Pengarah: Sunil Soraya
Penulis Skrip: Donna Rosamayna
Pelakon: Ariel Tatum, Raditya Dika, Lina Marpaung, Robby Purba, Rizma Simbolon, Ruth Riani Pasaribu, Dicky Pardosi, Simon Parulian Girsang, Raline Shah
Syarikat Produksi: Soraya Intercine Films
Pengedar: Netflix
Genre: Komedi / Drama
Durasi Tayangan: 122 minit
Tarikh Tayangan: 18 Julai 2024
Trailer:
Minar (Ariel Tatum) bertemu Sahat (Raditya Dika) di tahun 2012 dalam majlis reunion kemudiannya jatuh cinta. Selepas satu tahun bercinta secara jarak jauh, mereka ambil keputusan untuk berkahwin. Minar adalah anak tunggal dan yatim piatu sejak kecil. Ayah Minar meninggal ketika dia masih bayi, kemudian ibunya pula meninggal empat tahun kemudian.
Melalui perkahwinan bersama Sahat lah dia mengenal keluarga yang besar dan penuh dengan drama. Abang Sahat bernama Monang (Robby Purba) menjadi playboy sejak kena brotherzone dengan sepupu sendiri. Kakak Sahat, Rumondang (Rizma Simbolon) pula mempunyai 5 orang anak kerana kesemua empat orang anaknya adalah perempuan. Nasib mereka baik dikurniakan juga anak lelaki sebagai penerus keturunan.
Prinsip yang dipegang oleh ibu mertua Minar alias Inang (Lina Marpaung), perkahwinan itu ialah berobjektif untuk meneruskan dan menjaga keturunan. Untuk itu setiap pasangan perlu melahirkan anak lelaki seperti Inang yang melahirkan Monang dan Sahat. Minar pula menganggap perkahwinan untuk kehidupan yang harmoni untuk pasangan bercinta. Bagi dia tak perlu terburu-buru untuk mempunyai anak selepas berkahwin. Tambahan pula dia dan Sahat bercinta jarak jauh jadi fasa awal perkahwinan adalah fasa dating.
‘Tak akan pernah cukup kata-kata untuk menggambarkan seperti apa inangku ini. Yang jelas, sejak hari pernikahanku, si Mak Tua, Nyonya Purba, alias nyokapnya si Sahat, telah menjelma menjadi Lord Voldermort-ku.’
Filem Catatan Harian Menantu Sinting arahan Sunil Soraya diadaptasikan dari novel dengan judul yang sama, karya nukilan Rosi L. Simamora yang diterbitkan pada tahun 2018. Novel tersebut merupakan Best-seller sejak diterbitkan. Tak hairan lah kenapa filem dia kelakar dan menghiburkan dengan tema yang mengangkat perang dingin antara mertua dan menantu.
Risau juga bila filem Catatan Harian Menantu Sinting bermula dengan majlis perkahwinan Minar dan Sahat sebab takut jalan cerita di separuh masa kedua mula longgar. Rupanya tak pun sebab dekat perjalanan Minar bersama Sahat dan Inang menghiburkan dari awal hingga ke hujung bersama beberapa babak yang penuh emosi. Sekejap menyampah dengan Sahat, sekejap geram pula dengan Inang tapi yang pastinya keluarga ni bikin pusing. Berdekah teruk bila Inang suruh Sahat masuk kelas berenang untuk masalah kesuburan dia.
Sebagai generasi baru, of course lah I akan berpihak dengan Minar tambah pula filem ni dibikin menerusi point of view Minar sebagai wanita muda, moden dan bekerjaya. Senang sangat nak faham perasaan dan rasa Minar setiap kali Sahat buat keputusan membelakangi dia dan buatkan Minar tak selesa. Faham juga bila dia stress terpaksa duduk dengan mertua sedangkan mereka berdua lebih dari mampu untuk beli rumah sendiri.
Orang kata lepas kahwin baru boleh nampak perangai sebenar pasangan kita macam mana, sama juga lah kesnya dengan Sahat. Nak pula sebelum ni LDR dan komunikasi Minar dan Sahat dalam talian saja. Bila dah tinggal bersama baru nampak suami dia tak bijak atur langkah, kebanyakan masanya menurut saja permintaan Inang. Sakit hati sangat masa Sahat ignore Minar masa dia nak bersalin tu. Nampak lah yang Sahat ni membesar dalam keadaan yang ditatang sebagai minyak sementara Minar berdikari. Nasib baik lah pengarah tebus balik rasa sakit hati tu dengan babak Inang dan Minar dekat dalam dewan bersalin.
Filem Catatan Harian Menantu Sinting antara filem Indonesia yang menjadi medium untuk mengangkat tradisi masyarakat Batak selepas filem Ngeri-Ngeri Sedap (2022) dan Agak Laen (2024). Meriah juga tengok majlis perkahwinan dalam filem ni ditambah dengan sinematografi dari Yudi Datau yang menarik dan cantik.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.