Pengarah: Zahir Omar
Penulis Skrip: June Tan
Pelakon: Alif Satar, Sharifah Sakinah, Fabian Loo, Pablo Amirul, Ropie Cecupak, Didie Alias, Khir Rahman, Angeline Tan, Maria Farida, Radhi Khalid, Sabrina Ali, Joanne Kam
Syarikat Produksi: Skop Production
Pengedar: Amazon Prime Video
Genre: Komedi
Durasi Tayangan: 98 minit
Tarikh Tayangan: 5 September 2024
Trailer:
Filem Housekeeping mengisahkan tentang Johan (Alif Satar) yang ingin mempertahankan rumahtangganya bersama Aida (Shiqin Kamal). Johan sering bertukar kerja hingga isterinya naik fed-up dengan ketidakstabilan hidup mereka. Johan minta masa selama dua minggu untuk dia mencari modal sebanyak RM200,000 supaya dapat memulakan bisnes restoran.
Tuah di badan bila Johan terjumpa sebuah duffer beg berwarna hitam mempunyai wang tunai sebanyak 2 juta ringgit. Johan dah seronok kerana impian dia akan tertunai tak lama lagi tapi rahsia dia kantoi dengan Molly (Sharifah Sakinah) dan technician baru bernama Ah Foo (Fabian Loo). Mereka sama-sama bersetuju untuk bahagikan wang tersebut kepada tiga bahagian.
Malangnya rancangan mereka berjumpa jalan buntu kerana Wyndham Hotel dikenakan sekatan pergerakan oleh pihak polis kerana semua yang berada di hotel mewah tersebut menjadi suspek kepada satu pembunuhan misteri. Kes tersebut diketuai oleh Inspektor Aida, isteri Johan yang tegas dan bijak. Pengurus hotel, Cik Izan (Norreen Iman) juga sentiasa mengawasi gerak-geri semua pekerja hotel dalam tempoh lockdown tersebut.
Naskhah komedi arahan Zahir Omar bersifat santai dan mempunyai alur penceritaan yang penuh dengan komedi dan saspen sepanjang 98 minit. Misteri yang dimasukkan juga buatkan kita ligat mencari jawapan dan kalau dah jumpa pun, penulis June Tan simpan hingga pengarah decide untuk dedahkan.
Tak pernah lagi tengok lakonan Norreen Iman tapi seronok tengok dia deliver watak Cik Izan dalam filem Housekeeping? terbitan Skop Productions ni. Kelakar tengok babak Molly dengan Cik Izan bila Molly tak nak penipuan dia kantoi depan Datin Rukiah (Maria Farida) dan Aunty Sally (Angeline Tan). Masa dia sergah Johan dekat bilik mencuci tu pun sama.
‘Tak pernah sekali pun jadi benda-benda macam ni dekat hotel kita. Kalau dekat zaman Maharani Wu Zetian, kita akan dihukum… diseksa. Nasib baik lah sekarang ni bukan zaman dia. Ini kali pertama saya tak dapat menyelesaikan masalah macam ni.’ – Cik Izan
Dalam filem Housekeeping? Ada ramai pelakon sampingan yang dibintangi oleh pelakon terkenal negara so bila tengok tu rasa seronok sebab naskhah ni jadi tempat berkumpulnya ramai pelakon. Masing-masing deliver watak dengan bagus supaya jalan cerita bergerak cantik. Watak rakan sekerja Inspektor Aida, Inspektor Gomez je macam hambar dan kaku.
Sinematografi untuk filem Housekeeping? menggunakan kebanyakan ruang Wyndham Hotel, Klang untuk menghidupkan suasana industri perhotelan dengan menarik. Nampak macam mana setiap position bergerak untuk pastikan semua pelanggan berpuas hati sepanjang menginap di sana. Kalau tak tengok filem ni mungkin tak tahu Wyndham Hotel wujud dan dapat pengiktirafan dalam dan luar negara. Bab props macam questionable sikit lah sebab duit yang ada dalam bag tu berbeza currency, nampak palsu pun ye jugak.
Pandai lah casting director cari pelakon untuk tiga watak utama sebab Alif, Fabian dengan Sakinah ada chemistry dalam Housekeeping? Masing-masing perform untuk babak saspens, komedi dan drama walaupun ada masanya lakonan Alif melebih tapi diperlukan lah untuk watak dia yang annoying tu. Chemistry Alif dengan Shiqin Kamal pun menjadi sebagai pasangan suami isteri walaupun tak banyak babak mereka berdua bersama. Bila berjumpa pun lebih banyak bergaduh tapi boleh nampak Aida sayang lagi dengan Johan walaupun menyampah dengan alternatif yang Johan pilih.
Pace penceritaan Housekeeping? bergerak laju sebab nak pastikan banyak watak dapat ruang yang cukup untuk menyumbang pada cerita. Dialog antara department yang biasa, tak teruk dan tak juga bagus sangat sampai kita teringat-ingat perbualan mereka.
Filem Housekeeping? adalah filem kedua tayangan rasmi Amazon Prime Video yang I tengok selepas Budak Flat (2023). Walaupun skrip tak lah begitu solid tapi ada fun moment dan kekuatan tersendiri dan sesuai sebagai streaming movie. Harapnya lepas ni ada lebih banyak lagi naskhah tempatan yang menarik ditayangkan di streaming platform sebab tak ada banyak sekatan untuk production team berkarya.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.6 = 7.4/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.