Pengarah: Ejump Mohd
Penulis Skrip:
Pelakon: Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Erra Fazira, Zarynn Min, Keith Foo, Zamarul Hisham, Ady Mohammad, Lorenzo Irmann, Alya Iman, Aniq Iffat, Aaliyah Natasha
Syarikat Produksi: MIG Production Sdn Bhd
Penyiaran: iQiyi, Netflix
Genre: Drama
Jumlah Episod: 12 Episod (60 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 19 Januari 2024
Trailer:
Sekuel Rampas Cintaku (2022) membuka perjalanan Datin Safieya (Fasha Sandha) bersama suami barunya, Rizal (Afieq Shazwan). Walaupun Fieya happy dengan perkahwinan baru dia tapi Rizal pula sentiasa rasa insecure ditambah pula dengan gangguan dan ancaman dari Dato’ Jefri (Zarul Husin) sampai bertindak mencederakan mereka berdua.
Rina (Puteri Balqis) pula sentiasa menuduh Safieya menjadi punca impian Rizal terkubur. Untuk meredakan keadaan, Fieya pujuk Rizal untuk sambung pelajaran ke Turkiye. Malangnya tragedi berlaku apabila Rizal antara mangsa gempa bumi dan lost contact dengan semua ahli keluarga. Sebelum Rizal ke Turkiye, dia titipkan pesan kepada Ashraf (Ady Mohammad) untuk menjaga keluarganya.
Ibarat sekam dalam padi, Ashraf simpan hasrat untuk jadi pengganti Rizal selepas bercerai dengan isterinya. Dalam masa yang sama, Ashraf menjadi anak ikan kepada Datin Ruby. Mak Ngah (Zarynn Min) pula memburukkan Safieya supaya Rina setuju untuk tinggal bersama abangnya, Tuan Jamaluddin (Zamarul Hisham) dan isterinya, Dato’ Nasha (Erra Fazira).
Rina lanjutkan pelajaran dalam bidang seni di kolej swasta lalu berjumpa dengan Dania (Alya Iman) yang diam-diam menjalinkan hubungan sulit bersama Tuan Jamaluddin. Pelajar kaya bernama Haris (Lorenzo Iman) tertarik dengan Rina tapi dalam masa yang sama, dia sering bertemu secara kebetulan dengan Datin Safieya.
Ada masanya Safieya terbuai dengan layanan Haris kerana personaliti dan karakter dia lebih kurang sama dengan Rizal. Rakan baik Safieya, Hisham (Keith Foo) ketika belajar di universiti juga muncul dan meluahkan perasaan yang lama terpendam kepada Safieya. Siapa yang menjadi pilihan hati Safieya untuk menggantikan kesunyian setelah pemergian Rizal, kena tengok lah Rampas Cintaku 2 di iQiyi atau Netflix.
Menggunakan khidmat pengarah yang sama, Ejump Mohd, Rampas Cintaku 2 bergerak dengan cinta 4 segi dalam kehidupan Datin Safieya. Fasha Sandha tampil lebih daring dan seksi dalam sekuel sebab badan dia dah langsing dari musim lepas. Adakah perubahan badan dia membantu penceritaan? Tidak.
Screentime watak Datin Safieya tak sebanyak musim lepas sebab watak keluarga Rizal pun menjadi fokus juga dalam musim ni. Konflik antara Tuan Jamal, Rina, Dato’ Nasha, Dania dan Mak Ngah sama naik dengan konflik cinta 4 segi Datin Safieya. Ada yang connected juga sebab watak Ashraf, Dania dan Haris.
For me personally, skrip musim 2 terlampau banyak konflik dimasukkan dan watak sampingan yang tak perlu sampai menyampah nak tengok. Kalau semua konflik ni dikembangkan dengan baik mungkin cantik perjalanannya tapi bila masukkan ala kadar sekadar nak menambahkan sakit kepala Safieya, elok tak perlu masukkan. Patutnya revenge adik Syarul tu masukkan dekat musim 3 supaya watak Haris dapat ruang yang sepatutnya.
Tak faham dengan watak Datin Safieya dalam musim 2 ni sebab dia macam happy dengan kehadiran 3 jejaka baru dalam hidup dia. Rasa macam jadual dia penuh dengan appointment jumpa 3 watak ni sampai tak nampak bila dia mencari Rizal. Ada satu babak dia menangis rindukan Rizal tapi kenapa dialog dia tanya Rizal dekat mana padahal dah dapat sijil mati Rizal. Elok suka Safieya dengan Rizal, jadi menyampah terus tengok Safieya melayan 3 watak lain. Dah la I emosi sebab Afieq Shazwan berlakon 2 episod je. Kata 4 segi tapi 1 segi dah terkubur dekat Turkiye.
Geleng kepala bila Safieya selalu dating dengan Hisham dekat tempat Haris share dengan dia. Suka hati dia je expose tempat favorite orang. Lepastu dalam drama ni yang tak fahamnya kenapa Datin Safieya ni suka lepak dekat club eh? Nak bincang hal kerja pun dekat bar dan kelab malam.
Musim lepas banyak babak gaduh mulut antara Rina dengan Mak Ngah yang trending tapi dalam musim ni pergaduhan tu tak banyak. Mak Ngah cari pasal dengan Jaja pulak dekat butik tapi sebab watak Jaja ni malas nak layan, gaduh tu tak panjang lah. Watak Mak Ngah ni actually comedy relief dalam Rampas Cintaku tapi bila dia pun jadi penambah masalah, rasa berat kepala tengok musim 2. Seram tengok cara dia spend duit butik tapi okay je lah kot sebab dekat hujung drama Datin Safieya nak tambah cawangan baru.
Penulis ada masukkan awareness tentang penyakit kelamin tapi satu babak dan satu episod sahaja. Macam mana dapat tu dia buat flashback ringkas lepastu habis dah. Kalau nak sembang awareness, kena lah bagitahu betul-betul bukan setakat ambil surface je. Kalau filem I terima lah tapi yang ni drama, ada banyak ruang untuk masukkan babak ‘awareness’ ni. Macam mana penerimaan orang sekeliling, babak dengan doktor, babak dia merawat atau babak dia bertaubat.
Watak yang function dalam drama ni rasanya Dato’ Nasha sahaja sebab nampak bijak walaupun ada babak yang questionable sebab tak guna Ghafar. Pelik betul bila Mak Ngah kena culik tu kenapa Hisham tak buat police report. Drama ni dia guna polis masa diorang nak je, most of the time palatao macam Rina. Masa Safieya terkejut penculik tu adik Dato Rizal lagi merepek lah sebab berbelas tahun kahwin pun tak tahu ahli keluarga suami. Tapi tengok cara dia kahwin dengan Rizal masa musim lepas pun dah tahu cara dia macam mana.
Konflik Tuan Jamaluddin dengan Dania tu menarik sebenarnya sebab both jatuh cinta sebab kurang kasih sayang. Dania selalu diabaikan oleh keluarga sampai mencari kekurangan tu pada Tuan Jamaluddin yang banyak masa terluang sebab tak cara dengan keluarga dan kerja. Tuan Jamaluddin ni toxic benar ye sebab tinggalkan Rizal dengan Rina masa kecil lepastu lepas tangan dekat Dato Nasha bab syarikat.
Tak pernah nampak dia buat kerja pun sebab berdating dengan Dania siang malam. Berapa saham dia pegang dalam syarikat pun tak tahu. Kalau tanya dia saham dia pegang tu jenis apa, confirm dia tak boleh jawab. Kalau dia client I memang I baran sebab tak pernah kisah. Bila kena kompaun dengan SSM baru nak menggelupur. Tapi itu lah, kalau dia shareholder je mungkin selamat tapi kalau dia board of directors memang layak kena remove nama dari syarikat.
Walaupun I menyampah dengan alur cerita Rampas Cintaku 2 tapi seronok lah cuci mata tengok wardrobe Datin Safieya dengan Dato’ Nasha. Cantik betul Erra dalam drama ni. Bila entah nak ada drama yang bertemakan kehidupan korporat tak pun fashion war.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 5.4/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.