Movie Review | Mission: Possible (2021)

Saturday, 22 February 2025


Director: Kim Hyung-joo
Writer: Kim Hyung-joo
Cast: Lee Sun-bin, Kim Young-kwang, Oh Dae-hwan, Kim Tae-hoon, Seo Hyun-chul, Choi Byung-mo
Production Company: Gnosis Company
Distributor: Merry Christmas Co. Ltd.
Genre: Action / Comedy
Running Time: minutes
Release Date: 17 February 2021
Trailer:


Selalunya kita tengok filem ejen perisik dengan misi-misi yang mustahil tapi dalam filem arahan Kim Hyung-joo terbitan Gnosis Company memaparkan kisah ejen perisik bernama Yoo Da-hee (Lee Sun-Bin) dihantar ke Korea Selatan untuk mati. Sebab tu tajuk dia Mission: Possible. 

Arahan ketua dia tak lah direct macam tu tapi tak ada pun yang peduli kalau misi perisikan dia gagal sebab memang dia jadi kambing hitam tanpa dia sedar. Di sana, Da-hee perlu bertemu dengan ejen perisik Korea dan Woo Soo-han (Kim Young-kwang) tanpa sengaja mengisi posisi tersebut. Soo-han mempunyai agensi perisikan sendiri yang sepatutnya memburu kes tapi sebaliknya dia diburu landlord gara-gara sewa tertunggak lama. 


Dengan mudah dia membantu Da-Hee kerana dia mempunyai kenalan yang boleh membantu dalam misi menghalang penjualan SI Chem, hasil bumi yang jarang dijumpai dan berbahaya yang diimport dari China. Tambahan pula, Soo-han terdesak memerlukan duit untuk membayar semua hutangnya. Mereka berdua pergi ke kelas tarian salsa untuk duplicate phone kepunyaan Park Du-sik, importer SI Chem ke Korea. 

Misi mereka gagal dan sebaik sahaja Du-sik mendapat panggilan, dia dibunuh. Soo-han cadangkan supaya berjumpa dengan rakannya yang bekerja sebagai bomoh untuk menjejak organisasi lain yang terlibat dengan SI Chem. Dari satu nama ke satu nama yang lainnya lalu membawa kepada organisasi besar yang agak mustahil untuk mereka berdua atasi.


Naskhah aksi komedi Mission: Possible diadaptasikan dari siri popular Mission: Impossible arahan Bruce Geller di US. Siri tu ada 7 season jadi tak pasti lah kalau Mission: Possible ni akan ada sekuel atau prekuel lepas pengarah dedahkan identiti sebenar watak utama. 

Kekuatan Mission: Possible terletak pada kekuatan lakonan Lee Sun-bin dan Kim Young-kwang sebagai ejen perisik baru dan juga penyiasat peribadi yang ditugaskan untuk kes-kes kecil seperti anjing hilang. Chemistry Sun-bin dan Young-kwang buatkan perbualan atau pergaduhan biasa terlihat kelakar walaupun ada beberapa babak yang cliché untuk filem komedi. 


Dulu pernah tengok lakonan Kim Young-kwang dalam filem On Your Wedding Day (2018) tapi dah lama sangat sampai terlupa kewujudan dia. Kadang-kadang male lead nampak macam Kwangsoo, kadang macam Jae-rim. 

Komedi yang dimasukkan menghiburkan dari awal filem hingga ke hujung sampai sakit perut tengok gelagat dua perisik berbeza negara ni. Ada lawak yang unexpected so it kinda caught you off guard ditambah dengan ekspresi muka masing-masing. Macam babak Da-hee terminum jus botol yang dah expired, reaction Soo-han lawak sebab dia macam pernah experience benda yang sama sebelum ni. Ada juga reference Red Velvet dalam filem Mission: Possible so untuk non-fans I memang tak faham apa simbolik atau impak kepada jalan cerita tapi tak lah banyak sangat sampai menganggu momentum tu. 


Stunt yang dimasukkan pun seronok untuk dilayan dari fighting wrecklessly dekat dapur hotel, close combat ataupun menggunakan senjata. Bila tahu siapa sebenarnya Soo-han, makin seronok tengok babak klimaks sebab watak dia memang pakar dengan close combats. Masa knife fighting tu mantap lah camera works dari Nam Hyeon-u sebab paparkan babak tu dengan cemerlang dan guna skills yang boleh enhance visuals supaya kita hook dengan babak pertarungan tersebut. 

Kim Young-kwang pula sesuai dengan karakter Soo-han sebab fizikal badan dia yang tegap dan sasa jadi nampak meyakinkan lah bila dia cuba ugut polis untuk lari keluar dari balai. Walaupun dekat first half dia cuba untuk berlakon pathetic tapi dah boleh agak ada backstory untuk watak utama. Sebab tu lah juga jalan cerita filem ni masuk dalam kategori cliché.  


Kalau belum layan filem Mission: Possible, boleh masuk dalam list sebab filem ni menghiburkan untuk tontonan santai di hari minggu. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.