BLOOD BROTHERS: BARA NAGA LEDAKAN BOX OFFICE!

Saturday, 12 April 2025

BLOOD BROTHERS: BARA NAGA LEDAKAN BOX OFFICE! | RM9.2 JUTA DALAM 2 HARI TAYANGAN DAN TAYANGAN AWAL

Filem aksi epik tempatan yang sarat dengan emosi dan ledakan visual, Blood Brothers: Bara Naga telah mencetuskan fenomena luar biasa di pawagam seluruh Malaysia! Diarahkan oleh gabungan dua nama besar dalam dunia pengarahan, Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, karya kolaboratif ini bukan sahaja memukau penonton, malah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM9.2 juta hanya dalam dua hari tayangan rasmi dan tayangan awal, bermula pada 8 April lalu. 


Blood Brothers: Bara Naga telah ditayangkan di 170 pawagam, menjadikannya antara filem tempatan dengan capaian tayangan paling meluas dan menerima sambutan yang luar biasa. Antara negeri yang mencatat jumlah tontonan tertinggi ialah Selangor, Johor, Kedah, Pahang dan Terengganu. Pencapaian luar biasa ini bukan sahaja membuktikan sambutan hangat penonton terhadap karya tempatan yang berkualiti, malah menjadi bukti bahawa gabungan naskhah penuh aksi, emosi dan nilai persaudaraan masih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. 


Blood Brothers: Bara Naga terus mencuri perhatian di seluruh platform media sosial dan mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan peminat filem tempatan. Ramai yang memuji kualiti produksinya dan menyifatkan filem ini sebagai satu pencapaian yang menetapkan penanda aras baharu untuk filem aksi tempatan. Antara petikan komen yang mendapat perhatian termasuk: 

  • Pengulas Filem Hadam Project: “Salah satu filem tempatan yang paling dinantikan tahun ini dan mungkin filem aksi tempatan yang paling mengagumkan dari segi visual pernah dihasilkan.”  (One of the most anticipated local movies of this year and might be the best looking local action movie ever.) 
  • Laman Facebook pengulas filem, ‘Suka Filem’: “Blood Brothers bukan sekadar filem, tapi satu ledakan emosi dan aksi yang tak bagi peluang untuk kita bernafas. Syafiq Yusof kali ni benar-benar keluar dari zon selesa. Dia bawa penonton menyelam dalam lautan emosi dari rasa kehilangan, marah membara, dendam yang menjerut jiwa, sampai ke detik-detik kecil yang buat hati tersentuh.” 
  • Pengulas filem Abang Riak mengatakan, “Tidak keterlaluan jika saya katakan ini adalah karya terbaik Syafiq Yusof setakat ini. Dari segi aksi, skrip, tempo hinggalah ke aspek teknikal dan visual, semuanya memang sempurna. Setiap elemen terasa tepat pada tempatnya, sampai saya sendiri tak jumpa apa-apa untuk dikritik. Babak pertarungan pula, memang bertaraf antarabangsa, brutal, kemas, dan penuh impak. Memang lain macam!”
  • Fikry Ibrahim turut meluahkan rasa kagumnya sebagai seorang pelakon, “Saya tengok lakonan semua pelakon Blood Brothers sangat smooth dan seimbang. Masing-masing beri komitmen penuh dan berjaya hidupkan watak dengan begitu natural. Tahniah kepada semua pelakon, pengarah dan juga penulis skrip. Gabungan Syukri, Sharnaaz, Syafiq, dan Kepeng memang cukup rempah. Hasilnya? Memang menjadi! Satu kejayaan yang wajar diberi pujian kepada seluruh pasukan produksi. Memang puas hati, langsung tak rasa rugi.”

Kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia! Ayuh serbu pawagam yang berdekatan dengan anda dan saksikan sendiri filem epik yang mengubah landskap filem aksi tempatan. Rasai setiap detik ketegangan, emosi, dan aksi yang bakal menjadikan Blood Brothers: Bara Naga sebagai filem ikonik dalam sejarah perfileman Malaysia.

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Blood Brothers: Bara Naga, ikuti kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube Primeworks Studios.

*****************************

MENGENAI SKOP PRODUCTIONS
SKOP PRODUCTIONS, diasaskan oleh Datuk Dr. Yusof Haslam pada Mac 1985, merupakan penerbit utama dalam industri perfileman dan televisyen di Malaysia. Berpusat di Kuala Lumpur, syarikat ini komited menghasilkan siri TV berprestasi tinggi dan filem pecah panggung merentasi pelbagai genre, dengan impak yang melangkaui sempadan negara.  

Sepanjang penubuhannya, SKOP PRODUCTIONS telah menerbitkan pelbagai karya yang meraih anugerah dan mendapat sambutan hebat di Malaysia serta Asia Tenggara. Kejayaan ini didukung oleh tenaga kerja profesional, termasuk jurutera bunyi, penyunting, pengarah kreatif, penulis skrip, dan penerbit yang diiktiraf dalam industri.  

Dalam industri yang terus berkembang, SKOP PRODUCTIONS mengekalkan pendekatan holistik, dengan pengarah terlibat dalam setiap peringkat produksi—dari konsep awal hingga suntingan akhir—bagi memastikan setiap karya mencapai standard kualiti tertinggi.

Untuk sebarang pertanyaan media dan maklumat lanjut, sila hubungi: 
Social Media Skop Productions 
Instagram : skopofficial__
Tiktok : skopofficial_
Facebook : Skop Productions 
Youtube: skopofficial_

MENGENAI PRIMEWORKS STUDIOS 
Primeworks Studios - Peneraju Legasi Landskap Hiburan Di Mata Dunia
Primeworks Studios merupakan sebuah syarikat terkemuka di Asia Tenggara yang memiliki asas kukuh dalam pembangunan kandungan, pengeluaran filem, pengedaran filem, jualan kandungan, dan animasi. Selama lebih dari tiga dekad, Primeworks Studios telah menjadi peneraju yang memainkan peranan penting dalam membentuk landskap hiburan di Malaysia.Dengan menerapkan nilai dan teras yang utuh, Primeworks Studios terus unggul dalam  menghasilkan kandungan yang menarik dan berkualiti buat penonton di seluruh dunia disamping  mengekalkan legasi hiburan untuk menghiburkan penonton sejajar dengan keadaan masa kini dan masa akan datang.

Untuk sebarang pertanyaan media dan maklumat lanjut, sila hubungi: 
Social Media Primeworks Studios

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.