Movie Review | Bolehkah Sekali Saja Kumenangis (2024)

Saturday, 22 March 2025


Pengarah: Reka Wijaya  
Penulis Skrip: Junisya Aurelita, Rezy Junio, Santy Diliana, Alim Sudio.
Pelakon: Prilly Latuconsina, Dikta Wicaksono, Surya Saputra, Dominique Sanda, Widi Mulia, Gracia JKT48, Antonio Blanco Jr., Kristo Immanuel, Ummi Quary
Syarikat Produksi: Sinemaku Pictures 
Pengedar:  Netflix
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 102 minit
Tarikh Tayangan: 17 Oktober 2024
Trailer:


Naskhah genre drama terbaru yang ditayangkan di Netflix mengisahkan tentang Tari (Prilly Latuconsina) yang menyertai support group. Tari mengalami masalah anxiety yang berpunca dari ketua keluarga yang baran. Tari sentiasa takut di rumah atau di tempat kerja hingga menyebabkan dia menjadi seorang people pleaser dan kurang keyakinan diri. 

Kakaknya, Bunga telah berpindah keluar kerana tak tahan tinggal di rumah tersebut. Hampir setiap hari Pras (Surya Saputra) bertengkar dengan Devi (Dominique Sanda) hingga naik tangan. Tari cuba pujuk Devi keluar dari rumah tersebut tapi ibunya takut keadaan akan menjadi lebih buruk. 


Di tempat kerja, Tari bertemu dengan pekerja baru bernama Baskara (Pradikta Wicaksono), bekas atlet bola keranjang yang memilih untuk menjadi penulis. Baskara terlihat tenang tapi mempunyai sifat panas baran. Walaupun Tari kenal Baskara yang juga menyertai support group, Life Mates tapi tak pernah bertegur. Gara-gara perlu team up untuk satu projek, mereka berdua semakin rapat lalu Baskara ajak Tari dan Devi tinggal di apartment tempat dia menyewa. 

Naskhah Bolehkah Sekali Saja Kumenangis yang diadaptasikan dari sebuah lagu berjudul Runtuh yang dinyanyikan oleh Feby Putri dan Fiersa Besari. Tajuk yang diambil dari bait lirik pada bahagian chorus lagu tersebut mempunyai elemen balada dan melankolik yang kuat. 



‘Namun bolehkah sekali ini saja ku menangis sebelum kembali membohongi diri.’ – Runtuh

Jalan cerita Bolehkah Sekali Saja Kumenangis mempunyai alur cerita yang ringkas tapi sarat dengan emosi tentang keluarga yang berpecah-belah akibat ketua keluarga. Bukan senang nak hidup dengan individu yang panas baran sebab perkara sekecilnya pun boleh triggered dia untuk mengamuk. Yang akan jadi mangsa mestilah orang terdekat macam dalam naskhah ni, Devi yang sentiasa dipukul hingga luka di bahagian muka dan badan. 


Masa awal bercinta semuanya baik dan indah macam fasa awal percintaan Tari dan Baskara sebab sikit pun lelaki tu tak pernah marah ataupun naik tangan tapi bila jadi satu insiden, terus meledak marah sampai Tari terkejut dengan perubahan Baskara. Sebab tu juga watak Devi susah untuk tinggalkan Pras sebab dia yakin Pras yang dia kenal dulu tu baik dan romantik. Dia percaya Pras boleh berubah. 

Selain dari kisah Tari dan Baskara, penulis masukkan juga kisah kehidupan ahli-ahli lain dalam Support Group untuk menyampaikan mesej apa yang dialami dalam kehidupan manusia. Macam mana Nina (Widi Mulia) sebagai kaunselor di Life Mates membantu semua ahli untuk move on dan pulih dari trauma masa lalu. 


Isu kesihatan mental bukan sesuatu yang baru dekat masyarakat Asia tapi masih lagi ada stigma seperti yang dipaparkan oleh watak Pras bila Tari pujuk untuk rujuk pakar kaunseling. 

‘Ibu udah lakukan itu selama bertahun-tahun kan. Ayah berubah enggak? Kalau ibu bisa ngebelain Ayah, bisa perjuangin Ayah sampai segitunya, Tari cuma pengen Ibu tau, ini cara Tari perjuangin Ibu.’ – Tari


Dialog dari filem Bolehkah Sekali Saja Kumenangis mendukung screenplay filem dengan sebaiknya. Sinematografi dan music latar menjadi sinergi yang bagus untuk wujudkan suasana sedih dalam hidup Tari dan Baskara. Walaupun Prilly dan Dikta tak ada chemistry yang kuat untuk babak mereka berdua tapi okay lah sebab moment tu tak banyak. Lagi seronok tengok friendship Tari dengan Dimas (Antonio Blanco Jr.) sebab natural dan comel. Relaks je Dimas berlakon depan Pras walaupun dia takut dengan ayah Tari. 

Overall it’s a good film dengan tema kekeluargaan dan kehidupan and you guys should watch it on Netflix. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.9/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.