth buat aduan kepada ‘The Substance’ tentang masalah yang dialami tapi dia diingatkan bahawa Elisabeth dan Sue adalah orang yang sama.
Naskhah The Substance arahan dan penulisan Coralie Fargeat menggunakan keterdesakan sebagai elemen seram pada naskhah science fiction yang berteraskan bahan ujikaji unik. Siapa The Substance dan bagaimana mereka mendapatkan keuntungan dari produk tidak diceritakan langsung. Sebaliknya pengarah lebih fokus kepada kehidupan pelanggan yang menggunkaan produk iaitu Elisabeth dan juga jururawat lelaki.
Penceritaan The Substance agak perlahan dengan dialog yang minimal kerana memberi ruang kepada visual dan screenplay untuk tampil pop dan elegan. Kebanyakan babak mempunyai aesthetic tersendiri seperti laluan dari lif ke bilik Harvey (Dennis Quaid) ataupun ruang mandi tempat berlakunya proses penghasilan Sue. Musik latar dari Raffertie menjadi sinergi sepanjang 141 minit. Filem ni tak sesuai ditonton oleh underage sebab ada banyak sangat babak nudity dari dua pelakon utama. Program senamrobik yang ditayangkan pun bukan fokus pada senaman tapi bahagian badan Sue.
Sedih tengok babak Elisabeth berulang kali pergi ke tandas untuk touch up penampilan sampai dia puas hati tapi tak akan mampu lah sebab fizikal dia dah berubah seiring usia. Kesian lah sebab masyarakat rasa perempuan berusia macam dia tak perlu berada di mata khalayak ramai sebab dah tua sedangkan dia masih lagi cantik untuk wanita 50-an. Kalau Elisabeth yang cantik rasa murung dengan penampilan dia, apatah lagi kita yang muka awam ni.
Dari awal lagi dah boleh agak yang Elisabeth tak akan berjaya mencari keseimbangan macam yang disarankan oleh The Substance gara-gara fizikal Sue yang mengiurkan ditambah dengan raut wajah menggoda menambahkan kemurungan Elisabeth. Bila Elisabeth sendiri tak suka dengan badan dia, untuk apa Sue buang masa dengan tidur. Satu minggu adalah tempoh yang lama bagi selebriti wanita yang mempunyai life-span yang singkat. Umur 50 dah tak adapat job sedangkan pelakon lelaki boleh berfoya dengan wanita muda dan conquer banyak projek dalam industri.
Filem The Substance tak lah seronok pun sebab banyak perkara yang menjijikkan macam proses menghasilkan Sue, babak Sue keluarkan peha ayam dari pusat dia ataupun rumah yang kotor akibat stress-eating Elisabeth dan banyak lagi yang berlaku di second half The Substance.
Tapi boleh faham lah kenapa menang Best Screenplay dan Best Picture cuma I tak suka dengan ending sebab Elisabeth dan Sue yang merana dengan tekanan dari masyarakat sedangkan masyarakat hidup macam biasa. Mungkin itulah elemen seramnya.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.5 = 7.7/10
Terkadang movie yg menang award, memang agak susah nak paham 😂. Atau saya yg tak connect dengan alur cerita. Tp film ini agak menarik juga. Apalagi yg main demi moore. Saya fans dengan dia dari dulu. Oke nanti nak lihat lah
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Terkadang movie yg menang award, memang agak susah nak paham 😂. Atau saya yg tak connect dengan alur cerita. Tp film ini agak menarik juga. Apalagi yg main demi moore. Saya fans dengan dia dari dulu. Oke nanti nak lihat lah
ReplyDelete