INTEL ALERT! NEONIMUS MENGGEMPURKAN TRAILER RASMI #1 EJEN ALI THE MOVIE 2! | 300K Tontonan Di YouTube & 1.3 Juta Di TikTok Dalam Tempoh Kurang 24 Jam!
Satria Bangkit! Peminat Ejen Ali kini boleh mula merasai kehangatan ancaman baharu Neonimus dengan pelancaran treler rasmi #1 Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) di saluran YouTube dan platform media sosial Ejen Ali pada 25 Mac, jam 3.00 petang! Kini anda semua boleh mula menghitung hari kerana filem sekuel yang dinanti-nantikan ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara pada Mei 2025. Siap sedia untuk misi yang lebih mendebarkan, visual lebih hebat, dan kisah penuh emosi yang pasti akan memukau penonton!
Treler Rasmi #1 ini memberi gambaran awal tentang perkembangan baharu di Cyberaya yang bakal menguji kemahiran, kesetiaan dan persahabatan Ali pada tahap maksimum. Hal ini adalah ekoran ancaman Neonimus, seorang penggodam misteri yang ingin mencetuskan kekecohan di Cyberaya, Ali perlu menguasai sut SATRIA dengan segera demi misi untuk melindungi kota futuristik ini. Pada masa yang sama, Ali juga berhadapan dengan perubahan dinamik persahabatannya bersama Alicia, yang kini diberikan peranan baharu sebagai pemakai IRIS.
Dalam masa yang sama, drama lebih hangat apabila bekas Ejen MATA, Rizwan bekerjasama dengan penjahat Dos dan Trez untuk bertemu Ali. Ini mencetuskan spekulasi apakah motif sebenar gandingan pemain baharu ini? Sementara itu, agensi rahsia MATA melantik Ketua Teras baru; Ejen Amir (Neuro) dan Ejen Elle (Inviso) untuk mengukuhkan lagi pertahanan bandar Cyberaya bersama pemimpin veteran Ejen Dayang (Tekno) dan Ejen Ganz (Kombat). Tanpa pengetahuan Ali, pelbagai perubahan radikal yang berlaku di belakang tabir Cyberaya telah membuka ruang untuk provokasi dari Neonimus yang ingin menjerat Ali dan MATA. Plot ini bakal menjanjikan sebuah aksi berintensiti tinggi beserta lebih banyak elemen futuristik teknologi MATA. Bukan itu sahaja, plot ini turut dilengkapi dengan emosi yang mendalam dan bakal memberikan dimensi baharu terhadap perjalanan Ali sebagai ejen rahsia muda.
Melengkapkan lagi aura epik trailer ini ialah muzik latar yang diolah dari lagu runut bunyi rasmi EATM2 berjudul “Hanya Kamu,” dendangan artis legenda Dato’ M. Nasir. Gabungan visual epik dan muzik ikonik ini mencipta getaran “goosebumps” yang diakui sendiri oleh ramai peminat! Lirik dari korus lagu ini seolah memberikan bayangan tentang perjalanan getir Ali demi membuktikan kebolehan dirinya sebagai pengemudi SATRIA.
Sejurus selepas dilancarkan, treler berdurasi 1 minit 23 saat ini mencetuskan fenomena di platform digital dengan mencatatkan 300,000 tontonan di YouTube dan 1.3 juta tontonan di TikTok dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Peminat di Malaysia dan luar negara, termasuk dari Indonesia, menunjukkan keterujaan luar biasa apabila rata-rata mereka meluahkan rasa tidak sabar menanti tayangan filem ini di pawagam, malah ada yang menyatakan terasa debaran sehingga meremang bulu roma sewaktu menonton treler tersebut. Antara komen menarik dari mereka seperti, “Bila nak keluar di Indonesia?”, “Tak sabar nak tengok Ali dan Cyberaya di layar besar!”
Ga sabaaaaar nak nonton iniiiiii 😍😍😍😍😍. Anak saya juga suka ini. Diapun pasti nak sangat nonton di bioskop kalo nanti dah kluar. 😍😍😍
ReplyDelete