Pasar Karat Pak Ma'on, Pengkalan Sabak Bernam

Wednesday, 19 February 2025

Masa balik Sabak Bernam haritu ternampak banner Pasar Karat Pak Ma'on dekat area Pengkalan Sabak. Start dari jam 12 tengah malam sampai 1.00 tengahari. Kitorang melencong kejap pergi sini sebelum pergi kenduri dekat Dewan Tun Razak sebab nak tengok apa ada dijual dekat Pasar Karat Pak Ma'on ni. 

Rasanya ni aktiviti baru dekat Pekan Sabak tapi start bila tu tak pasti la pulak. Area Pasar Karat Pak Ma'on ni dekat bahagian belakang Pasar Basah Sabak Bernam. Dah hujung waktu ni, ada banyak je parking dekat situ. Lepas park kereta ternampak pula Pasar Marjina. Macam menarik jugak sebab interior ala-ala zaman klasik Melayu. 

Tapi Pasar Marjina ni buka waktu malam minggu keempat setiap bulan. Sebulan sekali je wujudnya 😔, kalau ada rezeki lah cerita pasal Pasar Marjina tu. Kalau tak ada, tengok je lah dekat TikTok. 



Dekat sini ada banyak barang antik dan preloved dijual. Seronok tengok barang-barang lama masa zaman kecik dulu. Ada seterika arang, set teko tembaga, kasut boot kulit, bag kulit, barang perhiasan dan banyak lagi lah. 






I tertarik dengan dulang tembaga tu tapi harga dia menarik jugak 😅 







Telefon bimbit Nokia 3310 dah jadi barang antik dah sekarang. Tak tertanya pula berapa harga peniaga tu jual. Dekat Pasar Karat Pak Ma'on ni ada peniaga yang letak terus tanda harga, ada yang tak letak. 


Keris, pisau dan parang yang pakcik ni jual cantik belaka, masa dia buka sarung tunjuk bilah pilau tu, mata pisau tajam berkilat. Takut nak pegang sebab sejenis clumsy. Takut pula terluka jari ke apa. Pisau yang dia tunjuk masa tu saiz kecil tapi harga dah RM220, ada yang besar tu harga dia sampai RM800 lebih. Saya bukan target market pakcik 😅

👴: Dik nak beli pisau ke? Mari tengok mata dia ni
👩: Eh takpe takpe, saja tengok-tengok. 
👴: Ni nak pergi kenduri ke?
👩: Ha'ah ada kenduri dekat Dewan Tun Razak tu. 
👴: Oh ye ke... Kenduri kamu bila? Dah ada yang punya dah?
👲: Amboi jual minyak ke tu?







Masa kitorang pergi Pasar Karat Pak Ma'on ni ada satu group tengah rakam dan interview peniaga dekat sini. Ingatkan Ray ERA rupanya bukan dia. Lepas habis belek kitorang pergi ke kenduri sebab mak dah call tanya dekat mana. Masa cerita pasal Pasar Karat Pak Ma'on ni, mak bagitahu dia dah menyinggah dah masa beli ikan dekat pasar. Dia beli kayu tongkat dekat sini sebab nak guna masa hiking nanti. Kalau yang menyinggah ke Pekan Sabak, boleh lah singgah sini cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.