Last weekend before puasa kitorang pergi jalan-jalan dekat IKEA sebab nak tengok promo items. Dah alang-alang ke sana, nak breakfast sekali tapi ramainya orang plan benda yang sama jugak. Dari kaunter beraturnya dah nak cecah ke entrance dah.
Cancel plan breakfast dekat situ lepastu pergi ke Teh Tarik Place sebab tak ramai orang. Belek punya belek jumpa lah apa yang nak dimakan pagi tu. I pilih Nasi Kerabu, Fariha pilih Roti Sarang Burung sebab dia memang suka makan roti sarang burung ni. Special sikit dekat Teh Tarik Place, roti sarang burung dia ada keriuk keriuk dengan taburan daun bawang. Dalam gambar nampak cantik, dah sampai pun cantik juga.
Rasa dia? Hambar.
Roti agak keras lepastu pakej hangit dekat bahagian bawah so dia rasa pahit. Keriuk keriuk dengan daun bawang tu kan banyak, bila makan dia rasa stuffy tapi tak enhance apa pun. Roti dah keras, telur dah masak kecuali bahagian atas jadi bila makan tu rasa tak syok sebab semua pun keras. Kalau roti dia gebu, telur pun separuh masak mungkin sedap lah kot sebab tekstur lembut dan keras bergabung.
Mungkin dekat Teh Tarik Place cawangan lain rasa sedap lah kot sebab tengok menu Roti Sarang Burung jadi signature dish sebab ramai yang repeat. Atau kitorang yang emo sebab kena sidai lama walhal tak ramai orang pun dekat restoran ni masa tu.
Before this dah pernah try Nasi Kerabu Sotong Percik dekat Teh Tarik Place tapi kenapa tak refer entry lama entah. Confident order Nasi Kerabu Ayam Percik lepastu rasa sedih. Kuah percik dia tak pedas tapi lebih kurang macam sambal. Portion cukup lah untuk seorang makan tapi rasa tak kenyang sebab tak sedap. Nasi dia kering, memang tak improve eh dari dulu. Dia letak pula acar ke jeruk entah dekat tepi, spoil terus rasa.
Menyesal pulak tak pergi makan dekat Uncle Roger, at least boleh cuba something new walaupun rasa pun lebih kurang sama. Why repeat the experience to get the exact sam result? Lepas ni nak makan dekat mana kena refer balik entry sendiri sebab perit lah banana fruit two times.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.