Director: Hitesh Bhatia
Writers: Vishnu Menon, Bhavna Kher
Cast: Shabana Azmi, Jyotika, Nimisha Sajayan, Sai Tamhankar, Lillete Dubey, Shalini Pandey, Anjali Anand
Production Company: Excel Entertainment
Distributor: Netflix
Genre: Crime / Drama
Running Episodes: 7 episodes (45 minutes per episode)
Release Date: 28 February 2025
Trailer :
Salah satu syarikat farmasi terbesar di Mumbai, VivaLife Pharmaceutical dilanda masalah apabila seorang wanita muda meninggal dunia dalam kemalangan akibat fentanyl. Bahan kimia tersebut merupakan salah satu komponen yang berbahaya kepada sistem badan manusia. Pendek kata, kesan sampingannya seperti dadah.
Ajit Pathak (Gajraj Rao) dan Konstabel Preeti Jadhav (Sai Tamhankar) ditugaskan untuk menyiasat dan mencari maklumat tentang Modella a.k.a fentanyl di VivaLife Pharmaceutical. Shankar Dasgupta (Jisshu Sengupta) sehabis baik cuba melengahkan kerja-kerja dua pegawai tersebut. Hari Jagtap (Bhupendra Jadawat) juga turut membantu Shankar supaya peluangnya untuk transfer ke Germany terbuka luas.
Di rumahnya, isterinya, Raji (Shalini Pandey) mempunyai perniagaan kecil iaitu lunchbox delivery. Pembantu rumah secara sambilan bernama Mala (Nimisha Sajayan) membantu Raji dengan menyediakan dabba sebelum dihantar kepada pelanggan. Dalam setiap dabba yang disediakan, Raji selitkan supplement kesuburan dengan harapan bisnes tersebut akan beri pulangan.
Selain bekerja dengan Raji, Mala juga bersihkan rumah Varuna Panniker (Jyotika), isteri Shankar setiap pagi. Gara-gara aduan dari ahli komuniti VivaLife, Raji dan Mala terpaksa menyewa satu unit untuk berniaga. Di sana mereka berjumpa Shahida (Anjali Anand), ejen hartanah yang membantu mereka berdua mendapatkan rumah usang dengan harga yang murah.
Tanpa disangka unit mereka diganggu oleh teman lelaki Mala, seorang kaldai dadah di bandar tersebut. Mala yang berang diugut, membuang sepaket dadah lantas mengakibatkan nyawa dia dan Raji di dalam bahaya. Akibatnya mereka berdua terpaksa membayar ganti rugi dalam masa yang singkat. Tak memasal Shahida yang datang menyinggah terjebak dalam masalah tersebut.
Raji akhirnya selesaikan masalah tersebut dengan selitkan dadah dalam dabba yang ditempah. Dari pelanggan yang sedikit meningkat kepada jumlah yang banyak. Ibu mertua Raji, Sheila (Shabana Azmi) juga membantu bisnes haram tersebut. Dari terdesak bertukar kepada tamak.
Naskhah jenayah terbaru terbitan Excel Entertainment yang bersifat women-centric mempunyai idea yang menarik di mana penjualan dadah diadakan menerusi bisnes tempahan makanan tengahari. Dabba atau lunchbox merupakan bisnes yang popular di India sejak dahulu lagi dan filem Lunchbox (2013) menggunakan bisnes tersebut dalam jalan ceritanya.
Manakala penyeludupan dadah dalam dabba pernah juga digunakan dalam filem Good Luck Jerry (2022) lakonan Janhvi Kapoor. Walaupun dah pernah tengok idea ni tapi drama Dabba Cartel melakukan bisnes tersebut dalam skala besar tanpa dihidu oleh sesiapa pada awalnya.
Kantoi pun sebab tokan dadah yang lain sakit hati jualan dadah mereka menurun lalu mencari dalang dabba cartel sebab setiap bisnes pasti ada pesaingnya. Tambahan pula bisnes haram yang menjanjikan pulangan yang banyak seperti dadah.
Dekat episod-episod awal, Dabba Cartel terlihat menarik dengan jalan cerita yang bergerak laju dan mudah difahami walaupun ada masanya menyampah tengok keputusan pendek akal dari Mala. Kalau bukan sebab dia bertindak melulu, mereka yang lain tak akan terjebak tapi kalau tak terjebak macam mana nak jadi cerita kan?
Bila masuk ke tengah drama dah mula longgar dan hilang momentum bila Sheila mula jadi tamak sampai bahayakan nyawa yang lain. Watak dia yang misteri dan menggerunkan di awal drama dah hilang bila kita dah kenal siapa dia yang sebenarnya. Selalunya backstory watak yang dimasukkan akan buat watak tersebut jadi lebih kuat tapi sebaliknya pula untuk watak Sheila.
Kedua-dua penulis - Vishnu Menon dan Bhavna Kher seolah-olah gagal mencari harmoni dan keserasian sepanjang menulis plot Dabba Cartel sebab tak konsisten. Watak Varuna nampak bijak pada awalnya tambah pula dia mengungkit tentang jasa membantu Shekhar 8 tahun lepas kemudiannya terlihat lemah bila Shankar bagitahu apa alasan dia tolak tawaran VivaLife untuk lantik Varuna sebagai HOD. Sama juga dengan Bhowmick (Santanu Ghatak) yang berbelah bahagi untuk memilih berada di pihak mana.
Perjalanan Dabba Cartel menjunam bila plot boleh dijangka dengan mudah terutamanya penghujung cerita yang menjadi penyambung kepada Musim 2. Skrip tak lah intense sangat sebab kumpulan Dabba Cartel ni tak ada yang bijak pun, semuanya bertuah dan bernasib baik semata. Tak pasti macam mana penulis nak olah Musim 2 nanti tapi kalau boleh tak perlu wujudkan sebab yang pertama pun dah lemah.
Sayanglah sebab barisan pelakon ada bakat yang besar tapi tersia gara-gara skrip lemah. I dah excited bila nampak Shalini Pandey dalam Dabba Cartel lepas layan movie dia Jayeshbhai Jordaar (2022) dengan Maharaj (2024) tapi itu lah, on paper mungkin nampak menarik tapi bila dah kena edit, jadi lain pula. Apapun dia menyerlah sebagai Raji yang terperangkap sebagai isteri, menantu dan ibu dalam drama jenayah ni.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 6.6/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.