Movie Review | Sky Force (2025)

Thursday, 20 March 2025


Directors: Sandeep Kewlani, Abhishek Anil Kapur
Writers: Sandeep Kewlani, Aamil Keeyan Khan, Carl Austin, Niren Bhatt
Cast: Akshay Kumar, Veer Pahariya, Sara Ali Khan, Nimrat Kaur
Production Companies: Jio Studios, Maddock Films, Leo Films UK Production
Distributors: PVR Inox Pictures, Amazon Prime Video
Genre: Action / Drama
Running Time: 125 minutes
Release Date: 24 January 2025
Trailer:


Berlatarkan tahun 1971 di mana kem tentera udara India diserang oleh tentera Pakistan kemudiannya berjaya menangkap seorang juruterbang bernama Ahmed. Wing Commander K.O. Ahuja (Akshay Kumar) ditugaskan untuk menyoal siasat Ahmed lalu mendapat tahu tentera tersebut dianugerahkan pingat kebesaran kerana menembak tentera udara India dalam perang yang berlaku pada tahun 1965. 

Berpatah balik ke tahun 1965, Ahuja dan anak buahnya, T.K. Vijaya (Veer Pahariya) berlatih di markas Adampur. Vijaya a.k.a Tabby dikenali dengan perangainya yang suka melanggar protokol namun terlepas kerana dia mempunyai kemahiran mengendalikan pesawat yang cemerlang. Ahuja dan Tabby mempunyai hubungan yang rapat kerana perangai Tabby seakan sama seperti mendiang adiknya, Manu. 


Ketua mereka, David Lawrence memaklumkan Amerika Syarikat menghantar 12 unit pejuang Star Striker kepada tentera udara Pakistan sekaligus meletakkan mereka di posisi yang terancam bila Kerajaan India masih lagi teragak-agak untuk meluluskan dana untuk menaiktaraf fasiliti ketenteraan. Namun Ahuja menenangkan ahli skuad yang lain dengan menerangkan betapa pentingnya kemahiran dan strategi dalam peperangan. 

Perkara yang merisaukan Tabby dan tentera yang lain mula menjadi nyata bila mereka mendapat intel di mana Pakistan merancang untuk menyerang markas mereka. Sebagai negara yang mengamalkan konsep cintakan keamanan, markas tentera Adampur diserang dan mengakibatkan beberapa orang tentera cedera parah dan meninggal dunia. Ahuja mencadangkan supaya India membuat serangan balas kepada tentera udara Pakistan.   


Filem terbitan Maddock Films sepatutnya ditayangkan pada tahun 2024 namun kemudiannya ditunda ke awal Januari 2025. Masa tengok trailer dah excited nak pergi tengok dekat wayang sebab ada stunt yang menarik dipaparkan dari Sky Force tapi batalkan niat bila dapat tahu watak Tabby ditangkap oleh pihak musuh. 

Tak faham kenapa produser pilih untuk reveal babak ni dalam lagu Kya Meri Yaad Aati Hai padahal dia boleh promote Sky Force guna lagu Tu Hain Toh Main Hoon dan Rang. Mungkin Maddock Films tak nak terlihat sama dengan filem Fighter (2024) arahan Siddharth Anand yang release pada bulan Januari 2024 tapi masa tayangan perdana, filem Sky Force tetap diasak dengan soalan yang sama. 


Berbalik kepada Sky Force yang mengangkat kisah sebenar the unsung hero T.K. Vijaya dalam perang kedua India-Pakistan pada tahun 1965, naskhah arahan Sandeep Kewlani dan Abhishek Anil Kapur mempunyai jalan cerita yang padat dengan aksi dan emosi. Mungkin tak stylish macam Fighter dengan kekangan bajet untuk paparkan suasana sebenar melalui bantuan VFX tapi masih bagus sebagai sebuah cerita. 



Lakonan Veer Pahariya yang debut melalui Sky Force menyerlah sama bagus dengan pelakon senior seperti Akshay Kumar. Chemistry Veer dengan Sara Ali Khan mencuri perhatian dalam babak-babak mereka bersama. Mungkin sebab sebelum ni pernah bercinta jadi sedikit sebanyak membantu but they really looks good together. Antara semua co-star Sara, Veer dan Sushant boleh create romantic vibe tu.

 
Kali kedua Akshay berlakon dengan Nimrat Kaur sebagai pasangan suami isteri selepas filem Airlift (2016) dan gandingan mereka membuahkan keharmonian pada jalan cerita. Tak banyak pun screentime Nimrat tapi setiap kali muncul tu dia boleh legakan tension pada yang ada pada watak Ahuja. Lakonan Akshay pun tak beria nak menonjol lebih dari orang lain, deliver sama seperti apa yang watak dia perlukan. 

Walaupun filem ni bersifat patriotik tapi tak banyak babak yang preachy ataupun sengaja merendahkan pihak lawan. Sky Force menceritakan dengan baik bagaimana strategi Tiger menumpaskan pihak lawan menggunakan pesawat lama dan peluru juga minyak yang dicatu. Watak Ahmed pun diberi ruang yang cukup untuk membantu watak Ahuja mencari Tabby. Ada beberapa babak macam tak perlu dimasukkan sebab draggy sedangkan ada banyak ruang boleh diberikan kepada ahli skuad yang lain. 


Dalam filem ni bukan Pakistan menjadi watak antagonis sebaliknya prinsip dan kelemahan sistem Kerajaan India sendiri. Kesian lah dekat keluarga Tabby sebab tertunggu-tunggu kepulangan Tabby padahal dah berkorban untuk negara tapi lain pula layanan yang diberi. Vibe Sky Force sama macam Baby (2015) atau Veer-Zara (2000). 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.