Movie Review | Mrs. (2024)

Sunday, 16 February 2025


Director: Arati Kadav
Writers: Harman Baweja, Anu Singh Choudhary
Cast: Sanya Malhotra, Nishant Dahiya, Kanwaljit Singh
Production Companies: Baweja Studios, Jio Studios
Distributor: ZEE5
Genre: Drama
Running Time: 111 minutes
Release Date: 22 November 2024 (IFFM), 7 February 2025
Trailer:


Richa (Sanya Malhotra) berkahwin dengan Diwakar Kumar (Nishant Dahiya), seorang doktor sakit puan yang konservatif selepas diperkenalkan oleh kedua belah keluarga. Mereka berdua tinggal serumah dengan orang tua Diwakar. 

Setiap hari rutin Richa ialah memasak sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam untuk kesemua ahli rumah. Richa sentiasa dibantu oleh ibu mertuanya, Meena Kumar (Aparna Goshal) supaya rumah sentiasa kemas dan teratur seperti apa yang disukai oleh bapa mertuanya, Ashwin Kumar (Kanwaljit Singh). Mereka juga mempunyai pembantu rumah tapi tak lah sentiasa ada dan membantu. 


Nampak macam mudah kerja Richa di rumah berbanding suaminya yang berbelas jam terpaksa merawat pesakit di hospital. Tapi tidaklah semudah yang disangka kerana semua bahan masakan tidak boleh menggunakan food processor sebaliknya perlu digiling dengan batu giling supaya enzyme dalam makanan tidak hilang. 

Setiap perkara mempunyai peraturannya tersendiri dan wanita di dalam rumah tersebut perlu mendahulukan lelaki dalam semua perkara. Richa sentiasa terkejar-kejar untuk sediakan semua barang yang diperlukan oleh bapa mertua dan Diwakar. Siang dengan tugas sebagai menantu, malam pula bertugas sebagai isteri supaya cepat mengandung. Richa boleh tarik nafas lega bila dia datang bulan kerana keluarga tersebut menganggap masakan yang dimasak oleh perempuan haid adalah kotor dan tidak suci. 


Kalau filem Mrs ni ditayangkan pada era 80-an atau 90-an, boleh faham juga lah kenapa Richa perlu akur dengan semua rutin yang diajar oleh ibu mertuanya. Bila tengok filem Mrs arahan Arati Kadav rasa sakit kepala, mual dan sakit hati dengan perangai kuno keluarga Diwakar. Jangankan keluarga belah lelaki, keluarga Richa sendiri bebel perkara yang sama setiap kali Richa stress dilayan seperti pembantu rumah. 

Bukannya Diwakar tak ada kakak perempuan atau kawan perempuan tapi pemikiran yang diajar oleh ayah dia terpasak kuat dalam kepala. Bila dia tengok ibu dia boleh adapt dengan rutin keluarga, dia nak isteri dia pun buat benda yang sama. Masa tengok penderitaan Richa sejak kahwin ingatkan Diwakar dengan ayah dia tak boleh makan luar rupanya boleh je makan sampai kenyang. 


Geram sangat bila Diwakar marah Richa tak sempat nak sediakan makan tengahari sampai dia terpaksa alas perut dengan 6 cawan kopi hitam. Dekat hospital ada cafeteria, boleh sangat dia pergi makan dekat sana bila lapar. Sakit hati tengok dia menjerit suruh Richa sediakan baju kerja padahal baju kemeja ada dalam almari dekat depan hidung dia. Nasib baik dia kahwin dengan Richa, kalau perempuan lain rasanya dah letak racun dalam nasi. 

Filem Mrs yang ditayangkan di New York Indian Film Festiva merupakan official remake kepada filem Malayalam berjudul The Great Indian Kitchen (2021) arahan Jeo Baby. Baca review dari pengkritik filem di festival, kebanyakannya puji filem Mrs tak lari jauh dengan filem asal malah lebih baik kerana lakonan Sanya Malhotra yang cemerlang sebagai Richa. 


Semua perasaan marah, kecewa dan sedih hanya dilakukan dalam diam sama seperti ibu mertua dia. Riak muka dia jelas sangat berubah sebab watak dia adalah seorang yang periang dan cergas. Lepas kahwin berubah muram dan pendiam. Kawan baik sendiri pun dia block sebab tak mampu nak jumpa gara-gara sibuk dengan hal rumahtangga. 

Sinematografi dari Pratham Mehta dipenuhi dengan close-up untuk babak masakan dan riak muka lelah baik Sanya mahupun mana-mana watak wanita yang memasak dalam Mrs. Nampak cantik, nampak kaya dengan budaya tapi di sebalik pembikinan tersebut, banyak usaha yang dilaburkan. 




‘Dear you made this in the cooker? Then this is pulao not biryani. Dum Pukht Biryani is cooked on a low flame. Nice and slow. With love. Layer by layer.’ - Ashwin Kumar

Filem Mrs menceritakan penindasan terhadap wanita setelah berkahwin dan dialami oleh hampir kebanyakan isteri yang dipaksa menjadi suri rumah atau terpaksa keluar bekerja. Penceritaan yang dipaparkan cemerlang dengan visual yang menarik dikukuhkan lagi dengan background score. Tapi ada eloknya kalau pengarah masukkan lagi keadaan Richa selepas lari keluar dari rumah Diwakar dan kejar impian dia. A bit rushed for the ending scene. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.5/10

1 comment

  1. Oh endingnya dia lari dari rumah kak? Baguslah.

    Lihat film begini, di mana wanita msh dianggab macam budak dalam keluarga, saya langsung bersyukuuuur sangat suami saya tidak seperti itu. Thank God

    Memang sedih lah kalo lihat banyak keluarga di India yg masih konservatif sangat. Semoga saja hal2 begitu bisa diputus kelangsungannya.

    Saya pun better tak menikah drpd dapat suami dan keluarga suami yg gila begini 🤣

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.