Director: Shirsha Guha Thakurta
Writers: Suprotim Sengupta, Amrita Bagchi, Eisha Chopra
Cast: Vidya Balan, Pratik Gandhi, Ileana D'Cruz, Sendhil Ramamurthy
Production Companies: Applause Entertainment, Ellipsis Entertainment Production
Distributor: AA Films, Disney+ Hotstar
Genre: Romantic / Comedy
Running Time: 137 minutes
Release Date: 19 April 2024
Trailer:
‘Love is like a toothpaste. Ever watched a couple brushing their teeth together? It is more intimate than sex! Think about it. Toothpaste in their mouths, foam dripping everywhere…no filter. When the tube is new, we handle it with care. We squeeze gently from the bottom. As time goes by…we just end up pressing and squeezing everywhere.’ – Vikram (Sendhil Ramamurthy)
Dengan Vikram, Kavya (Vidya Balan) rasa gembira dan tenang setiap kali mereka luangkan masa bersama. Begitu juga keadaannya bila Anirrudh Banerjee (Pratik Gandhi) yang jatuh cinta dengan Nora (Ileana D'Cruz), gadis muda yang cantik dan mempunyai impian untuk menjadi pelakon terkenal di kota Mumbai.
Jauh berbeza bila Kavya dan Ani pulang ke rumah mereka. Perbualan seharian mereka cuma terbatas berkenaan hal rumah, bil elektrik, menu makanan atau ubat-ubatan sedangkan sudah berkahwin selama 12 tahun. Perkahwinan atas dasar cinta bermula sejak selepas graduasi dan berkahwin di mahkamah kerana tidak mendapat persetujuan dari keluarga Kavya.
Satu hari Kavya mendapat khabar dari kampung untuk pulang ke upacara kematian Datuknya. Ani tawar diri untuk temankan Kavya di sana walaupun dia tahu semua saudara-mara Kavya menyampah dengan mereka berdua sejak kahwin lari 12 tahun lepas. Sejak pulang ke Ooty, mereka berdua teringat kembali zaman bercinta dulu tapi dilema untuk teruskan perkahwinan tersebut ataupun mula kehidupan baru dengan pasangan masing-masing.
Naskhah romantik komedi Do Aur Do Pyaar adalah official remake dari filem The Lovers (2017) arahan Azazel Jacobs dan merupakan filem debut buat pengarah Shirsha Guha Thakurta. Walaupun filem yang menggandingkan Vidya Balan dan Pratik Gandhi buat pertama kali tak menjadi di box office tapi perjalanan kisah pasangan suami isteri yang mencari bahagia pada orang luar mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.
Susah nak jumpa filem romantik yang ketengahkan watak berusia hampir 40-an tak kisah lah Bollywood, local movies atau industri lain. Walaupun tak relatable dengan I yang masih single tapi salah satu persoalan tentang fasa perkahwinan ada terjawab dalam filem ni. Perkahwinan tak boleh berpaksikan cinta semata tapi pasangan sentiasa ada susah dan senang antara faktor yang buatkan perkahwinan bertahan lama.
Dalam filem ni susah nak defend Kavya dengan Anirrudh bila kedua-duanya stuck di persimpangan dilema sebab happy jugak tengok hubungan diorang dengan pasangan masing-masing. Tengok moment Kavya dengan Vikram rasa sweet sangat sampai manifest nak life partner macam Vikram juga. Dia sejenis yang tenang, mendengar dan ada sisi yang kelakar jugak walaupun tak lah kelakar macam Zizan but it is nice to be with him. I faham kenapa Kavya seronok spend time dengan Vikram berbanding Anirrudh. Perasaan tu sama macam watak Sashi yang selesa bila bersama dengan Laurent dalam English Vinglish (2012).
Sama juga perasaan happy tu bila Anirrudh spend time dengan Nora sebab dia bersahaja dan kelakar. Tak mudah untuk kedua-dua watak utama buat keputusan since both of them happy dengan pasangan masing-masing. Walaupun Ani dengan Kavya selalu bergaduh tapi penulis tunjuk kenapa both of them boleh jatuh cinta dulu dan sekarang.
Curang mungkin sesuatu yang kejam tapi situasi yang dialami oleh Kavya dan Anirrudh boleh terjadi pada kebanyakan pasangan. Sama macam Surjan dan Roshni dalam filem Talaash: The Answer Lies Within (2012). Mungkin ada yang bernasib baik dapat solusi macam Sid dan Trisha dalam filem Shaadi Ke Side Effects (2014) tapi yang pastinya filem Do Aur Do Pyaar cuma berkongsi cerita dan perasaan tentang perkahwinan. Dasar cinta atau aturan keluarga, tak ada pasangan yang terselamat dari kesunyian dan fasa bosan atau hambar.
Kudos to casting director yang berjaya tampilkan barisan pelakon yang bagus sampaikan setiap emosi terjaga dari awal sehingga ke hujung cerita. Filem Do Aur Do Pyaar adalah filem kedua Ileana yang pamerkan bakat dia sebagai pelakon lepas Barfi! (2012). Walaupun tak banyak screentime sebagai Nora tapi dia berjaya deliver emotion yang tepat. Subtle but impactful.
Sinematografi dari Kartik Vijay memainkan peranan utama dalam Do Aur Do Pyaar selain mencuri keindahan Ooty dan kesibukan kota Mumbai sebagai landskap utama kisah cinta Kavya dan Ani. Walaupun genre romantic comedy tapi elemen komedi tu bukan terletak pada dialog sebaliknya perbuatan dan bahasa badan kesemua watak.
Music album Do Aur Do Pyaar tak lah memorable since filem berbajet rendah jadi tak fokus sangat dekat music department tapi I suka lagu Bin Tere Sanam masa Kavya dengan Ani menari dekat Hotel Elephanta. Lagu Jazbaati Hai Dil pun comel sebab sum up the happiness and sweet moments untuk kesemua watak dalam filem romantik ni. The rest sesuai dengan penceritaan dan emosi dalam sekian sekian babak.
Filem Do Aur Do Pyaar ni sepatutnya release terus dekat streaming platform daripada tayang dekat wayang sebab vibe cerita dia jenis chill dan target audience yang suka layan cerita dekat rumah.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.