Pengarah: Sabrina Rochelle Kalangie
Penulis Skrip: Sabrina Rochelle Kalangie, Widya Arifianti
Pelakon: Yunita Siregar, Derby Romero, Risty Tagor, Fita Anggriani, Ayushita, Ariyo Wahab, Wafda Saifan, Budi Ros, Daisy Lantang
Syarikat Produksi: Visinema Pictures, Legacy Pictures
Pengedar: Netflix
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 112 minit
Tarikh Tayangan: 26 September 2024, 30 Januari 2025 (Netflix)
Trailer:
Filem Home Sweet Loan menyingkap perjalanan Kaluna (Yunita Siregar) memiliki rumah idamannya di kota Jakarta. Segala perbelanjaanya dicatu sebaik mungkin dan direkod dalam template Excel supaya dapat membeli rumah yang mempunyai privasi dan kamar sendiri. Sementara impiannya tercapai, Kaluna menetap di rumah keluarga bersama ibu bapa, keluarga kakak dan juga abangnya.
‘Ini buat aku solat saja tidak muat, Bu.’
‘Bisa…di sana. Sambil lihat langitm bintang-bintang. Siapa tahu lebih khusyuk.’
‘Kalau hari cerah. Kalau hujan badai? Sudah seperti kena azab, Bu.’
Suasana di rumah sentiasa tegang apabila mempunyai isi rumah yang banyak sehinggakan Kaluna terpaksa berpindah ke bilik pembantu. Setiap kali berada di rumah, Kaluna terpaksa melakukan kerja-kerja rumah kerana dia sahaja yang bujang dan tidak mempunyai tanggungan. Setiap detik berada di rumah buatkan dia rimas dan lemas jadi waktu di hujung minggu dia sering luangkan bersama Danan (Derby Romero), Tanish (Risty Tagor) dan Miya (Fita Anggriani) mencari rumah.
Filem Home Sweet Loan arahan dan penulisan Sabrina Rochelle Kalangie merupakan adaptasi dari novel dengan judul yang sama karya nukilan Amira Bastari. Isu memiliki rumah yang dibawakan melalui watak Kaluna bukan sesuatu yang baru dan tak asing buat semua anak muda yang tanpa sedar menjadi sandwich generation baik di Indonesia mahupun Malaysia.
Banyak faktor yang membuatkan impian Kaluna terasa susah untuk tercapai walaupun dia berjimat supaya boleh bayar deposit rumah. Ada kes yang berjaya dapat beli rumah tapi terpaksa jual selepas setahun dua menjadi tuan rumah sebab masalah kewangan. Living cost yang tinggi dengan kadar inflasi yang sentiasa meningkat buatkan impian memiliki rumah semakin lama semakin pudar untuk generasi baru. Ada kes dah jumpa rumah sesuai dengan bajet dan kriteria yang diingini tapi jiran pula buat hal macam apartment Miya.
Sabrina menggunakan watak Kaluna sebagai reprsentasi orang kebanyakan dari kelas pertengahan dalam filem Home Sweet Loan. Bukan setakat impian saja, treatment dari kakak dan abang Kaluna pun sama bila orang yang dah berkeluarga selalu tolak beban dan lari dari tanggungjawab hanya sebab mereka dah berkahwin. Bila ibu bapa tak hormat dengan orang lain, macam mana anak buah Kaluna nak buat perkara yang sama? Ibu Kaluna (Daisy Lantang) pun selalu tutup mata bila anak bongsu dia dilayan macam tu.
Semua perasaan geram dan marah dalam diri Kaluna tu jadi pushing factor untuk kita rasa happy bila tengok Kaluna jumpa rumah impian dia. Untungnya Kaluna bila ada kawan yang baik macam Danan, sweet sangat bila Danan curi-curi ambil gambar Kaluna sebab nak tunjuk betapa seronoknya usaha selama ni berhasil. Moment Danan dan Kaluna mungkin tak banyak tapi ada la beberapa intense scenes yang buatkan kita nampak hala tuju dua watak ni ke mana.
Dialog dalam filem Home Sweet Loan terbitan Visinema Pictures dan Legacy Pictures hanya menggunakan dialog kebiasaan orang kebanyakan malah sinematografi dari Ivan Anwal Pane juga memaparkan sisi Jakarta dalam rutin kebiasaan tapi kedua-dua elemen ni cukup membuatkan filem drama terlihat realistik dan asli. Musik latar dan OST menjadi pelengkap penceritaan dengan mewujudkan suasana melodrama dalam hidup Kaluna.
Filem Home Sweet Loan mempunyai pace yang perlahan, pace tipikal untuk genre drama sedangkan ada banyak lagi yang boleh dikembangkan tapi okay lah sebab filem ni ditayangkan di Netflix so boleh sangat nak ubah speed setting.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.