Movie Review | Plane (2023)

Tuesday, 4 February 2025


Director: Jean-François Richet
Writers: Charles Cumming, J. P. Davis
Cast: Gerard Butler, Mike Colter, Yoson An, Tony Goldwyn
Production Companies: MadRiver Pictures, Olive Hill Media, Di Bonaventura Pictures, G-BASE
Distributor: Lionsgate, Netflix
Genre: Action / Thriller 
Running Time: 107 minutes
Release Date: 13 January 2023
Trailer:


Plane bermula dengan babak rutin kebiasaan krew kabin sebelum penerbangan berlepas pada malam Krismas. Penerbangan yang menuju ke Honolulu melalui Tokyo, Jepun dikendalikan oleh Brodie Torrance (Gerard Butler) dibantu oleh Samuel Dele (Yoson An) bersama 3 orang pramugari diketuai oleh Bonnie Lane (Daniella Pineda). 

Pesawat mereka tak lah mempunyai ramai penumpang namun menjadi kenderaan untuk menerbangkan Louis Gaspare (Mike Colter), banduan berbahaya ke penjara. Bukan sesuatu masalah yang besar buat Kapten Brodie dan krew kabin yang lain sebab mereka mempunyai isu yang lebih besar kerana cuaca di Lautan China Selatan agak buruk. Walaupun dah suarakan kegusaran tersebut, David Scarsdale (Tony Goldwyn), airline crisis manager yakinkan mereka untuk teruskan juga penerbangan. 

Akibatnya Trailblazer Airlines Flight 119 dipanah petir dan menyebabkan pesawat dan sistem komunikasi gagal berfungsi. Walaupun berjaya mendarat dengan selamat hasil kepakaran Kapten Brodie, malangnya mereka berdepan dengan situasi yang berbahaya setelah masuk ke kawasan milik Datu Junmar (Evan Dane Taylor). 

Seluruh kawasan di Kepulauan Jojo, Filipina diisytiharkan kepunyaan pengganas Sulu di mana pihak polis atau tentera tidak akan masuk hanya untuk misi mencari dan menyelamat. Kapten Brodie arahkan Samuel untuk perbaiki enjin dan radio komunikasi sementara dia bersama Louise mencari bantuan di luar sebelum berdepan dengan situasi yang lebih buruk. Dia sendiri pun taky akin akan selamat bersama dengan Louise tapi apa lagi pilihan yang dia ada? 

Filem aksi thriller arahan Jean-François Richet menggunakan beberapa situasi yang buruk dalam filem Plane untuk meningkatkan elemen saspens pada separuh masa pertama. Bila watak Kapten Brodie ada sejarah pernah berkhidmat dalam Royal Air Force, dah boleh agak hala tuju filem ni, sama ada dia berjaya selamatkan penumpang atau dia akan berkorban untuk tampil sebagai hero. 

Seteruk mana pun situasi yang dialami oleh watak-watak utama dalam filem Plane hasil penulisan Charles Cumming dan J. P. Davis ni, babak-babak cliché filem aksi Hollywood tetap ada. Tapi not bad lah sebab aksi yang dipaparkan masih enjoyable. At first macam risau juga dengan watak Louise tapi tak sangka dinamik watak Louise dengan Brodie menjadi. 

Masa Kapten Brodie emosi tengok Datu Junmar dengan konco-konco dia culik semua penumpang, Louise halang dia dari buatkan keadaan lebih teruk. Lega teruk bila tengok berapa ramai Louise bunuh dalam satu bangunan supaya Brodie tak terganggu untuk selesaikan urusan dia. Penulis tak letak backstory untuk justify jenayah Louise pun supaya kita kesian dengan watak dia tapi fokus dengan kerjasama dua watak utama ni. 

Situasi dekat Kepulauan Jojo tu memang perlukan pembunuh kejam macam Louise untuk survive di situ. Tak hairanlah kenapa polis pengiring tak nak buka gari Louise biarpun kapal terbang tu akan terhempas dekat laut. Dia punya brutal bunuh orang tu lain macam. Brodie nak bunuh pengganas Sulu pun tarik nafas dalam dulu sebab tak biasa. 

Masuk dekat second half bergabung pula dengan geng tentera yang dihantar oleh Terry Hampton (Paul Ben-Victor) untuk selamatkan imej dan reputasi dia gara-gara keputusan bodoh yang dibuat oleh airline crisis manager. Function teruk lah geng tentera tu sebab tak buang masa langsung selamatkan semua penumpang dekat situ. Seronok tengok sniper buat kerja untuk bagi laluan dekat watak-watak lain. 

Kalau layan filem Plane untuk aksi memang akan puas hati lah sebab stunt yang dimasukkan tapi bila sembang bab jalan cerita, banyak benda boleh pertikai. Tak faham lah kenapa pramugari nak korbankan diri sendiri sebab ada penumpang tak dengar kata dalam keadaan genting macam tu. Ada juga beberapa babak yang merepek tapi sebab layan dekat Netflix so benda tu jadi kelakar. Masa Brodie lupa ID number dia tu facepalm moment lah sebab boleh lupa benda penting. Nak salahkan Carmen sepenuhnya pun tak boleh juga. 

Dalam filem Plane ni watak protagonisnya bukan Brodie tapi si pesawat tu sendiri. No wonder lah penulis letak tajuk Plane sebab function teruk. Dah kena panah petir, buat emergency landing rempuh segala pokok yang ada, sayap sebelah kanan dah ‘injured’, kena tembak, kena belasah pun tetap berjaya selesaikan misi. Mantul. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 6.8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.