‘FIRST WIVES’ RAIKAN SOLIDARITI WANITA APABILA BERDEPAN DENGAN SUAMI JAHANAM

Thursday, 10 April 2025

‘FIRST WIVES’ RAIKAN SOLIDARITI WANITA APABILA BERDEPAN DENGAN SUAMI JAHANAM | Gabungan Mimi Lana & Melissa Campbell Bakal Buat Penonton Tidak Senang Duduk Bermula 11 April 2025

Selepas drama premium yang diinsprasikan daripada jenayah siber sebenar, One Cent Thief 2, Astro Originals membawakan sebuah lagi drama premium terbaru iaitu First Wives. Drama premium terbaru ini menyelami naratif yang mengangkat persahabatan wanita yang bersatu untuk berdepan dengan  pengkhianatan. Topik ini sangat relevan dengan masyarakat Malaysia, kerana ia mengupas emosi dan pengalaman wanita dalam menghadapi penipuan dan kepercayaan dan dugaan.


Menariknya, First Wives menyampaikan topik ini dengan sentuhan drama dan humor, menjadikannya sebuah tontonan yang menghiburkan. Mimi Lana membawakan watak Diyana di mana suaminya, Azzim lakonan Malek Mccrone telah berkahwin lain tanpa pengetahuannya, dan ini merupakan kali pertama Mimi Lana membawakan watak dengan karakter komedi. Manakala Melissa Campbell memegang watak Michelle,  seorang isteri terpaksa menanggung hutang ah long akibat suaminya, Roshan lakonan Charles Roberts terlibat dalam aktiviti judi. 


Selain itu, First Wives turut menggabungkan barisan pelakon senior dan baru bagi mewarnai setiap karakter, seperti pelakon Andy Teh, Carmen Soo, Theebaan G, Zeera Azizi dan Sathisvaran. 

Drama premium 8 episod yang akan temui penonton bermula 11 April, bermula 12 tengah malam menerusi platfrom On Demand, Astro GO dan sooka jam 9 malam di Astro Citra (saluran 108), manakala Astro Ria (saluran 104) setiap Isnin, jam 9 malam. First Wives merupakan terbitan Astro Shaw dan produksi oleh Infinitus Productions. Sementara itu pengarahnya adalah Imri Nasution, penulis skrip oleh Catalina Mae Hubbard, Ilya Karnain, Luqman Sheikh Ghazali, Dee Dee Peter. 


Penerbit Eksekutif First Wives merangkap Ketua Astro Shaw & Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Astro, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, “Kami mahu memastikan setiap kisah yang dipersembahkan di bawah Astro Originals mempunyai keseimbangan dan mampu memberi impak kepada semua penonton. ‘Jangan pandang rendah pada wanita’ - mesej ini yang ingin kami bawakan dalam First Wives, di mana penonton dapat menyaksikan wanita dan persahabatan sebagai nadi utama penceritaan dan kami ingin meraikan golongan ini yang kuat dan tabah. Jalan cerita ini bukan sekadar kisah fiksyen, tetapi cerminan realiti di mana kes curang dan kes terjerat dalam hutang suami banyak berlaku dalam masyarakat kita. Kami mengharapkan First Wives dapat menyuntik semangat buat para wanita untuk bangkit memperjuangkan hak mereka, menuntut keadilan, dan membina kehidupan yang lebih bermakna tanpa perlu terus terperangkap dalam pengkhianatan dan bebanan.”


Siri Premium Astro Originals menyaksikan kolaborasi kedua bersama jenama ikonik tanah air, Goodday Charge, susu diperkaya pertama di Malaysia yang mengandungi 10 nutrien penting untuk membantu mengekalkan tenaga anda sepanjang hari. Kerjasama strategik ini melibatkan inisiatif promosi pemasaran untuk kedua jenama dan juga penempatan produk. Astro Shaw juga turut menerbitkan sebuah video khas berdurasi 30 saat, untuk Goodday bersempena dengan kerjasama ini.

"Kami di Goodday Charge berbesar hati untuk sekali lagi bekerjasama dengan Astro Shaw dalam siri premium Astro Originals, ‘First Wives’. Seperti watak-watak dalam ‘First Wives’ yang penuh keazaman dan keberanian, Goodday Charge memberikan tenaga untuk terus maju dan menghadapi cabaran kehidupan. Kami percaya bahawa dengan tenaga yang cukup, sesiapa sahaja mampu mencapai lebih banyak dan mencipta perubahan positif. Melalui kerjasama strategik ini, kami bukan sahaja dapat memperkukuh kehadiran jenama dengan pelbagai inisiatif pemasaran dan penempatan produk, tetapi juga menginspirasi penonton untuk terus kuat dan bertenaga dalam apa jua perjalanan mereka,” ujar Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran, Etika Sdn Bhd.


First Wives mengisahkan tentang dua sahabat baik sejak kecil, Diyana dan Michelle, bergelut dengan perkahwinan masing-masing. Diyana mendapati suaminya, Azzim telah berkahwin secara rahsia dengan isteri kedua, manakala Michelle diancam oleh Ah Long selepas suaminya, Roshan menghabiskan semua simpanan mereka untuk berjudi.

Demi menyelamatkan nyawa sahabatnya dan membalas dendam, Diyana mencadangkan untuk mencuri wang dari perniagaan pasar raya milik Azzim, Azzimart, bagi melunaskan hutang Michelle. Namun, rancangan mereka gagal apabila mereka tertangkap. Rompakan yang gagal itu membongkar aktiviti pengubahan wang haram Azzim dan mencetuskan siasatan polis yang akhirnya mengancam nyawa mereka semua.


Eksklusif buat semua penggemar siri premium Astro Originals, ‘First Wives’ akan mula bersiaran bermula 11 April 2025 setiap Jumaat, di On Demand, Astro Ultra/Ulti box dan Astro GO bermula 12 tengah malam, di Astro Citra (saluran 108) jam 9 malam. Atro Ria (saluran 104) setiap hari Isnin, jam 9 malam. Dapatkan info terkini dan tonton klip-klip menarik menerusi platform media sosial rasmi Astro Gempak dan Astro Shaw seperti di Instagram, TikTok, Facebook, dan juga X menerusi tanda pagar #FirstWives dan #AstroOriginals.


Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman strim anda dengan naik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.