Movie Review | Hidup Ini Terlalu Banyak Kamu (2024)

Saturday, 19 April 2025


Pengarah: Kuntz Agus 
Penulis Skrip: Pidi Baiq, Titien Wattimena
Pelakon: Adinia Wirasti, Ajil Ditto, Hanggini, Gracia JKT48, Ciara Nadine 
Syarikat Produksi: MVP Pictures
Pengedar: Netflix
Genre: Romantik / Drama
Durasi Tayangan: 99 minit
Tarikh Tayangan: 21 November 2024 (Indonesia) 
Trailer:


Mengisahkan Sadali (Ajil Ditto) yang baru habis belajar di Bukittinggi, Sumatera Barat memutuskan untuk meneruskan pengajian ke peringkat universiti di Yogyakarta. Namun sebelum ke sana, orang tuanya meminta agar dia ditunangkan dengan Arnaza (Hanggini). Selesai ta’aruf dan bertunang, Sadali berjanji akan segera pulang untuk berkahwin dengan Arnaza. 

Janji cuma tinggal janji bila Sadali terpesona dengan Mera (Adinia Wirasti), pemilik rumah sewa Sadali. Mera yang suka dengan seni buatkan hubungan mereka mudah mesra dan semakin rapat. Walaupun usia Mera lebih jauh dan berstatus janda anak satu, tak menghalang Sadali untuk pujuk Mera terima Sadali dalam hidupnya. 

Naskhah romantik Hidup Ini Terlalu Banyak Kamu arahan Kuntz Agus merupakan adaptasi novel karya nukilan Pidi Baiq yang popular dengan trilogi Dilan. Vibe dalam filem ini lebih kurang sama dengan filem Dilan (2018), bezanya watak Sadali terlihat matang, pandai mengawal emosi dan cenderung ke arah seni berbanding Dilan yang baran dan suka berpeleseran. 

Tak banyak yang diceritakan oleh penulis tentang watak Arnaza sebagai tunang Sadali dalam instalment pertama ini. Kenapa keluarga dia bersetuju untuk nikahkan anak tunggal perempuan mereka bersama lelaki yang belum punya masa depan dan belum stabil juga tak didedahkan. For me, it doesn’t make sense lah kenapa Arnaza nak berkahwin di usia yang muda dengan lelaki seperti Sadali. 

Cara Arnaza tu macam dah dah lama simpan perasaan dengan Sadali tapi masa keluarga Sadali pergi merisik, itu baru pertama kali berjumpa. Nak letakkan salah pada Sadali sepenuhnya pun tak boleh juga sebab dia cuma menurut perintah keluarga. Mungkin semua persoalan berkenaan Arnaza akan dijawab dalam sekuel yang belum diumumkan tarikh pembikinan dan tayangannya. 

Dari tajuk filem, I dah boleh expect yang filem ini akan fokus pada watak Sadali dan Mera. Sama ada watak utama dalam fasa angau atau move on, itu yang akan dijawab pada jalan cerita selama 99 minit. I enjoy tengok perkembangan hubungan Sadali dan Mera bermula dari pertemuan mereka di galeri kemudiannya di taman Mera dan babak-babak seterusnya. 

Pace penceritaan Hidup Ini Terlalu Banyak Kamu agak perlahan dan lebih fokus pada bunga bahasa yang berseni dari Sadali. Since I tengok dekat Netflix, tak ada masalah pun untuk tukar kelajuan dan I memang suka slow romance macam Sadali dan Mera. Bila Sadali suka dengan perbuatan atau perbualan dengan Mera, dia akan sematkan memori tersebut dalam lukisan di dinding rumah sewa. 

Kalau I jadi Mera pun akan mudah melting dengan gesture Sadali sebab watak Mera dah lama kesunyian. Dia sengaja sibukkan diri untuk move on dari bekas suami yang curang. Dari babak anak perempuan Mera happy celebrate birthday dengan papa dia pun dah tahu yang Mera tak pernah cakap buruk tentang bekas suami. Sebolehnya nak berpisah dengan cara baik even masa anak dia suggest untuk dia get back dengan Smith (James Irving) pun Mera cuma senyum. 

'Apa pun yang lagi kamu rasakan sekarang...marah, sedih, takut, kecewa, cinta... aku juga  merasakannya, Mer. Dan tidak ada yang salah dengan itu. Dengan kita.' - Sadali

Naskhah Hidup Ini Terlalu Banyak Kamu menceritakan tentang kompleksnya sesebuah perhubungan yang berbeza kelas sosial dan mempunyai jarak umur yang jauh berbeza. Watak Sadali di awalnya macam lebih banyak menurut tapi sejak bertemu dengan Mera, dia berubah jadi seorang yang berani dan yakin. Watak girl boss macam Mera memang senang dengan lelaki yang comforting macam Sadali, takkan mampu nak keep up dengan kehendak lelaki macam Smith. I do admire and respect Mera as protagonist in this movie. Kenapa tu tak boleh nak cerita sebab taknak jadi spoiler tapi personaliti dan karakter dia admirable lah.  

Sinematografi dalam Hidup Ini Terlalu Banyak Kamu dari lensa Mandella Majid memaparkan suasana kehidupan anak seni walaupun I tak berapa suka dengan genre seni yang dibawa oleh watak Sadali but that’s me. Latar masa yang menggunakan tahun 1998 merupakan tempoh di mana pemberontakan berlaku jadi dalam karya Sadali, ada diselitkan kelantangan untuk melawan. Beberapa latar tempat utama dipaparkan dengan cantik dan artistik sesuai dengan jiwa Mera dan Sadali. 

Cuma tak suka dengan babak hujung bila dunia Sadali ‘dipenuhi’ dengan Mera tapi tak lah sebanyak yang I imagine. Kalau dalam filem Hindustan tu, watak hero sampai dah lemah dipermainkan dengan bayangan gurauan tapi watak Sadali masih boleh Jalani hidup macam biasa. Situasi tu tak cukup kuat meninggalkan impak selari dengan tajuk filem.

Antara kelemahan filem Hidup Ini Terlalu Banyak Kamu adalah pilihan lagu dari Ricky Lionardi. Macam tak kena langsung letak lagu Dari Planet Lain (Sal Priadi) untuk babak perkenalan Mera dan Sadali. Kenapa tak guna lagu yang lebih romantik atau sesuai dengan latar masa zaman 90-an? 

Chemistry Adinia Wirasti dan Ajil Ditto terlihat kuat untuk mendukung babak romantik cuma dialog dan perbualan mereka adakalanya terlalu ringkas tentang sesuatu sampai buatkan kita jadi tak puas. Mungkin pengarah akan tebus balik dekat sekuel sebab bila produser dah plan nak buat trilogi, pengarah pun cuba untuk tak reveal banyak benda. Persoalan yang muncul dari naskhah awal akan jadi penggerak kepada naskhah-naskhah seterusnya. Just wait and see lah kan? 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.2/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.