Movie Review | Miss Fortune (2023)

Sunday, 9 March 2025


Director: Lee Seung-joon
Writer: Kim Woo-hyeon
Cast: Uhm Jung-Hwa, Bang Min-ah, Park Ho-san, Son Byung-ho, Jung Young-joo, Kim Jae-hwa
Production Company: N/A
Distributor: JNC Media Group
Genre: Action / Thriller
Running Time: 121 minutes
Release Date: 11 October 2023
Trailer:


Dalam sebuah operasi mencuri intan permata yang bakal dilelong, Ji-Hye (Uhm Jung-Hwa) berjaya mendapatkan apa yang diidamkan. Malangnya setelah dinilai oleh Georges (Park Ho-san), intan permata tersebut sebenarnya palsu. 

Ji-hye cuba pujuk Georges untuk beri satu operasi mega buatnya supaya dia boleh bersara dan tunaikan cita-cita anak perempuan tunggalnya, Lee Joo-young (Bang Min-ah). Dia mahu hantar anaknya ke Amerika Syarikat untuk menjadi professional climber di sana. Georges maklumkan Mi-ja (Jung Young-joo) pernah tertangkap ketika ingin mencari emas di sebuah rumah jutawan terkenal. 


Jutawan bernama Park Ki-hyeong (Son Byung-ho) mempunyai koleksi barangan antik dan artifak bersejarah Korea dan Jepun. Kesemua barangan bernilai tersebut dibeli dengan harga yang lumayan tapi bukan itu sasaran yang Georges maksudkan. Selain barangan bersejarah tersebut, Park Ki-hyeong menyimpan jongkong emas bernilai 600 billion di bilik bawah tanah. 

Park Ki-hyeong mempunyai waris lelaki tunggal bernama Park Wan-kyu (Song Sae-byeok) dan pembantu peribadi, Kumiko (Kim Jae-hwa). Sementara Ji-hye sibuk dengan strategi untuk mencari emas 600 billion di rumah Park Ki-hyeong, Mi-ja pula disoal siasat oleh Detektif Kim Hyeon-woo (Kim Sung-sik) di balai polis. 


Ji-hye merayu supaya Mi-ja tak dedahkan nama dia sebagai rakan subahat dalam sebuah operasi lama. Dia tawarkan juga sejumlah emas sebagai ganti maklumat tentang keluarga tersebut dan juga menjada identitinya. Tanpa disangka, Detektif Kim jatuh hati dengan Joo-young jadi anaknya membantu dengan mengganggu fokus Detektif Kim supaya plan Ji-hye berjalan dengan lancar. 

Filem Miss Fortune arahan Lee Seung-joon yang bertemakan rompakan licik dari organisasi rahsia mempunyai jalan cerita yang agak lemah untuk naskhah berdurasi 121 minit. Layan filem ni pun sebab ada Uhm Jung-Hwa yang terkenal dengan lakonannya dalam drama Dr. Cha (2023). Sebelum ni Uhm Jung-hwa pernah juga berlakon dalam genre action dalam filem Okay! Madam (2020) tapi yang tu lagi seronok sebab komedi dia menjadi juga lah nak dibandingkan dengan Miss Fortune. 


Mungkin juga sebab barisan pelakon untuk watak-watak sampingan kurang menyengat. Baik lakonan mahupun visual purpose, so dia rasa flat dan bosan. Sepenuhnya bergantung pada pelakon utama untuk wujudkan babak komedi. Action stunt pun tak lah menarik untuk ditonton sebab pengarah beratkan ke arah komedi. 

Patutnya tambah lagi babak Joo-young ganggu Detektif Kim bukannya beria dalam satu babak sedangkan plan Ji-hye bergerak dalam tempoh masa yang lama dan perkenalan mereka berdua juga pada tempoh awal. Watak Detektif Kim pun muncul bila penulis perlukan dia untuk bantu watak utama padahal dia boleh jadi lawan yang kuat juga untuk Ji-hye selain Kumiko. 


I had expectation bila organisasi rahsia tu diuruskan oleh Georges rupanya tekaan I salah sebab lemah betul team diorang ni. Senang sangat kantoi dan tak ada backup plan pun bila identiti terbongkar, kebanyakan masanya bergantung pada tuah je. 

Memandangkan Miss Fortune lebih terarah pada genre komedi jadi tak lah menarik sangat sinematografi atau audio yang dimasukkan. Boleh kata filem Miss Fortune mempunyai kekangan bajet pun ye juga sebab ala kadar saja device yang Ji-hye atau Jong-yoo guna setiap kali ada misi rompakan, tak kira lah yang bilis atau mega. 


No wonder lah filem Miss Fortune tayangan JNC Media Group tak generate hype walaupun mempunyai Uhm Jung-Hwa sebagai pelakon utama. Kalau minat dengan lakonan dia, boleh lah layan Miss Fortune secara santai, kalau tak, boleh je skip filem ni. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 5.3/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.