Dalam semangat Ramadan dan Aidilfitri, Pusat Beli-belah Alamanda Putrajaya mengukuhkan komitmennya terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan meraikan anak-anak yatim dan kurang bernasib baik dari Yayasan Anak Yatim dan Kebajikan Murid Islam Semenyih (YAYAKEM).
Seramai 41 orang anak-anak YAYAKEM berusia antara 9 hingga 12 tahun hadir ke Alamanda untuk menikmati pengalaman membeli-belah persiapan raya di mana mereka memilih sendiri pakaian dan kasut raya baharu yang ditaja oleh rakan niaga seperti Bata. Majlis ini menjadi lebih istimewa apabila mereka turut menerima sumbangan duit raya daripada Alamanda dan TUCZ.
Suasana menjadi lebih bermakna apabila anak-anak YAYAKEM diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama para media, tetamu kehormat dan pengurusan Alamanda.
Menurut Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, “Sebagai pusat beli-belah utama di Putrajaya, Alamanda memainkan peranan penting dalam memupuk semangat prihatin dan kebersamaan dalam komuniti. Melalui inisiatif seperti ini, kami berharap dapat menyuntik sinar keceriaan kepada mereka yang kurang berkemampuan, terutamanya kanak-kanak yang tidak berpeluang menikmati suasana Ramadan dan Syawal seperti rakan sebaya mereka.”
Encik Muhammad Hanafi Bin Jalalludin, Naib Yang Dipertua YAYAKEM turut meluahkan rasa terima kasih atas inisiatif ini yang membolehkan anak-anak yayasan tersebut menikmati sambutan Aidilfitri yang lebih bermakna tahun ini.
Selain program CSR, Alamanda turut menghidupkan kempen Hari Raya 2025 dengan hiasan bertemakan Maghribi yang menampilkan rona biru diraja dan emas di Centre Court. Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan tarian Zapin dan Tarian Arab pada hujung minggu serta aktiviti ‘Moroccan Glass Painting’ untuk ahli VIKids.
Sebagai tambahan, pengunjung yang berbelanja RM700 dan ke atas akan menerima satu set Sampul Raya dan balang kuih kaca, manakala pembelian RM1,500 dan ke atas akan menerima tambahan e-Baucar Alamanda bernilai RM50.
Kempen ini turut menyokong kesedaran kesihatan mental melalui jualan 'Green Ribbon Pin' yang boleh didapati sepanjang tempoh promosi. Untuk info lanjut dan terkini, layari www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre.
**************************************
Mengenai Pusat Beli Belah Alamanda
Pusat Beli-belah Alamanda, dimiliki oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn Bhd, mempunyai keluasan lantai kasar 1,056,000 kaki persegi dengan keluasan boleh disewa bersih 921,443 kaki persegi. Dengan kira-kira 12 juta pengunjung setiap tahun, pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai kemudahan termasuk dua bangunan parkir khas (3,000 petak parkir), kemudahan mesra OKU, dan surau. Direka sebagai syurga membeli-belah di tengah-tengah Putrajaya, Alamanda menyajikan pengalaman ‘Easy, Vibrant Shopping’.
Selain runcit, Alamanda juga merupakan pusat gaya hidup dan hiburan yang dinamik. Tarikan terbaru, Escape Putrajaya di Esplanade, adalah taman pengembaraan luar seluas 151,548 kaki persegi yang dibangunkan dengan kerjasama Sim Leisure Group Ltd. Direka untuk menggabungkan elemen pengembaraan dan alam semula jadi, taman ini menawarkan pengalaman yang mengujakan dengan tarikan seperti Zip Coaster, Flying Lemur, Banana Flip, Slingshot, Coco Climb, dan banyak lagi. Ia menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Bagi meningkatkan lagi pengalaman hiburan, Alamanda kini menampilkan 10 ruang pawagam TGV Cinemas yang mesra keluarga serta pusat boling U-Bowl X yang diperluas dengan 26 lorong, menawarkan lebih keseronokan kepada pengunjung.
Dengan Centre Court yang luas di bawah siling berkubah kaca yang menakjubkan, Alamanda menjadi lokasi ideal untuk pelbagai acara, menarik minat pengunjung serta bakal penyewa. Reka bentuknya yang mesra keluarga turut dilengkapi travelator untuk memudahkan pergerakan stroller dan kerusi roda, akses runcit yang lancar, serta susun atur dua tingkat yang unik bagi memastikan aliran pengunjung yang lebih selesa.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.