ASTRO SEMARAKKAN SYAWAL DENGAN HIBURAN ‘MERIAH LAIN MACAM’ ISTIMEWA RAYA 2025 | Iklan ‘Lain Macamnya Raya’ menyelami erti sebenar kebahagiaan keluarga
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, Astro, peneraju industri hiburan di Malaysia, membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.
Setiap tahun, sambutan Aidilfitri tidak akan lengkap tanpa iklan yang mengusik emosi atau yang mencuit hati dalam membangkitkan semangat Syawal. Astro meneruskan tradisi iklan Raya berkualiti tinggi dengan ‘Lain Macamnya Raya’, kisah Jumaah, ibu tunggal yang berpegang pada tradisi tetapi diuji dengan kehadiran menantu berbeza adat. Dalam dilema antara warisan dan perubahan, Jumaah menemukan erti sebenar kebahagiaan keluarga. Iklan 8 minit ini, hasil kerjasama Astro dan Naga DBB, diarahkan oleh Hyrul Anuar (Think Tank) dan menampilkan barisan selebriti terkenal seperti Ellie Suriaty, Mierul Aiman, Qasrina Karim, dan ramai lagi.
Menurut Naib Presiden, Melayu, Antarabangsa, Kanak-kanak & On Demand, Astro, Azlin Reza Azmi, “Selari dengan tema tahun ini, Astro membawakan pelbagai kandungan khas yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga menyatukan semua. Raya kali ini lebih istimewa dengan penceritaan yang dekat di hati, memenuhi citarasa pelbagai generasi. Dari drama dan telefilem istimewa menyentuh emosi, hiburan penuh warna-warni, hingga komedi dan muzikal yang menceriakan – semuanya untuk memastikan setiap detik bersama keluarga dan insan tersayang lebih bermakna dan meriah daripada biasa. Ini juga diterjemahkan menerusi iklan raya kami “Lain Macamnya Raya”, yang mengetengahkan kemanisan dalam kelainan apabila kita terbuka untuk menerimanya. Kami berharap santapan yang kami sajikan sepanjang Syawal ini bukan sahaja menyemarakkan Aidilfitri anda tetapi juga menjadi penghubung dalam menyatukan keluarga dan sahabat handai. Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.”
Selain program hiburan buat seisi keluarga, Astro, dengan kerjasama Rocketfuel, turut menampilkan dua buah lagu istimewa Raya yang berjudul ‘Meriah Lain Macam’ nyanyian Hael Husaini dan Nadeera Zaini, serta ‘Nyam Nyam Ketupat’ yang menggabungkan Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania dan Miss Alvy sebagai santapan Raya.
Sorotan Kandungan Raya 2025 di Platform Astro
Platform Televisyen
• Astro menyajikan 12 telefilem baharu bermula 1 Syawal menerusi saluran Astro Ria, Prima & Ceria. Antaranya menerusi Astro Ria (saluran 104), Rapun, Cinta Untuk Sekali Lagi Raya, Andai Tiada Dia Raya, Pulau Cinta Syawal dan Dia Punya Hati menampilkan kisah cinta dan konflik keluarga dari karya Siti Rosmizah. Astro Prima (saluran 105) membawa telefilem sesuai untuk seisi keluarga dari komedi hinggalah ke kisah penuh emosi seperti Terculik Sana Tertukar Sini, Jemaah Penanggan Kg Lenggong, Pajak Raya, Ayah Jangan Nangis dan Setia di Hujung Ingatan.
Sementara itu, Astro Ceria (saluran 611) bakal menghiburkan penonton cilik dengan telefilem Bintang Dari Beaufort, kisah remaja Sabah mengejar impian, serta OSOM, pengembaraan seorang pemain video ke dimensi lain dan banyak lagi.
• Selain itu, Astro turut meneruskan 7 buah drama Ramadan Rayanya yang meliputi pelbagai kisah, menjadi kegemaran para penonton sepanjang Syawal ini seperti Dia Imamku, Seribu Tahun, Honey Minta Maaf, Dendam Seorang Madu, UMAR, Geng D.U.I.T dan siri terbaharu Astro Originals, First Wives.
• Syawal ini turut akan dimeriahkan dengan pelbagai program variasi, hiburan dan komedi, antaranya ‘buah tangan’ khas buat pelanggan Astro, MagiSiti 2025, sebuah program istimewa bersama Biduanita Negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Bombastika Raya : Detik Bersama, konsert retro Lagenda Raya 2025, Gegar Vaganza 11 Raya, TikTok Live X Astro Gimme The Mic Malaysia Raya. Saksikan kemeriahan SherRina Show : Raya Kat Mana?, Healing With Zizan Raya, Rumah Bujang #Teamrayasingle serta gelak tawa Sepahtu Kecoh Beraya, sitkom terbaharu bersama Sherry Al Hadad, Bell Ngasri & Nabila Huda dalam Seri Ferry Mart, Meriah Lawak Raya dan Gerak Geri Gen Z menjanjikan kelainan dalam sambutan Aidilfitri kali ini.
• Peminat sukan boleh berhibur dengan program sukan khas Raya di saluran Astro Arena (saluran 801) termasuk Bola Dulu Baru Kamu, Bola Itu Life dan Rumah Terbuka Nadi Arena.
• Manakala peminat filem pula boleh menyaksikan filem-filem terbaik Astro Shaw di pawagam termasuk sekuel dari filem seram box office Indonesia, Qodrat 2 lakonan hebat Vino G. Bastian dan Acha Septriasa, bermula 17 April 2025. Bagi penggemar filem tempatan, filem aksi superhero ikonik yang paling dinanti-nantikan, Keluang Man lakonan Nas Muammar Zar, Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor dan ramai lagi akan menguasai pawagam bermula pada 29 Mei 2025.
• Untuk menikmati filem terbaharu di pawagam rumah anda, Astro First membawakan filem Harimau Merah: Konflik Bermula yang menampilkan pelakon Luqman Hafiz, Ben Amir, Ammar Alfian bermula 27 Mac 2025. Bagi peminat genre seram, filem Emp4t lakonan Adrianna Adnan, Syafie Naswip dan Alvy Joanna boleh mula dilanggan pada 27 Mac 2025.
Platform Digital
• Astro Gempak menyajikan pengalaman Raya dengan pelbagai program digital menarik, termasuk Travel EV Balik Ganu iaitu pengembaraan tiga pempengaruh pulang beraya dengan kereta elektrik; Borak Dulu Baru Kamu Raya Special, temu bual eksklusif bersama Datuk Syafinaz Selamat, Fadhli Masoot dan Noki K-Clique; drama vertikal Hey! Kita Lain tentang empat sahabat baik mencapai impian; serta Reunion Raya Special, sesi perbincangan bersama pelakon dan pengarah filem popular Kahar: Kapla High Council.
Platform Radio
• Astro Radio memeriahkan Syawal dengan program menarik untuk pendengar setianya, termasuk Plus One ERA, di mana pendengar boleh beraya bersama personaliti ERA; Berlagu Beraya BORNEO, hiburan lagu Raya oleh artis di ERA Sabah & Sarawak; Lemang Drive Thru SINAR, pemberian lemang percuma kepada pendengar setia; Jelajah Raya Pata Timo, kunjungan GEGAR ke rumah pendengar di Pantai Timur; dan Kad Raya ZAYAN, pertandingan reka bentuk kad Raya dengan hadiah wang tunai serta peluang menjadi kad rasmi ZAYAN.
Tawaran dan Perkhidmatan Astro
Tawaran untuk Pelanggan Astro
• Sambut Ramadan Raya dengan kempen ‘Menangi Bermacam-macam Hadiah dengan Astro One”, menawarkan hadiah bernilai hingga RM200,000! Dari 1 Feb – 26 Apr, pelanggan baharu yang melanggan di outlet terpilih atau dalam talian berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa termasuk perkakas rumah, barangan elektrik, baucar dan banyak lagi. Pelanggan sedia ada juga boleh menyertai dengan menaik taraf ke Astro One atau menambah Astro Fibre. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
• Sempena pelancaran video muzik ‘Nyam Nyam Ketupat’, para peminat berpeluang menyertai sesi Meet & Greet eksklusif bersama Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania dan Miss Alvy. Bertempat di empat lokasi terpilih, sesi ini akan menampilkan persembahan tarian secara langsung, peluang bergambar bersama selebriti, serta pengagihan cenderahati eksklusif Astro One termasuk Paket Raya Astro dan Kurma kepada mereka yang menyertai kemeriahan ini. Layari laman media sosial Astro untuk maklumat lanjut.
• Kehadiran Syawal turut boleh diraikan di Pesta Meriah Lain Macam Astro yang bakal berlangsung di tiga lokasi iaitu Suria KLCC (15-16 Mac), Dataran Merdeka (22 Mac) dan Pavilion Kuala Lumpur (23 Mac). Pelbagai aktiviti akan dijalankan bersama para pengunjung yang hadir, bertemankan ramai selebriti jemputan daripada kandungan-kandungan Raya Astro 2025 seperti Nadhir Nasar, Meerqeen, Mierul Aiman, Faizal Hussein, Hael Husaini, Nadeera Zaini, Kamal Adli dan ramai lagi.
• Jadikan Raya “Meriah Lain Macam” dengan berkongsi stiker eksklusif Raya Astro di WhatsApp bersama keluarga dan insan tersayang. Muat turun sekarang di aplikasi MyAstro.
• Astro Fibre akan melancarkan kempen "WiFi Kencang Tak Sangkut-Sangkut" pada 17 Mac, menampilkan Hawa Rizwana dan Didi & Friends dalam sebuah lagu bagi menyerlahkan pengalaman penstriman yang terbaik. Para pelanggan Astro kini boleh melanggan tawaran eksklusif WiFi Kencang 500Mbps dengan hanya RM90/bulan. Untuk maklumat lanjut, layari astro.com.my/fibre.
Tanggungjawab Sosial Korporat
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam menyebarkan kebaikan melalui Kempen Program Kasih Ramadan, Astro Kasih turut menyalurkan sumbangan kepada Yayasan Ikhlas dengan kerjasama ERA Sarawak. Program ini telah berlangsung pada 25 Februari 2025 di Miri, Sarawak. Orang ramai yang ingin turut serta dalam usaha murni ini boleh menyumbang melalui akaun RHB Bank Berhad – Yayasan Astro Kasih (21412900254230).
Selain itu, Astro Kasih akan bekerjasama dengan Radio Zayan dalam satu inisiatif istimewa pada 21 Mac ini, di mana sebanyak 1,500 bubur lambuk akan diedarkan kepada warga emas dan komuniti setempat di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih. Usaha ini bukan sahaja bertujuan berkongsi rezeki, tetapi juga untuk menyemarakkan kemuliaan bulan Ramadan serta menghargai para penjaga dan penghuni pusat jagaan tersebut. Inisiatif ini turut mendapat sokongan daripada Adabi sebagai penaja utama.
Inisiatif ini turut akan dilakukan di Dataran Merdeka pada 22 Mac 2025 ini dengan kerjasama Nu Ideaktiv dan Radio ZAYAN menerusi kempen RASA Bubur Lambuk Rewang Wira yang akan disertai oleh 50 orang sukarelawan daripada Astro, barisan selebriti dan personaliti radio seperti Faizal Ismail, Nana Mahazan dan Anas Tahir. Penglibatan Radio ZAYAN dalam kempen ini termasuk membuat siaran secara langsung di luar konti bermula jam 8 pagi sehingga 10 pagi di lokasi tersebut.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.