Dalam meraikan kempen Ramadan Raya Indahkan Memori, drama fenomena Keluarga Itu membawa kehangatan kisahnya ke dunia nyata menerusi sesi iftar istimewa di LADO By The Lake, Shah Alam, semalam. Majlis ini bukan sekadar sesi berbuka puasa bersama, tetapi peluang eksklusif bagi peminat untuk berinteraksi lebih dekat dengan para pelakon, berkongsi detik bermakna sekali gus mempererat hubungan antara penonton dan watak-watak dalam drama ini yang semestinya akan dikenang selamanya.
Dikuasai oleh Samsung, inisiatif ini juga bertujuan untuk memperkukuh promosi siri tersebut serta meningkatkan keterlibatan penonton dalam suasana komuniti di RARA 2025. Mengangkat tema "Ramadan Bersama: Kasih dan Keberkatan", acara iftar ini telah dimulakan dengan penuh keriangan menerusi dendangan lagu Raya oleh Shahrul Kamal yang membangkitkan semangat perayaan.
Majlis semakin meriah dengan segmen interaktif, apabila para pelakon Keluarga Itu, iaitu Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Izara Aishah, Muaz Zabir, Puteri Balqis, dan Melissa Campbell beraksi dalam sesi permainan bersama peminat bertuah. Gelak tawa dan sorakan memenuhi ruang majlis sebelum suasana perlahan-lahan kembali tenang menjelang waktu berbuka puasa. Sebagai penutup acara, duo adik-beradik Shiha Zikir dan Ida Zikir pula tampil menghiburkan penonton dengan alunan lagu Raya yang menghidupkan suasana.
Di sebalik kemeriahan acara, Keluarga Itu bukan hanya drama biasa dengan tema sensitif yang diketengahkan. Sejak siaran episod pertamanya pada 28 Februari lalu, Keluarga Itu telah mencetuskan pelbagai perbincangan hangat tentang realiti pahit dalam institusi keluarga daripada pergolakan rumah tangga hingga penderitaan anak-anak, termasuk cabaran membesarkan kanak-kanak istimewa yang menghidap autisme. Sepanjang 12 episod siarannya, ia telah mengundang berbagai-bagai reaksi, termasuk kemarahan, kekecewaan, jijik, hinggalah simpati yang mendalam.
Lebih daripada sekadar hiburan, Keluarga Itu menyuluh sisi gelap kehidupan sebenar di mana pengkhianatan oleh darah daging sendiri bukan semata-mata imaginasi dan mimpi ngeri, tetapi realiti kejam yang dialami sesetengah individu di luar sana. Kisah ini sememangnya membuka mata ramai, malah menyaksikan gelombang perkongsian pengalaman peribadi yang perit dalam kalangan penonton sendiri.
Selain itu, dengan kerjasama Samsung, satu siri TikTok Keluarga Antara Insan turut menjadi sorotan dalam majlis ini. Berlatarbelakangkan komuniti erat di Taman Antara Insan, siri 10 episod ini mengisahkan perseteruan dua jiran, iaitu Dahlia dan Amir, yang terjebak dalam konflik kecil melibatkan seekor kucing dan calar pada kereta Amir. Namun, dengan sokongan komuniti yang penyayang, perbalahan itu bertukar menjadi ukhuwah penuh gelak tawa, kasih sayang, dan erti sebenar kekeluargaan, dalam suasana Ramadan dan Syawal menghampiri.
Menariknya, Muaz Zabir dan Puteri Balqis, yang membintangi Keluarga Itu, turut menerajui siri ini selaku watak utama, bersama Aleza Shadan dan Amirulhakim Lokman. Keluarga Antara Insan bakal menemui penonton di TikTok @samsungmalaysia @TV3Malaysia, jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program Ramadan Raya di TV3, TV9 & Tonton, pastikan anda mengikuti laman media sosial rasmi kami di Facebook, Instagram & Twitter, @TV3Malaysia, @TV9Malaysia, @TontonMY. Jom gunakan #IndahkanMemori dan abadikan momen terindah anda bersama TV3, TV9, dan Tonton!
Nampak menarik series nya. Sayang saya tak bisa lihat.
ReplyDeleteDulu saat masih tinggal di Aceh, Krn komplek perumahan nya dibuat oleh oil company besar utk tempat tinggal staffs dan keluarganya, jadi kami juga bisa menonton banyak saluran tv luar negara. Salah satunya tv 1,2,3 Malaysia. Makanya sejak kecil saya dah sering lihat acara2 tv Malaysia ini. Fav saya pasti tv3, Krn hiburan paling banyak di tv 3 kan 😁