Minggu lepas Netflix mengadakan majlis pengumuman Next On Netflix untuk tahun 2025 dengan dihadiri barisan pelakon terkenal di Bollywood antaranya Shah Rukh Khan, Gauri Khan, Aryan Khan, Suhana Khan, Saif Ali Khan, Vaani Kapoor, Shefali Shah, Zeenat Aman, Bhumi Pednekar, Sanya Malhotra, Chitrangda Singh, Yami Gautam, Vaani Kapoor, Fatima Sana Shaikh, Kriti Kharbanda, Keerthy Suresh, Khushi Kapoor, Ibrahim Ali Khan dan ramai lagi.
Dalam majlis tersebut antara project Netflix yang paling dinanti-nantikan ialah debut project Aryan Khan sebagai pengarah dengan siri The BA***DS of Bollywood. Netflix adalah OTT platform yang bertuah dapat menjadi debut platform kepada Suhana Khan dalam filem The Archies (2024) dan penampilan istimewa Gauri Khan dalam The Fabulous Live of Bollywood Wives (2020) dalam setiap musim. Ibrahim Ali Khan pula meneruskan legasi keluarganya sebagai romance hero bersama Khushi Kapoor dalam filem Nadaaniyan.
Kebanyakan filem, drama dan talk show yang diumumkan belum mempunyai tarikh rasmi dan akan diumumkan kelak. So let's see senarai projek Bollywood di Netflix untuk tahun 2025.
Filem
1. Aap Jaisa Koi: Filem romantik drama menampilkan R Madhavan dan Fatima Sana Sheikh sebagai pelakon utama.
2. Dhoom Dhaam: Pratik Gandhi dan Yami Gautam dalam filem romantik aksi yang akan ditayangkan pada 14 Februari 2025.
3. Nadaaniyan: Filem arahan Shauna Gautam mengisahkan tentang Pia (Khushi Kapoor), gadis cantik dari Delhi Selatan jatuh cinta dengan Arjun (Ibrahim Ali Khan). Mahima Chaudhary, Suniel Shetty, Dia Mirza dan Jugal Hansraj juga menjadi pelakon sampingan sebagai ibu bapa Arjun dan Pia. Filem Nadaaniyan merupakan filem di bawah terbitan Dharmatic Entertainment milik Karan Johar.
4. Jewel Thief - The Heist Begins: Filem arahan Siddharth Anand yang popular dengan franchise YRF Spy Universe seperti Pathaan (2023) dan Fighter (2024) memilih genre heist-thriller yang menampilkan Jaideep Ahlawat dan Saif Ali Khan sebagai peneraju utama. Kedua-dua watak berminat dengan African Red Sun yang bernilai Rs 500 crore. Teaser Jewel Thief- The Heist Begins menampilkan Kunaal Kapoor sebagai pelakon sampingan.
Selain menjadi platform debut kepada pengarah Siddharth Anand, Marflix juga debut sebagai produser di Netflix.
“We at Marflix are thrilled to make our streaming debut with Netflix through The Jewel Thief. This film has been a labor of love, combining action, suspense, and intrigue to craft an edge-of-the-seat cinematic experience. It’s a project that pushes creative boundaries with high-octane sequences, gripping storytelling, and breathtaking visuals.”
5. Test: R Madhavan bersama Nayanthara, Siddharth dan Meera Jasmine dalam filem sukan kriket drama.
6. Toaster: Filem komedi keluarga arahan Vivek Das Chaudhary berkisarkan tentang toaster mahal dihantar sebagai hadiah perkahwinan. Malangnya majlis perkahwinan tersebut dibatalkan jadi hadiah tersebut sepatutnya dipulangkan.
Filem terbitan Patralekha ini menampilkan Rajkummar Rao, Sanya Malhotra, Archana Puran Singh, Abhishek Banerjee dan Farah Khan.
Web Siri
1. Black Warrant: Siri intense thriller sebanyak 7 episod berdurasi 38 - 50 minit ini diadaptasikan dari novel Black Warrant: Confessions of a Tihar Jailer karya nukilan Sunil Gupta dan Sunetra Choudhury. Black Warrant menampilkan Zahan Kapoor, Anurag Thakur dan Paramvir Singh Cheema di bawah arahan Vikramaditya Motwane, Satyanshu Singh, Arkesh Ajay, Rohin Raveendran Nair dan Ambiecka Pandit. Black Warrant sudah mula ditayangkan sejak 10 Januari 2025.
2. Akka: Siri bergenre period drama menampilkan Keerthy Suresh, Radhika Apte dan Tanvi Azmi diterbitkan di bawah syarikat produksi YRF Entertainment.
3. Dabba Cartel: Siri jenayah drama yang bakal ditayangkan pada 28 Februari 2025 menampilkan barisan pelakon wanita hebat antaranya Shabana Azmi, Jyothika, Nimisha Sajayan, Shalini Pandey, Anjali Anand, dan Sai Tamhankar. Siri di bawah terbitan Excel Excel Entertainment turut menampilkan Gajraj Rao dan Jisshu Sengupta sebagai pelakon utama menjejak kegiatan 5 orang suri rumah yang melakukan keuntungan melalui bisnes dabba.
4. Delhi Crime Season 3: Deputy Commissioner of Police (DCP) Vartika Chaturvedi (Shefali Shah) kembali bersama pasukannya menyelesaikan jenayah di Delhi. Musim ketiga menampilkan Huma Qureshi sebagai watak antagonis dalam siri popular Netflix ini. Sebelum ini Delhi Crime menggunakan kes jenayah kejam di India iaitu Nirbhaya case dalam musim pertama, Kachcha Baniyan dalam musim kedua dan kemungkinan besar kes Madam Sir sebagai plot utama dalam musim ketiga di mana sindiket human trafficking yang menculik remaja perempuan.
5. Glory: Divyenndu, Pulkit Samrat dan Suvinder Vicky bergabung dalam siri pembunuhan misteri.
6. Mandala Murders: Sebuah lagi siri pembunuhan misteri dibintangi oleh Vaani Kapoor, Vaibhav Raj Gupta dan Surveen Chawla dalam watak utama.
7. Saare Jahan Se Accha: Siri spy thriller berlatarkan 1970-an menampilkan Pratik Gandhi, Sunny Hinduja, Suhail Nayyar, Kritika Kamra, Tillotama Shome dan Rajat Kapoor. Misi para perisik ialah sabotaj program nuklear yang berbahaya.
Siri Saare Jahan Se Accha terbitan Bombay Fables diarahkan oleh Gaurav Shukla dan skrip ditulis oleh Bhavesh Mandalia, Gaurav Shukla, Meghna Srivastava, Abhijeet Khuman, Shivam Shankar, Kunal Kushwah dan Ishraq Shah.
8. The BA***DS of Bollywood: Siri arahan Aryan Khan menggunakan plot struggling outsider ke dunia perfileman Bollywood. Masih belum didedahkan barisan pelakon, berapa episod dan tarikh tayangannya.
9. The Royals: Ishaan Khatter terlihat tampan dan menawan sebagai putera raja yang jatuh cinta dengan CEO Work Potato, Bhumi Pednekar. Siri yang memaparkan kehidupan moden keluarga diraja dibarisi pelakon terkenal - Sakshi Tanwar, Zeenat Aman, Nora Fatehi, Milind Soman, Dino Morea, Chunky Panday, Vihaan Samat, Kavya Trehan, Sumukhi Suresh, Udit Arora, Lisa Mishra dan Luke Kenny.
Web siri yang elegan dan elit ini diarahkan oleh Priyanka Ghose dan Nupur Asthana. Priyanka Ghose adalah pengarah yang popular dengan siri 'The Night Manager' tayangan eksklusif Disney+ Hotstar.
“Everybody loves a good romance. The Royals is a modern-day regal romance with a spectacular setting and a dazzling cast,” - Tanya Bami, Series Head Netflix India.
Filem Pendek
1. Anuja: Oscar-nominated American-Hindi film Anuja will be released on February 5. The short film features Ananya Shanbhag as Palak, Sajda Pathan as Anuja and Nagesh Bhosle as Mr Verma.
Unscripted shows
1. Dining With The Kapoors: Setiap tahun Kapoor Khandaan akan berkumpul untuk meluangkan masa bersama di meja makan. Netflix membawakan siri eksklusif more like talk show tentang makanan dan bual bicara tentang kehidupan sebagai selebriti Bollywood.
Dining With The Kapoors menampilkan Kareena Kapoor Khan, Saif Ali Khan, Neetu Kapoor, Ranbir Kapoor, Riddhima Kapoor Sahni, Bharat Sahni, Manoj Jain, Nitasha Nanda, Agastya Nanda, Navya Naveli Nanda, Kunal Kapoor, Zahan Kapoor, Shaira Kapoor, Neila Kapoor, Jatin Prithviraj Kapoor, Kanchan Desai, Namita Kapur dan Pooja Desai.
2. The Great Indian Kapil Show Season 3: Pelawak Kapil Sharma kembali ke Netflix bersama rakan-rakannya - Sunil Grover, Archana Puran Singh, Krushna Abhishek, Kiku Sharda dan Rajiv Thakuruntuk musim ketiga.
3. The Roshans: Kenali keluarga yang mempunyai bakat besar dan banyak menyumbang kepada industri Bollywood sejak tahun 1940-an dalam bidang musik dan lakonan. Siri ini menampilkan Rakesh Roshan, Rajesh Roshan, Hrithik Roshan, Pinky Roshan, Pashmina. The Roshans boleh distrim di Netflix sekarang.
4. Vir Das Fool Volume: Pelakon komedi Vir Das membawa penonton menjelajah dunia dengan special shot di Mumbai, London, New York City dan Tokyo.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.