BIZone, sebuah pek ringkas untuk outlet makanan dan minuman (F&B) oleh Astro adalah satu inisiatif dalam menggalakkan pertumbuhan outlet F&B dalam Industri Kecil Sederhana (IKS). BIZone telah melancarkan bantuan pemasaran yang direka khas bernilai RM3 juta untuk membantu industri F&B dan outlet komersial tingkatkan lagi hasil dan jumlah pelanggan melalui pemasaran bersasar dan promosi ganjaran.
Sejak dilancarkan pada tahun 2024, BIZone telah mencapai pertumbuhan yang memberangsangkan, menunjukkan peningkatan tahunan sebayak 34% dalam jumlah pelanggan, melangkaui jangkaan pertumbuhan 5% setahun. Dengan potensi pasaran sebanyak 14,000 unit, BIZone semakin meraih perhatian. Pertumbuhan dalam pemerolehan pelanggan ini meningkatkan nilai BIZone sebagai solusi untuk perniagaan F&B dan komersil di seluruh Malaysia.
Tan Sian Tuang, Ketua Bahagian Segmen Korporat dan Perkhidmatan Jalur Lebar, Astro berkata, “BIZone telah mencapai pertumbuhan mendadak untuk menjadi salah satu tawaran perniagaan efektif dari Astro – dengan ribuan F&B di serata Malaysia sudahpun meraih mafaat darinya. Walaubagaimanapun, kami akui bahawa wujud cabaran dalam outlet F&B untuk mencapai sasaran mereka dan memacu pertumbuhan perniagaan. Oleh itu, kempen sokongan pemasaran ini direka bagi memberi mereka peralatan dan sumber yang mereka perlukan untuk mempromosikan tawaran, meningkatkan keterlihatan, dan semestinya meningkatkan lagi jumlah pelanggan.”
“Apa yang membezakan sokongan pemasaran bernilai RM3 juta ini adalah bagaimana kandungan Astro apabila digabungkan dengan platform pemasaran, membuka potensi baharu dalam menarik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan para pelanggan F&B. Kempen ini membolehkan para pelanggan BIZone mendapat akses kepada platformpromosi impak tinggi yang kebiasaannya berada di luar jangkauan IKS. Samada siaran televisyen, ulasan influencer ataupun promosi dari selebriti, BIZone memberi perniagaan peralatan yang terbaik untuk menarik lebih remai pelanggan ke outlet F&B mereka. Kempen ini selari dengan matlamat Astro untuk menjadi rakan kandungan dan capaian nombor satu F&B, di mana ia bukan sekadar memberi hiburan tetapi juga impak positif dalam pertumbuhan pelanggan dan perniagaan,” tambah Sian Tuang.
Kempen BIZone Rewards: RM3 Juta Untuk Gandakan Potensi Perniagaan Anda
Astro memperkukuhkan lagi kedudukannya pada tahun 2025 dengan pelancaran kempen BIZone Rewards– satu inisiatif yang direka khas untuk menjadikan outlet F&B lebih menarik dan meningkatkan jumlah pelanggan, imej dan juga nilai jenama mereka. Kempen ini terbuka kepada semua outlet F&B dan komersial yang mendaftar, memperbaharui atau menaik taraf pek BIZone TV mereka sepanjang tempoh kempen berlangsung iaitu 7 April – 17 Oktober 2025.
Sebanyak 200 outlet F&B akan dipilih sebagai pemenang untuk menerima sebahagian dari dana bantuan pemasaran bernilai RM3 Juta; dengan pemilihan pemenang dilakukan setiap bulan menerusi cabutan oleh wakil Astro.
Sebanyak 200 outlet F&B akan dipilih sebagai pemenang untuk menerima sebahagian dari dana bantuan pemasaran bernilai RM3 Juta; dengan pemilihan pemenang dilakukan setiap bulan menerusi cabutan oleh wakil Astro.
Outlet yang terpilih bakal berpeluang untuk mendapat bantuan pemasaran seperti berikut:
- Pesta Menonton: Siaran langsung tayangan sukan yang dibiaya sepenuhnya untuk pelanggan, direka untuk menarik orang ramai dan menjadikan malam perlawanan sebuah acara utama.
- Sesi Ramah Mesra: Penampilan selebriti atau influencer terkenal sejurus meningkatkan perbualan, kehadiran pelanggan dan pengalaman yang berharga buat para pelanggan.
- Promosi Makanan: Konten eksklusif yang dihasilkan oleh influencer makanan terkenal atau personaliti laman social sejurus meningkatkan imej kedai dalam kalangan ribuan pencinta makanan.
- Iklan Astro Radio: Outlet pilihan pelanggan akan dibawakan ke udara oleh stesen radio Astro menyasarkan jutaan pendengar dan membina kepercayaan kepada setiap segmen pendengar.
- Iklan Ruang TV: Outlet pilihan pelanggan akan mendapat liputan khas di Buletin Awani atau Borak SeeNi, meningkatkan lagi jumlah tontonan kepada segenap lapisan masyarakat.
Anjakan Minima, Hasil Luar Biasa
Kempen ganjaran ini akan memberi lebih dari perhatian – ia memberikan keperluan pemasaran untuk menarik orang ramai, meningkatkan pemulangan pelanggan, dan memacu pertumbuhan perniagaan. Dengan RM3 juta bantuan pemasaran dan hanya sedikit anjakan, BIZone membantu pertubuhan komersial untuk membuka potensi penuh mereka menerusi kuasa hiburan pintar.
“Menerusi kempen ini, kami ingin setiap outlet F&B menggunakan kuasa pemasaran strategik untuk mencapai objektif perniagaan mereka. BIZone bukan sekadar hiburan – ia adalah penggandaan perniagaan yang berkuasa yang mampu memberi nilai sebenar dengan setiap kehadiran pelanggan, meningkatkan penglibatan pelanggan, dan meningkatkan nilai jenama. Kami percaya bahawa sokongan ini akan membantu perniagaan untuk terus berkembang memacu ekonomi Malaysia,” tambah Sian Tuang.
BIZone menyediakan rangkaian penuh liputan siaran langsung sukan dan kandungan hiburan, termasuk acara sukan terbesar seperti Premier League, Kejohanan BWF, Liga Malaysia, Liga Sepak Takraw, Formula 1, MotoGP, NBA, Kriket dan Tenis, serta 25 lagi saluran selain sukan. Ia juga menawarkan harga langganan yang berpatutan sesuai dengan keperluan perniagaan dan juga kapasiti pelanggan. Sebagai pelanggan BIZone, semua outlet F&B akan mendapat kit permulaan, barangan pemasaran dan juga alatan berjenama yang direka untuk melonjakkan lagi keterlihatan jenama mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat kempen ini, layari https://biz.astro.com.my/bizone-rewards, WhatsApp AstroBIZ di +603 9544 7566 atau emel astrobusinesssupport@astro.com.my. Kempen berakhir pada 17 Oktober 2025.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.