Drama Review | Our Beloved Summer (2021)

Saturday, 15 March 2025


Director: Kim Yoon-jin
Writer: Lee Na-eun
Cast: Choi Woo-shik, Kim Da-mi, Kim Sung-cheol, Roh Jeong-eui
Production Companies: Studio N, Super Moon Pictures
Distributors: SBS TV, Netflix 
Genre: Romantic Comedy / Coming-of-age 
Running Episodes: 12 episodes (60–70 minutes per episode)
Release Date: 6 December 2021 – 25 January 2022 
Trailer:


Drama Our Beloved Summer yang dikembangkan jalan ceritanya oleh Studio S bermula dengan idea pembikinan satu dokumentari tentang pelajar paling cerdik di sekolah, Kook Yeon-soo (Kim Da-mi) bersama pelajar paling tercorot markahnya, Choi Ung (Choi Woo-shik). 

Dokumentari yang dirakam pada musim panas tahun 2011 meraih banyak perhatian dan menjadi dokumentari popular di Youtube. Yang semua orang tahu ialah dua orang pelajar ni sentiasa berbalah walaupun sekecil-kecil perkara kerana berbeza perspektif dan karakter. Kook Yeon-su sentiasa sibuk dan mempunyai cita-cita tinggi sementara Ung lebih selesa berbaring di laman sekolah mencari ketenangan pada alam semulajadi. 

Yang orang tak tahu, mereka berdua sebenarnya bercinta sehingga lah masuk ke alam universiti. Banyak pengalaman dan kenangan yang mereka cipta bersama sepanjang 3 tahun bercinta sehinggalah Yeon-su minta putus secara tiba-tiba. Ung yang kecewa dengan tindakan tersebut hanya mengurung diri dan fokus kepada karya seni sehingga berjaya menempa nama sebagai pelukis terkenal. 

Bersembunyi di sebalik nama Go-oh, Ung selesa melukis bangunan yang mempunyai banyak kenangan dalam hidup dia. Kook Yeon-su pula bekerja sebagai PR di sebuah syarikat kecil. Setelah bertahun hilang tanpa khabar, mereka berdua bertemu kembali kerana projek terbaru yang memerlukan khidmat Go-oh sebagai tarikan pengunjung pusat membeli-belah yang baru dibuka. 

Kebetulan, ketua produser arahkan Kim Ji-ung untuk buat dokumentari istimewa tentang kehidupan Choi Ung dan Kook Yeon-su setelah 10 tahun. Kim Ji-ung merupakan rakan baik Choi Ung sejak kecil dan sering membantu keluarga Choi Ung di restoran. Tak ada sesiapa pun yang tahu Kim Ji-ung juga simpan perasaan pada Yeon-su sejak pertama kali berjumpa di sekolah. Projek dokumentari tersebut menyingkap banyak perasaan yang terpendam dalam kehidupan mereka bertiga. 

Drama arahan Kim Yoon-jin menggunakan jalan cerita segar dalam kisah cinta remaja sehingga 10 tahun kemudiannya. Setiap watak yang dibawa masuk ada kisah hidup dan traumanya tersendiri buatkan kita kenal dan dengan mudahnya dapat connect dengan setiap watak. 

Watak Choi Ung lebih banyak mendiamkan diri sebab status dia sebagai anak tunggal dalam keluarga dan trauma lain yang menimpa dia pada waktu kecil. Jumpa pula dengan Kim Ji-ung yang memang pendiam bila terbeban dengan ketidakhadiran orang tua sejak kecil. Walaupun trauma dua watak ni besar tapi ada watak-watak sampingan yang sentiasa mendukung perjalanan mereka sehingga besar. Sama juga dengan Kook Yeon-su cuma watak dia jenis suka buat teruk. Macam keputusan dia untuk berpisah dengan Choi Ung dan bila dia ‘hilang’ sebab nak teman nenek (Cha Mi-kyung) dekat hospital. 

Personally, I found it too slow and sometimes boring sebab drama Our Beloved Summer menggunakan pace yang perlahan sepanjang 16 episod walhal genre utama adalah romantic comedy. Masa dokumentari zaman sekolah je yang kelakar tapi bila dua watak utama berjumpa balik, dah mula bosan. Dua episod terakhir lagi bertambah bosannya sebab dah tak ada apa sangat pun untuk dua watak utama tak end up together. 

Lakonan Choi Woo-sik okay je, chemistry pun okay but he’s not my ideal type so I tak lah seronok sangat tengok. Excited dah masa tengok watak dia berubah dekat after party dalam Episod 5 tapi sekali tu je dia jadi garang lepastu lemau balik. Memandangkan watak Choi Ung adalah pelukis, kebanyakan kawasan mempunyai aesthetic yang tersendiri, seronok lah cuci mata layan drama ni. Mungkin sebab ni juga boleh layan sampai habis walaupun ambil masa sebulan lebih. Suka tengok rumah Choi Ung sebab senibina dan interior yang kreatif, sesuai lah dengan jiwa seni dia. Pagar rumah je tak berkenan sebab rendah sangat but since drama ni rom-com, tak ada lah isu pencuri pecah masuk rumah. 

I suka interaction NJ dengan Choi Ung sebab personaliti dua watak ni sama. Berjaya lah penulis guna watak NJ (Roh Jeong-eui) sebagai stress reliever kepada Choi Ung bila stress dengan Yeon-su. Cuma kesian lah sebab sampai ke sudah NJ seorang diri. Masa tengok dia start berkawan dengan Kim Ji-ung dah seronok sebab nampak ada chemistry rupanya tak ke mana pun. 

Bukan NJ je tapi kebanyakan potential side couples dapat treatment yang sama macam Sol-yi (Park Jin-Joo) dengan Eun-ho (Ahn Dong-Goo) tak bercinta pun walaupun lepas 2 tahun bekerja bersama. Sama juga dengan watak Kim Ji-ung atau Jung Chae-ran (Jeon Hye-Won) yang suka dengan senior dia. Buat apa masukkan atau wujudkan perasaan tu kalau tak nak develop supaya kisah cinta utama tak terganggu? 

Jalan cerita Our Beloved Summer terlampau ringkas tapi kena drag lama untuk memenuhkan kuota durasi 16 episod jadi ada banyak babak tak perlu macam rakan sepejabat RUN Company. Dialog pun lebih kurang sama je dari awal sampai habis iaitu buat spekulasi tentang love life Kook Yeon-su. Boleh sangat kalau penulis tunjuk cara kerja PR company dan fill in tentang cabaran pekerjaan mereka sebab dunia PR dalam drama ni nampak mendatar sangat macam kerja pejabat yang biasa. 

Drama Our Beloved Summer tak lah teruk sangat tapi kalau ada option speed 2x dekat Netflix, boleh habis cepat sikit. Maybe drama ni masuk must watch list K-drama sebab V nyanyi OST kot sebab nak harapkan jalan cerita, rasanya ada yang lebih menarik. Bak kata Jisoo, not that bad but not that good. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.4 = 6.6/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.