Pengarah: Umay Shahab
Penulis Skrip: Junisyah Aurelita, Santy Diliana, Rezy Junio, Umay Shahab
Pelakon: Iqbaal Ramadhan, Umay Shahab, Dwi Sasono, Unique Priscilla, Devano Danendra, Randy Danistha, Abdul Qodir Jaelani, Priscilla Jamail, Tj Ruth, Lukman Sardi, Vonny Anggraini, Donny Alamsyah, Sadha Triyudha
Syarikat Produksi: Sinemaku Pictures, Legacy Pictures
Pengedar:
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 125 minit
Tarikh Tayangan: 29 Januari 2025 (Indonesia), 06 Februari 2025 (Malaysia)
Trailer:
Ian Antono (Iqbaal Ramadhan) merupakan anak sulung dalam keluarga dan menjadi pengganti tanggungjawab dalam kebanyakan hal apabila ayahnya, Kapten Satya Antono (Dwi Sasono) bekerja di laut sebagai kapten kapal untuk Eastern Shipping Company. Ibunya, Dini Antono (Unique Priscilla) mempunyai sakit jantung dan pernah mendapat serangan sebelum ini jadi Iqbal dan adiknya, Uta Antono (Umay Shahab) sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga.
Sejak keluarganya jarang hadir ke performance penting gig Ian, dia mula menjauhkan diri dan banyak meluangkan masa bersama ahli band Midnight Serenade yang lain – Ray (Devano Danendra), Dika (Randy Danistha) dan Saka (Dul Jaelani). Ian semakin terasa hati bila Uta mendapat anugerah Podcaster Terbaik dan membanggakan orang tuanya sedangkan Ian masih mencari tempat dalam bidang musik.
Dua-beradik yang dahulunya akrab semakin merenggang sehinggalah Dini terkena serangan jantung kali kedua dan dalam masa yang sama, Satya juga disahkan meninggal dunia oleh ESC setelah kapal mereka karam akibat taufan di Lautan Jepun. Kerana tak mahu ibu mereka terkena serangan ketiga akibat kejutan berita yang besar, Ian, Uta dan Dinda (Priscilla Jamail) cuba sorokkan berita kematian Satya dari Dini.
Filem Perayaan Mati Rasa merupakan naskhah ketiga arahan Umay Shahab selepas Kukira Kau Rumah (2022) dan Ketika Berhenti di Sini (2023). Berbanding dua naskhah sebelumnya, Perayaan Mati Rasa terlihat lebih berkualiti dan mempunyai jalan cerita yang bagus juga sarat dengan emosi, selayaknya untuk genre drama.
Umay tak fokus sangat pada backstory Ian sebagai anak sulung yang terpaksa mengisi kekosongan Satya dalam menjaga keluarga. Cukup dengan meletakkan babak-babak penting yang triggered kemurungan Ian supaya penonton faham kenapa watak dia sering menjauhkan diri. Beberapa peristiwa penting yang terjadi juga akan dijelaskan oleh monolog Ian yang berkaitan dengan 4 zon kedalaman laut – Zona Abisal, Zona Batial, Zona Neritik dan Zona Litoral.
Kreativiti Umay mengaitkan perasaan manusia dengan alam semulajadi adalah sesuatu yang I kagum sebab flow tu smooth sama macam apa yang Umay pernah buat dalam filem Ketika Berhenti Di Sini tentang 4 kompas Mandala. Penggunaan aplikasi AI juga dimasukkan bila Ian menggunakan aplikasi mengubah suara sebagai Satya untuk tenangkan Dini.
Filem Perayaan Mati Rasa menjadi ilham kepada Umay selepas lagu single Perayaan Mati Rasa, dendangan Natania Karin dan Umay Shahab menjadi popular pada tahun 2023. Skripnya pula berkisar tentang hubungan kekeluargaan Umay sendiri yang semakin renggang dan kosong selepas adiknya melanjutkan pelajaran di universiti. Sebagai pengarah dan penulis, Umay did a great job for this movie. Sebagai pelakon memang tak ada masalah sebab dia memang masuk ke industri hiburan sebagai pelakon.
Lakonan Iqbaal Ramadhan menjadi kekuatan filem Perayaan Mati Rasa bila watak Ian lebih banyak berekspresi dengan bahasa badan. Awalnya Iqbaal kata dia tak mampu nak faham watak Ian sebab dia bukan anak sulung tapi dia berjaya deliver apa yang Umay nak. Nampak macam egois at some part tapi ada sebabnya juga lah kenapa dia jadi macam tu.
But no worries sebab bukan point of view Ian seorang saja yang dimasukkan sebab manusia tetap ada khilafnya. Suka dengan watak Dinda yang sentiasa ada buat Ian dan Uta, jadi penenang bila adik-beradik ni bergaduh. Comel lah bila Dinda selalu temankan Dini pergi beli benang untuk mengait sampai dia sendiri adapt hobby tu. Dia perlukan Dini sebab hilang ibu sejak kecil, Dini pula perlukan Dinda sebab tak ada anak perempuan. Dinda nampak je diam tapi setiap kali bercakap, nampak bijak.
Masa tengok filem Perayaan Mati Rasa semalam, satu hall menangis sebab sedih tapi empangan pecah teruk bila watak Dini marah Ian dengan Uta sebab tipu tentang Satya. Betul lah apa dia kata, kesian dekat roh Satya tertunggu-tunggu doa dari keluarga, tunggu doa dari isteri tercinta tapi tertangguh lama. Nak marah dekat anak-anak pun tak boleh sebab keadaan yang buatkan Ian dengan Uta buat tindakan macam tu.
At first I macam skeptikal lah sebab genre drama akan bosan tapi kehadiran Midnight Serenade menghiburkan jadi boleh faham lah kenapa Ian suka melepak dengan band dia. Semua lagu Midnight Serenade best but my personal favorite is Sampai Jumpa dan Laut. Lagu-lagu Midnight Serenade dalam filem tak sama dekat Spotify sebab watak Ian cuma guitarist bukan vocalist.
Filem Perayaan Mati Rasa adalah contoh naskhah bergenre drama yang tak perlu dibikin slow tempo supaya wujudnya suasana melo sebaliknya penuhkan durasi filem dengan penceritaan untuk kembangkan watak-watak utama bersama konflik mereka.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.