DAH RM50 JUTA! TIADA ALASAN LAGI UNTUK ANDA TIDAK SERBU KE PAWAGAM!

Friday, 25 April 2025

Filem pecah panggung Blood Brothers: Bara Naga sekali lagi mencipta kejutan apabila berjaya mencatat kutipan luar biasa yang kini mencecah RM50 juta selepas 14 hari tayangan termasuk tayangan awal! Sejak mula ditayangkan, pelbagai reaksi dan maklum balas positif membanjiri media sosial. Malah, ada penonton yang sanggup kembali ke pawagam semata-mata untuk menyaksikan semula babak paling viral, babak pembukaan 10 minit pertama yang katanya memang tak boleh dilepaskan!

Turut berkongsi mengenai kejayaan ini, Syafiq yusof dan Abhilash Chandra meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga. “Kami amat bersyukur melihat kutipan yang terus meningkat dan kini mencapai tahap yang begitu luar biasa. Ini semua tidak akan berlaku tanpa sokongan padu daripada penonton Malaysia. Terima kasih kerana terus mempercayai dan menyokong filem ini dari awal hingga sekarang.”

Keterujaan penonton membuktikan satu perkara yang tidak dapat disangkal, Blood Brothers: Bara Naga bukan sekadar filem aksi, tetapi sebuah pengalaman sinematik yang hanya dapat dirasai sepenuhnya di pawagam. Dengan visual yang memukau, kesan bunyi yang menggegarkan, dan babak-babak yang penuh emosi, filem ini benar-benar hidup di layar besar. Pengalaman luar biasa ini takkan mampu disampaikan melalui platform OTT atau di kaca TV. Setiap detik di pawagam menyatukan penonton dalam suasana yang mendalam, rasa tegang yang dikongsi bersama, momen sunyi yang menyebabkan seluruh dewan terdiam, dan babak yang mencetuskan tepukan gemuruh.

Lebih menarik, Primeworks Studios kini berkongsi babak eksklusif yang mesti ditonton. Walaupun klip pendek sudah cukup mengujakan, bayangkan betapa seronoknya menonton versi penuh di pawagam!

Babak eksklusif dari scene fighting pertama yang dimuat naik ke Instagram ini malah telah mencuri tumpuan ramai. Walaupun hanya ditonton di skrin telefon, ia tetap meninggalkan kesan yang mendalam. Namun, untuk merasai sepenuhnya kesan sebenar, penonton disarankan untuk menyaksikannya di pawagam, di mana setiap perincian dalam Blood Brothers: Bara Naga dicipta untuk layar besar, memberikan impak yang tiada tandingan dalam suasana panggung yang penuh imersif.

Ini lebih daripada sekadar tontonan, ini adalah sebuah pengalaman seumur hidup yang hanya dapat dirasai di pawagam dan tiada tandingannya di tempat lain!

UTAMAKAN FILEM MALAYSIA!

Terima kasih atas sambutan luar biasa dan rasai sendiri pengalaman epik menonton filem Blood Brothers: Bara Naga, kini di seluruh pawagam tanah air.

Dan buat peminat di Kedah dan Pulau Pinang, bersiap sedia! Barisan pelakon Blood Brothers: Bara Naga akan turun padang dalam Jelajah Bara Naga hujung minggu ini di lokasi-lokasi terpilih. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu mereka secara langsung dan rasai sendiri kehangatan filem ini!

*****************************************

MENGENAI SKOP PRODUCTIONS
SKOP PRODUCTIONS, diasaskan oleh Datuk Dr. Yusof Haslam pada Mac 1985, merupakan penerbit utama dalam industri perfileman dan televisyen di Malaysia. Berpusat di Kuala Lumpur, syarikat ini komited menghasilkan siri TV berprestasi tinggi dan filem pecah panggung merentasi pelbagai genre, dengan impak yang melangkaui sempadan negara.  

Sepanjang penubuhannya, SKOP PRODUCTIONS telah menerbitkan pelbagai karya yang meraih anugerah dan mendapat sambutan hebat di Malaysia serta Asia Tenggara. Kejayaan ini didukung oleh tenaga kerja profesional, termasuk jurutera bunyi, penyunting, pengarah kreatif, penulis skrip, dan penerbit yang diiktiraf dalam industri.  

Dalam industri yang terus berkembang, SKOP PRODUCTIONS mengekalkan pendekatan holistik, dengan pengarah terlibat dalam setiap peringkat produksi—dari konsep awal hingga suntingan akhir—bagi memastikan setiap karya mencapai standard kualiti tertinggi.

Untuk sebarang pertanyaan media dan maklumat lanjut, sila hubungi: 
Social Media Skop Productions 
Instagram : skopofficial__
Tiktok : skopofficial_
X : Skopoffcial_
Facebook : Skop Productions 
Youtube: skopofficial_

MENGENAI PRIMEWORKS STUDIOS 
Primeworks Studios - Peneraju Legasi Landskap Hiburan Di Mata Dunia
Primeworks Studios merupakan sebuah syarikat terkemuka di Asia Tenggara yang memiliki asas kukuh dalam pembangunan kandungan, pengeluaran filem, pengedaran filem, jualan kandungan, dan animasi. Selama lebih dari tiga dekad, Primeworks Studios telah menjadi peneraju yang memainkan peranan penting dalam membentuk landskap hiburan di Malaysia. Dengan menerapkan nilai dan teras yang utuh, Primeworks Studios terus unggul dalam  menghasilkan kandungan yang menarik dan berkualiti buat penonton di seluruh dunia disamping  mengekalkan legasi hiburan untuk menghiburkan penonton sejajar dengan keadaan masa kini dan masa akan datang.

Untuk sebarang pertanyaan media dan maklumat lanjut, sila hubungi: 
Social Media Primeworks Studios
Instagram : primeworksstudios.film | Tiktok : primeworksstudios.film | X : primeworksfilm
Facebook : Primeworks Studios - Film | Youtube: Primeworks Studios - Film 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.