Pengarah: Herwin Novianto
Penulis Skrip: Alim Sudio
Pelakon: Vino G. Bastian, Marsha Timothy, Indro Warkop, Tora Sudiro, Indra Jegel, Rigen Rakelna, Jirayut
Syarikat Produksi: Falcon Pictures
Pengedar: Hollywood (Thailand) Co., Ltd. (wilayah Thailand)
Genre: Seram / Komedi
Durasi Tayangan: 122 minit
Tarikh Tayangan: 15 Ogos 2024 (Indonesia), 19 September 2024 (Thailand, Malaysia, Singapura, dan Brunei Darussalam), 7 Oktober 2024 (Kemboja)
Trailer:
Filem bermula dengan babak Sari (Marsha Timothy) menjalani rutin harian sambil menantikan suaminya, Makmur (Vino G. Bastian) yang bertarung di medan perang. Sementara Makmur berjuang untuk kembali ke pangkuan isterinya yang rupawan, Sari pula meninggal ketika melahirkan anak mereka berdua.
Setelah itu, roh Sari yang belum tenang kerana urusan di dunia masih belum selesai terus menunggu kepulangan Makmur hingga menghantui orang kampung. Ramai yang mengelak untuk pergi ke rumah Makmur dan Sari yang terletak di hujung kampung.
Sebaik saja selesai bertugas, Makmur mengajak rakan-rakannya bermalam di rumah sebelum semua pulang ke kampung halaman masing-masing. Fajrul (Indra Jegel), Solah Vincenzio (Rigen Rakelna), Jaka (Tora Sudiro) dan Supra (Indro Warkop) akur dengan kehendak Makmur kerana mereka juga belum pernah bertemu dengan Sari walhal sering mendengar tentang Sari melalui cerita-cerita Makmur. Sejak menginap di sana pelbagai perkara aneh dialami oleh mereka semua.
Sudah pastinya semua pun sedia maklum bahawa naskhah seram komedi Kang Mak arahan Herwin Novianto adalah remake kepada filem popular Thailand berjudul Pee Mak (2013). Tak lah ingat sangat pun macam mana jalan cerita Pee Mak tapi filem Kang Mak tak ubah banyak dari jalan cerita asal cuma tambah komedi yang kena dengan selera dan gaya Indonesia.
Sebelum ni dah pernah tengok lakonan Vino G. Bastian bersama Marsha Timothy dalam filem Qodrat (2022), jadi tak hairan lah kalau kedua-duanya selesa berkerja bersama. Tambahan pula Vino dan Marsha adalah suami isteri in real life, jadi kebanyakan babak bersama terlihat natural dan awwdorable.
Beruntung lah Sari dapat berkahwin dengan Makmur yang selalu sokong dan sayangkan dia. Kalau jadi manusia pun rasa bertuah, bila jadi hantu pun rasa berat nak pergi jauh tinggalkan suami seorang. Nasib baik lah Makmur ada kawan-kawan yang baik dan supportive juga walaupun ada masanya gobloknya tak dibuat-buat.
‘Nggak usah dipikirin, Neng. Masih ada Akang yang selalu percaya sama Eneng. Masa bodoh orang kampung mau ngomong apa. Yang penting, kita.’ – Kang Makmur
Pace penceritaan Kang Mak bergerak laju sama seperti naskhah asalnya. First half penuh dengan komedi dari rakan-rakan Makmur yang berbelah bahagi sama ada Sari adalah manusia atau hantu. Komedi dari para pelakon sampingan buatkan penceritaan menghiburkan tapi ada masanya annoyed dengan watak Kang Supra sebab lawak double meaning.
Sementara second half pula bercampur komedi berserta drama kerana Kang Mak perlu memilih kebenaran tentang Sari atau hidup seperti manusia normal yang lain. Babak popular Pee Mak masa diorang dalam sampan dengan hantu tu kelakar. Elemen seram dalam filem Kang Mak tak lah kuat sangat sebab pengarah lebih fokus pada komedi dan hiburan. Make-up seram untuk watak Sari pun tak keterlaluan sebab nak muka cantik isteri Makmur terserlah di hadapan rakan-rakannya. Kalau babak seram sama banyak dengan komedi mungkin I lagi enjoy layan Kang Mak dari Falcon Pictures ni.
Latar tempat sepenuhnya adalah rekaan semata dari pihak produksi sama juga dengan latar masa yang masih lagi memaparkan zaman Indonesia yang dijajah oleh pihak Belanda. Dari gaya pakaian dan cara hidup watak utama dan masyarakat setempat juga menguatkan lagi suasana zaman tersebut.
Sinematografi dari Edi Santoso mengukuhkan lagi penceritaan lalu didukung oleh musik latar dari Fajar Ahadi. Lagu Cerita Cinta oleh Arsy Widianto menjadi sinergi suasana romantis antara Makmur dan Sari.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.9/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.