Director: Mudassar Aziz
Writer: Mudassar Aziz
Cast: Arjun Kapoor, Bhumi Pednekar, Rakul Preet Singh, Shakti Kapoor, Dino Morea, Aditya Seal
Production Company: Pooja Entertainment
Distributor: PVR Inox Pictures
Genre: Romantic / Comedy
Running Time: 142 minutes
Release Date: 21 February 2025
Trailer:
Ankur Chadda (Arjun Kapoor) sentiasa dihantui oleh bekas isterinya, Prabhleen Kaur Dhillon (Bhumi Pednekar) selepas bercerai hingga menyebabkan orang sekelilingnya tidak selesa. Ayahnya (Shakti Kapoor) sarankan supaya dia pergi ke Rishikesh untuk finalize pembelian sebuah unit rumah di sana. Tanpa disangka Ankur bertemu dengan crush zaman kolej, antara Khanna (Rakul Preet Singh).
Kawan baik Ankur, Rehan Qureshi (Harsh Gujral) nasihatkan supaya cuba berkawan dan mulakan relationship dengan Antara. Dengan mudah mereka berdua jatuh cinta dan buat keputusan untuk berkahwin walaupun selepas Ankur berterus-terang tentang trauma yang dihadapi selepas bercerai.
Malangnya baru saja Ankur merasa bahagia dengan hubungan baru bersama Antara, dia mendapat panggilan supaya segera ke hospital. Ankur dimaklumkan tentang keadaan Prabhleen yang kritikal selepas kemalangan jalan raya. Ingatan Prabhleen untuk 5 tahun lepas telah hilang dan menganggap kemalangan yang berlaku terjadi selepas Ankur ke Amritsar untuk melamar dia.
Antara pujuk Ankur supaya berada di sisi Prabhleen sampai dia benar-benar sembuh tapi disebabkan perangai bitchy Prabhleen, Antara ajak Prabhleen bersama keluarga dia ke Scotland untuk menjadi tetamu jemputan majlis perkahwinannya bersama Ankur. Masa zaman kolej Prabhleen dan Antara adalah musuh dan takdir pertemukan mereka kembali untuk merebut hati Ankur.
Naskhah terbaru dari Mudassar Aziz yang terkenal dengan filem Khel Khel Mein (2024), Double XL (2022) atau Pati Patni Aur Woh (2019) menggunakan tema toxic relationship di mana si isteri yang bermasalah sampai Ankur buat keputusan untuk bercerai.
Of course, ada babak yang I rasa Prabhleen tak salah pun tapi sebab masing-masing dah menyampah, benda yang kecil pun jadi situasi yang stressful. Sesuai lah tu Ankur berkahwin dengan Antara sebab dua-dua pun membesar dalam environment yang sama. Prabhleen pun sesuai dengan Rajveer Singh (Aditya Seal) bila dua-dua bekerja dalam bidang yang sama dan faham situasi masing-masing.
‘Do you know the difference between friendship and love? Friends have a place in your heart, but love sits on a throne.’ – Rehan Qureshi
Mudassar Aziz dah beberapa kali ketengahkan situasi ni dalam filem arahan dia walaupun some situation memerlukan depth macam dalam filem ni kita cuma nampak situasi dari point of view Ankur dan ketepikan side Prabhleen. Keputusan yang Prabhleen buat tu sesuai lah dengan keadaan mereka berdua yang belum stabil dalam kerjaya masing-masing. But since filem Mere Husband Ki Biwi guna genre dan template santai, pengarah lebih fokus pada komedi dan bagi happy ending pada kesemua watak.
Filem Mere Husband Ki Biwi ada vibe yang sama dengan Pati Patni Aur Woh (2019), De De Pyaar De (2019) dan Sonu Ke Titu Ki Sweety (2018), ada cat fight moment, ada momen romantik dan juga drama. Rencahnya cukup tapi elemen komedi dalam filem ni kurang mengancam. Tak banyak pun babak yang kelakar walaupun Harsh Gujral adalah pelawak. Most of the time dialog dia cringe. Tak pasti lah dialog tu dimasukkan oleh Mudassar atau dia improvise sendiri. Yang pastinya, watak dia tak membantu pun. Baik bagi ruang tu kepada Dino atau Aditya.
Tak faham kenapa keluarga Prabhleen call Ankur masa dekat hospital sedangkan dah lama bercerai. Patutnya keluarga Prabhleen call Ankur merayu minta tolong anak diorang recover balik, baru lah elemen kejutan dan saspens tu lebih terasa.
Sinematografi dari Manoj Kumar Khatoi mengangkat landskap Delhi dan Rikeshi dengan menawan, sesuai dengan kehendak filem romantik komedi. Music album Mere Husband Ki Biwi gubahan John Stewart Eduri not bad lah sebab ada lagu yang menarik, ada juga yang passable. Channa Tu Bemisal is my favourite 💖
Dalam filem ni ada beberapa babak guna reference dari filem lain macam Pati Patni Aur Woh masa main game teka filem ataupun masa Rehan tanya Ankur dia nak jadi Danger Lanka. Nama tu adalah watak Arjun Kapoor dalam filem Singham Again (2024) and he received a lot of praises for that role.
Pooja Entertainment patut cari filem yang santai dan genre romantik macam Mere Husband Ki Biwi daripada bazir duit buat filem aksi sampai bankrap. Thanks Pooja Entertainment sebab bagi peluang kepada Arjun Kapoor sebagai main role and most of the time he looks awwdorable like a huggable bear.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.8 = 7.4/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.