Movie Review | Pilot (2024)

Saturday, 22 March 2025


Director: Kim Han-gyul
Writer: Jo Yoo-jin
Cast: Jo Jung-suk, Lee Ju-myoung, Han Sun-hwa, Shin Seung-ho
Production Companies: Shotcake, Movie Rock
Distributor: Lotte Entertainment
Genre: Comedy 
Running Time: 111 minutes
Release Date: 31 July 2024 
Trailer:


Filem Pilot mengisahkan tentang Han Jung-woo (Cho Jung-seok) merupakan seorang pilot selebriti namun kehilangan kerja gara-gara sexist remarks dalam sebuah dinner party. Dia dibuang kerja serta-merta dan hilang banyak endorsement deals sekaligus menjadikan hutangnya menimbun. Mencari kerja baru juga ternyata susah setelah nama dan imej dia jadi buruk kerana insiden tersebut. Isterinya minta cerai dan hak penjagaan anak juga hilang. Pendek kata, Jung-woo hilang semua yang dia ada. 

Murung dengan nasib hidup dia, Jung-woo mohon kerja sebagai juruterbang wanita dan minta bantuan adiknya, Han Jung-mi (Han Sun-hwa) untuk ubah penampilannya menjadi seorang wanita. 


‘Wow. Your face is rejecting the makeup. How about plastic surgery? Why didn’t you secretly stash some money for a rainy day?’ – Han Jung-mi

Setelah diterima bekerja di Hankuk Air, Jung-woo semakin rapat dengan juruterbang wanita bernama Seul-ki (Lee Joo-myoung). Junior dia, Seo Hyun-seok (Shin Seung-ho) tertarik dengan personaliti ‘Jung-mi’ yang kelakar sementara Jung-woo mula rapat dan tertarik dengan Seul-ki sehingga lah dia dapat tahu identiti staff Hankuk Air yang dedahkan insiden yang menyebabkan dia kehilangan kerja. 


Naskhah Pilot arahan Kim Han-gyul merupakan remake kepada filem Sweeden berjudul Cockpit (2012) dengan jalan cerita yang seakan sama. Pilot mengetengahkan isu diskriminasi wanita yang berlaku dalam industri penerbangan bila insiden Jung-woo merendahkan kebolehan wanita walaupun memuji mereka cantik dan lebih cantik berbanding staff syarikat lain. 

Watak Jung-woo represents audience atau orang awam yang clueless dengan insiden tersebut kemudiannya dijelaskan oleh watak Seul-ki di mana wanita juga layak diberi pengiktirafan untuk usaha, kerja keras dan kemahiran mereka dan bukan semata pada paras rupa dan fizikal sahaja. 


Dalam babak di kokpit pesawat ada perbualan Hyun-seok yang sering mengganggu Jung-mi sampai dia tak selesa bekerja dengan lelaki tersebut. Masalah biasa yang dihadapi wanita di tempat kerja. Bila stress, mula lah kena label tak professional dan tak pandai menguruskan emosi. 

Filem Pilot mempunyai banyak babak-babak kelakar dengan lakonan yang cemerlang dari Cho Jung-seok dan gandingan bersama pelakon sampingan yang lain. Masa layan filem Pilot ni tak sangka ada Shin Seung-ho sekali, makin bertambah seronok lah tengok sebab dia antara my favourite Korean actor walaupun watak dia dalam filem ni mengundang.  


Jalan cerita Pilot menggunakan pace yang laju dan mudah difahami kerana bersifat straightforward di samping dialog yang kelakar dari beberapa watak utama kemudian memberi solusi yang jujur dan selayaknya kepada watak-watak yang terkesan dengan perbuatan Jung-woo. 

First half menjanjikan komedi yang berterusan tapi bila ke seond half, dah boleh agak macam mana perjalanannya. Tambah pula bila Seul-ki menjadi tetamu jemputan di majlis hari jadi Han Shi-Hoo (Park Da-on). Patutnya penulis keluar dari babak tipikal tersebut atau biarkan Jung-woo confess sendiri supaya sisi jujur dia lebih memberikan impak pada babak klimaks. 


Sinematografi dari Kim Sung-an menggunakan kelebihan visual untuk serlahkan reaksi dan mimik muka yang kelakar. Cantik sangat masa Cho Jung-seok keluar sebagai perempuan buat pertama kali dalam landskap yang cerah dan dreamy. Kelakar masa Jung-mi menangis lepas dapat tahu Jung-woo terlibat dalam insiden kapal terbang hampir terhempas. Sensor lampu mainkan peranan penting untuk babak tu. 

Ada few scenes macam tak logik dalam filem Pilot tapi sebab genre utama adalah komedi jadi tak lah hairan sangat kalau watak-watak sekitar Han Jung-woo buat tak nampak dengan kelakuan dia. Even the fact dia tak boleh dapat kerja lepas insiden tu pun macam over stretch lah sebab dia lelaki so kalau pergi ke bidang lain untuk berehat sementara dari kecaman netizen, tak lah menjadi masalah besar pun. 


Pilot is a good one time watch. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.