Movie Review | Santet Segoro Pitu (2024)

Sunday, 20 April 2025


Pengarah:  Tommy Dewo  
Penulis Skrip: Betz Illustration, Riheam Junianti
Pelakon: Ari Irham, Sandrinna Michelle, Christian Sugiono, Sara Wijayanto  
Syarikat Produksi: Hitmaker Studios, Legacy Pictures, Masih Belajar Project
Pengedar: Antenna Entertainment (Malaysia, Singapura), Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 94 minit
Tarikh Tayangan: 07 November 2024
Trailer:


Kisah bermula dengan watak Sucipto, seorang pemilik kedai runcit menerima bunjut mistik di luar kedai. Setelah membuang bunjut tersebut, dia segera pulang ke rumah untuk berjumpa dengan anak sulungnya yang baru saja discharge dari hospital. Anehnya, Ardi menjerit ketakutan kerana di bahu bapanya ada lembaga hitam. 

Sucipto segera minta bantuan Rustam (Agus Firmansyah) lalu mata batin Ardi disempitkan dan hanya akan melihat makhluk yang ingin meperlihatkan dirinya sahaja. Rustam mengingatkan Sucipto agar tidak membawa Ardi ke pasar kerana di sana ada banyak makhluk halus digunakan oleh peniaga untuk melariskan jualan.  

‘Sebagai tempat dagang, pasti ada penipuan, kebohongan, kecurangan, ingkar janji dan sumpah palsu. Seburuk-buruknya tempat, ya pasar. Di sana, ada dunia yang tidak seorang pun ingin melihatnya. Belum lagi perdagangan yang bersekutu dengan makhluk ghaib.’ - Rustam

Menginjak dewasa, Ardi jarang pergi ke pasar kecuali terpaksa seperti hari tersebut lalu dia terdengar pertengkaran antara pakciknya, Sardi (Erwin Moron) dan ayahnya. Malamnya, sebelum pulang ke rumah, Sucipto terjumpa satu bunjut hitam. Selepas dibuka, dia mendengar suara aneh kemudiannya disantau oleh Mbah Di (Dewi Sri) yang ingin menghancurkan seluruh keluarganya. 

Ketika ayahnya sakit, Ardi mengumpul kekuatan untuk bekerja di kedai runcit ayahnya. Di sana, dia diganggu oleh pelbagai jenis makhluk terutamanya roh anak perempuan Wicak (Eduwart Manalu). Di rumah pula adik bongsunya, Arif membuka bunjut hitam yang diletakkan di laman belakang. Tak lama kemudian, ibunya, Marni (Sara Wijayanto) pula melakukan hal yang sama. 

Nasib Ardi baik bila Rustam melarang Ardi atau Syifa (Sandrinna Michelle) membuka bunjut tersebut kerana isinya akan mengancam nyawa. Setelah diamati, Rustam mengesahkan keluarga mereka disantau oleh ilmu hitam yang berbahaya iaitu Santet Segoro Pitu di mana dukun membuat ritual di 7 pantai yang berbeza yang berada di Kepulauan Jawa. 

Filem Santet Segoro Pitu terbitan Rocky Soraya yang terkenal dengan filem seram Indigo (2023), Suzzanna: Santet Ilmu Pelebur Nyawa (2021) taau franchise The Doll (2018) memberi kepercayaan kepada pengarah baru, Tommy Dewo untuk membawa kisah nyata dari thread viral Betz Illustration ke layar perak. 

Selain menjadi medium untuk memaparkan bahana bersekutu dengan makhluk ghaib untuk apa jua alasan sekali pun, penulis juga menegaskan kenapa pasar menjadi tempat yang paling dibenci oleh Allah bersandarkan pada hadis sahih Abu Hurairah RA. It’s a good thing bila team production treat sesebuah naskhah sebagai edutainment seperti filem Santet Segoro Pitu yang berlatarkan pasar di Semarang, Indonesia. 

Jangankan di negara jiran, banyak sangat cerita-cerita lama masyarakat Melayu yang menggunakan saka untuk membantu mereka dalam urusan harian. Bab santau pun sama banyak juga dengan wujudnya pelbagai jenis. Bezanya, negara kita tak hasilkan banyak filem atau drama untuk ceritakan tentang ajaran mistik ni. 

Sembang pasal filem Santet Segoro Pitu, penceritaannya jelas dengan diselitkan misteri orang yang berdendam dengan Sucipto. Walaupun pengarah ada bagi hint yang Sucipto juga ada amalannya tersendiri, tapi semuanya terjawab di second half movie. Penantian tu berbaloi juga lah tapi masa Ardi dan Syifa pergi ke 7 pantai untuk merawat Sucipto, plot tu agak terburu-buru. 

I expect akan ada banyak cabaran dan beberapa babak seram tapi tak sangat pun. Makhluk mistik yang dipaparkan dalam filem ni tak seram pun dan tak ada jumpscares. Tapi kalau korang jenis penakut, mungkin takut lah kot. 

For me, seram dia terletak pada cara ilmu hitam ni membunuh mangsa sebab kejam sangat cara Mbah Di tu guna. Langsung tak ada belas kasihan padahal ahli keluarga Sucipto tak ada buat salah dengan dia pun. Tak pasti lah ilmu hitam ni sekejam itu atau cuma entertainment material sebab macam yang dipaparkan dalam trailer sampai badan terbelah dua, paku berceracak dekat leher. Kalau kisah Sucipto ni sama dengan kisah nyata tanpa diolah apa pun, memang patut kalau si pelaku masuk neraka. 
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.