Movie Review | Reversi (2024)

Sunday, 9 March 2025


Pengarah: Adrian Teh
Penulis Skrip: Adrian Teh, Nazifdin Nasrudin
Pelakon: Beto Kusyairy, Shiqin Kamal, Hasnul Rahmat, Vanida Imran, Azhan Rani, Zahiril Adzim, Qi Razali, Dzul Hadziq, Amyza Aznan
Syarikat Produksi: ACT 2 Pictures, Clover Flims, Golden Screen Cinemas, K-Movie Entertainment 
Pengedar: GSC Movies
Genre: Cinta / Cereka Sains
Durasi Tayangan: 135 minit
Tarikh Tayangan: 19 Disember 2024
Trailer:


Filem Reversi yang mendapat tayangan perdana di Festival Filem Udine Far East (FEFF) 2024 mengisahkan tentang Akid (Beto Kusyairy), seorang pegawai polis yang berkhidmat sebagai jururunding mempunyai kelebihan untuk merentas masa lalu. Kelebihan tersebut diwarisi dari keluarganya, sama seperti ayahnya (Hasnul Rahmat) dan atuknya. Namun setiap kali Akid menggunakan kelebihan tersebut, umurnya semakin singkat bergantung kepada tempoh masa dia merentas masa. 


Akid tidak suka pada hujan kerana sering membawa petanda malang dalam hidupnya. Sama seperti ketika dia remaja di mana Aziz meninggal dunia ketika bergelut dengan pencuri. Hujan juga menjadi punca isterinya, Sarah (Shiqin Kamal) juga anaknya, Anas (Dzul Hadziq) meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. 


Banyak kali Akid cuba merentas masa untuk selamatkan dua insan penting dalam hidup dia namun gagal. Pantang larang pada kelebihan dia, Akid tak boleh menggunakan kelebihan untuk mendapatkan harta dan juga melawan ajal orang tersayang. 

Masa filem Reversi keluar, I tak sempat nak layan dekat wayang sebab jadual pack. Bila dah ada masa senggang sikit, tayangan dah habis dah pun dekat wayang berdekatan. Bila masuk Netflix baru dapat layan itupun lepas Syu, my colleague dah cerita dari awal sampai habis tanpa spoiler. Kudos to her narration sebab I suka discuss pasal movie tanpa spoiler. 


Narration Syu dengan promo material Reversi tak jauh beza pun sebab kedua-duanya tak bagi hint sangat tentang perjalanan Akid menyelamatkan Sarah dan Anas. Dari trailer dah boleh nampak yang takdir melawan usaha dia untuk selamatkan kedua-duanya. Watak Sarah dari awal perkenalan mereka berdua tak suka konsep merentas masa sebab dia nak hidup tanpa penyesalan. 

Walaupun Anas tak tahu tentang kelebihan Akid tapi dah boleh agak yang dia tak mampu hidup tanpa Sarah sebab cara didikan Akid tak sama dengan Sarah. Karier dia juga halang Akid untuk spend time banyak masa dengan Anas. Jalan cerita memang predictable tapi execution dari Adrian Teh yang buatkan filem Reversi jadi menarik. 


Plot utama tersusun cantik dan menjawab segala persoalan yang muncul sejak Akid gunakan kelebihan merentas masa tersebut. Sedikit demi sedikit dan dengan jelas Adrian Teh dan Nazifdin Nasrudin menjawab persoalan menerusi sesi terapi Akid bersama Dr. Kabir (Qi Razali). Watak Dr. Kabir obviously represent audience yang perlukan penjelasan jadi babak mereka berdua terlihat bersahaja dan natural. 

Lakonan Beto tunggak kekuatan Reversi lantas didukung dengan sinematografi cemerlang dari Danny Lala dan muzik dari Jackey Yow. Happy dapat tengok naskhah yang bagus seperti Reversi lepas beberapa kali kecewa dengan naskhah Adrian Teh terutamanya The Assistant (2022)


Sayangnya, genre kedua Reversi iatu Cinta tak berapa kuat sebab chemistry antara Beto dengan Shiqin Kamal kurang menjadi. Berbeza feel bila tengok Beto dengan Diana dalam Imaginur (2023) berbanding Reversi sedangkan kedua-duanya menggunakan genre yang sama dan ketengahkan rasa sayang dan cinta sebagai main core. Both actors are good with their acting tapi chemistry tak ada so momen romantik berdua rasa biasa. Pace Reversi agak perlahan, mungkin untuk tambahkan lagi emosi padahal tragedi kehidupan Akid dah cukup kuat untuk elemen tu. 

I feel like writers are juggling with their advices sebab dekat first half Aziz bagitahu Akid supaya jangan lawan takdir tapi dia juga buat benda yang sama, selamatkan bunga yang layu. Sama juga dengan Sarah yang nak hidup in the present tanpa sesal tapi murung bila Anas pergi dan abaikan Akid. 


Dalam seribu cara yang Akid dah cuba, I tak faham kenapa Akid tak park dekat sikit daripada kena habiskan tenaga lari jauh dari kawasan kejadian atau minta tolong pemandu teksi sebagai salah satu strategi untuk selamatkan Sarah dan Anas pada masa yang sama. 

Walaupun ada beberapa persoalan pada cara Akid dalam menyelamatkan Sarah dengan Anas tapi I setuju dengan tindakan Akid lepas jumpa Dr. Kabir sebab semua ni takkan terjadi kalau dari awal lagi wujudnya redha. Watak Hazirah (Vanida Imran) jadi kunci untuk watak Akid dan Aziz terima takdir hidup masing-masing. 

1. Team Production +1 , 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.9/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.