MEMASAK, BERKONGSI & MEMBERI: MONDELÄ’Z INTERNATIONAL SEMARAKKAN KEBAIKAN DI BULAN RAMADAN | Cadbury Dairy Milk menyatukan rakan kongsi, warga kerja dan rakyat Malaysia untuk menyebarkan harapan dan sokongan kepada komuniti yang memerlukan
Sempena bulan Ramadan yang sinonim dengan belas ihsan, masyarakat akan bersatu hati membantu mereka yang kurang bernasib baik. Bagi menjiwai semangat ini, Mondelēz International (Malaysia), melalui jenama ikoniknya, Cadbury Dairy Milk, menyatukan rakan kongsi, warga kerja, dan rakyat Malaysia untuk menghulurkan sokongan kepada komuniti yang kurang berkemampuan di seluruh negara.
Menerusi pelbagai inisiatif di bawah kempen #MDLZPrihatin, Cadbury Dairy Milk membawa perubahan yang bermakna sepanjang bulan suci ini dengan membuat kuih, memasak dan berkongsi rezeki. Daripada menyediakan juadah bagi golongan memerlukan sehingga memperkasakan usahawan kuih kecil-kecilan, inisiatif ini akan memberi manfaat kepada ribuan individu dari keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara.
#MDLZPrihatin merupakan komitmen jangka panjang Mondelēz International (Malaysia) dalam memperkasa komuniti yang kurang berkemampuan, didorong oleh dedikasi warga kerja, pelanggan, dan rakan kongsinya. Inisiatif ini memberikan bantuan bersasar dalam bentuk kebajikan, pendidikan, pembangunan kemahiran, pemerkasaan wanita, serta keusahawanan. Sejak dilancarkan tahun lalu, ia telah memberi manfaat kepada lebih 45 komuniti dan 4,800 individu di seluruh Malaysia.
Antara teras utama kempen ini ialah ‘ Kuih Raya Dari Hati ’, program tahunan Cadbury Dairy Milk yang diteruskan dengan kerjasama Yayasan MyKasih. Tahun ini, kumpulan wanita dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai dan Lembah Subang sekali lagi berpadu tenaga untuk menghasilkan kuih raya demi tujuan kebajikan sambil menjana pendapatan tambahan menjelang Raya.
Kesemua pembuat kuih ini merupakan ibu tunggal daripada keluarga berpendapatan rendah. Kali ini, mereka berazam menghasilkan 454,400 keping Tart Coklat Cadbury – tiga kali ganda jumlah yang membawa mereka ke dalam ‘Malaysia Book of Records’ pada tahun lalu. Sebahagian kuih Raya ini akan disumbangkan kepada komuniti kurang bernasib baik, manakala selebihnya akan diedarkan sebagai sampel dan hadiah bersama setiap pembelian coklat Cadbury Dairy Milk, bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati air tangan kasih sayang mereka.
“’Kuih Raya Dari Hati’ telah menjadi satu tradisi bermakna bagi kami bagi meraikan semangat Ramadan dan Raya. Selama lima tahun ini, program ini telah melahirkan banyak kisah inspirasi, yang mengingatkan kita bahawa kemurahan hati bukan sekadar satu nilai murni, tetapi juga kuasa yang menyatukan kita semua,” kata Ketua Pemasaran MondelÄ“z International (Malaysia), See Mei Sin.
“Selama 75 tahun, Cadbury Dairy Milk telah menjadi sebati dengan kehidupan rakyat Malaysia, berkongsi kegembiraan, dan memperkaya kehidupan dari generasi ke generasi. Dedikasi dan ketabahan para pembuat kuih inilah yang memberi inspirasi kepada kami untuk melangkah lebih jauh tahun ini. Jadi, kami akan meningkatkan usaha dan mengukuhkan kerjasama kami untuk mencapai komunti yang lebih luas,” tambah beliau.
Menghidangkan Juadah, Menyuburkan Harapan
Selain menyokong pembuatan kuih Raya, Cadbury Dairy Milk turut berganding tangan dengan pelbagai organisasi sepanjang bulan Ramadan untuk menyediakan hidangan panas kepada mereka yang memerlukan. Bagi ramai orang, terutamanya yang kurang berkemampuan, satu hidangan panas ketika berbuka membawa makna yang cukup besar.
Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, Cadbury Dairy Milk bekerjasama dengan Pertiwi Soup Kitchen untuk menaja penyediaan 10,400 hidangan, bagi memastikan golongan yang memerlukan di sekitar Medan Tuanku, Jalan Raja Laut, Anjung Kembara, dan Chow Kit dapat menikmati juadah berkhasiat ketika berbuka dan sahur.
Selain itu, Cadbury Dairy Milk turut memberi sokongan padu kepada acara #KitakanJiran Ramadan Cookout anjuran Lotus’s Kajang, di mana sukarelawan dari kalangan kakitangan MondelÄ“z International (Malaysia) akan turut serta menyediakan dan mengagihkan juadah berbuka, serta beg cenderahati yang berisi coklat kepada 100 kanak-kanak.
Dalam semangat kebersamaan, Cadbury Dairy Milk mengajak rakyat Malaysia untuk turut serta dalam usaha kebajikan menerusi program Cadbury Kongsi Berkat. Bersama MYDIN dan Lotus’s, jenama ini memudahkan orang ramai untuk berkongsi rezeki dengan cara yang mudah namun bermakna.
Pelanggan boleh membeli dan menyumbangkan makanan tahan lama di Stesen Kebaikan #CADBERI, yang dilengkapi dengan tong derma di 24 cawangan MYDIN dan 23 cawangan Lotus’s terpilih di seluruh negara. Semua sumbangan akan disalurkan kepada Food Aid Foundation dan MYDIN Prihatin bagi memastikan ia sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Sebagai tanda penghargaan, setiap penderma yang berkongsi gambar sumbangan mereka akan menerima coklat Cadbury Dairy Milk secara percuma – sebagai peringatan manis bahawa setiap kebaikan, walau sekecil manapun, mampu mencetuskan keceriaan.
Untuk maklumat lanjut tentang Cadbury Kongsi Berkat dan rangkaian peruncit yang mengambil bahagian, sila layari: bit.ly/cadburyxlotus or bit.ly/cadburyxmydin.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.