Director: Yeon Sang-ho
Writer: Yeon Sang-ho (webcomic), Choi Kyu-Seok (webcomic & screenplay)
Cast: Ryu Jun-yeol, Shin Hyun-been, Shin Min-jae
Production Companies: Wow Point, Esperanto Filmoj
Distributor: Netflix
Genre: Mystery / Thriller
Running Time: 122 minutes
Release Date: 21 March 2025
Trailer:
Revelations yang diadaptasikan dari webcomic dengan judul yang sama karya ilustrasi Yeon Sang-ho dan Choi Gyu-seok mengisahkan tentang penjenayah seksual yang disahkan menghidap sakit mental. Detektif Lee Yeon-hee (Shin Hyun-been) selalu mengekori Kwan Yang-rae (Shin Min-jae) setelah adiknya (Han Ji-hyun) diculik beberapa tahun lepas lalu bunuh diri setelah penjenayah tersebut dibebaskan dan mendapat simpati dari orang ramai.
Kwan Yang-rae memulakan kehidupan baru di bandar Musan dan bekerja sebagai buruh pembinaan. Ketika dia mengekori Shin A-young (Kim Bo-min), remaja perempuan di kawasan kejiranan tersebut, dia didampingi oleh Pastor Sung Min-chan (Ryu Jun-yeol) yang mengajaknya menjadi ahli baru di gereja.
Walaupun Pastor Sung percaya semua orang layak mendapat ihsan Tuhan, dia mula gelisah bila dapat tahu anaknya hilang. Pastor Sung mengekori Yang-rae hingga ke lereng gunung dan confront tentang kehilangan anaknya. Mereka bergelut lalu Yang-rae tergelincir dan cedera selepas terhentak kepala pada batu besar. Pastor Sung seret Yang-rae dan campak ke dalam gaung kemudian tinggalkan tempat kejadian. Dia percaya imej yang dia lihat di hutan adalah Tuhan dan semua yang terjadi adalah kehendak-NYA.
Detektif Lee yang berpindah ke Musan digesa untuk menyiasat kehilangan Shin A-young yang hilang selepas pergi ke pusat karaoke bersama rakan-rakannya. Pihak polis mulakan siasatan dengan Pastor Sung kerana panggilan yang dibuat pada malam kehilangan Shin A-yeong. Detektif Lee mula mengesyaki Pastor Sung dan dalam masa yang sama bergelut dengan halusinasi yang dialami setelah adiknya meninggal.
Naskah Revelations menggunakan genre misteri thriller sebagai genre utama namun misteri yang disimpan hanya pada penculikan Shin A-yeong sementara penulis lebih fokus kepada masalah kesihatan mental tiga watak utama – Pastor Sung, Detektif Lee dan Kwan Yang-rae. Ada masanya halusinasi Detektif Lee ubah genre Revelations kepada filem seram sebab kemunculan adik dia mengerikan.
Pengarah Revelations, Yeon Sang-ho adalah pengarah yang sama untuk drama Hellbound (2021) dengan mengetengahkan tema yang sama – obsesi kepada kepercayaan dan agama. Sama macam watak Jeong Jin-soo yang memanipulasi penganutnya supaya nampak beriman dan patuh pada ajaran Tuhan.
Sutradara Yeon Sang-ho buatkan beberapa babak nampak intense macam babak Pastor Sung minta isterinya, Lee Si-yeong (Moon Ju-yeon) untuk buat pengakuan atas dosa-dosanya. Masa tengok tu dah imagine worst case scenario sebab keadaan watak Pastor Sung yang tak berapa stabil lepas insiden di gunung.
Kemunculan watak Kwon Yang-rae menambahkan lagi ketegangan untuk watak Pastor Sung dan Detektif Lee sampaikan kita jadi sakit hati setiap kali dia muncul dekat skrin. Walaupun naskhah Revelations bersifat straightforward dengan perjalanan yang mudah difahami tapi ada kejutan dan plot twist yang dimasukkan buatkan filem terlihat menarik.
Watak Doktor Lee (Kim Do-young) antara watak yang tenang dan menjadi key role untuk Shin A-yeong dan misteri tentang kehilangan dia. Masa tengok dari perspektif Detektif Lee macam geram juga lah bila dia buat statement di mahkamah tentang tahap psikologi Kwan. Bila masuk second half dah boleh nampak dia cuma jalankan tugas sebagai doktor tanpa keuntungan atau pandangan bias pun. Sebab dah dihurung dengan emosi, kita nampak dia pun sama naik je dengan penjenayah.
Pace penceritaan Revelations agak perlahan tapi sebab tayang dekat Netflix, boleh lah ubah speed paling laju. Itupun perlahan juga dan banyak buang masa pada babak melodrama. Bila ketiga-tiga watak berjumpa makin banyak menyembang dari elemen thriller. Dekat second half mudah sangat rasa bosan walaupun lakonan Ryu Jun-yeol dan Shin Hyun-bin cemerlang kerana terperangkap dalam visi pengarah yang cenderung ke arah psikologi.
Tapi tak faham kenapa mahkamah benarkan Kwan Yang-rae on parol sedangkan dia ada masalah psikologi yang membahayakan orang sekitar. Kenapa tak masuk hospital sakit jiwa?
Filem Revelations ni ada keunikan tersendiri tapi untuk orang macam I yang tak berapa berkenan sangat dengan dark tone dan visi Yeon Sang-ho, mengah juga lah nak habiskan. One-time-watch material.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.