Director: Lee Do-yoon
Writer: Choi Tae-kang
Cast: Ju Ji-hoon, Choo Young-woo, Ha Young, Yoon Kyung-ho, Jung Jae-kwang
Production Companies: Studio N, Mays Entertainment
Distributor: Netflix
Genre: Medical / Comedy
Episodes: 8 episodes (47-55 minutes per episode)
Release Date: 24 January 2025
Trailer:
Baek Kang-hyuk (Ju Ji-hoon) menyertai Trauma Team di Hankuk National University Hospital (HNUH) menggantikan doktor utama yang collapse kerana penat bekerja. Dr. Baek mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai doktor pakar bedah di beberapa kawasan perang seperti Afghanistan, Syria dan lain-lain. Kelayakan dan kemahiran dia menjadi taruhan Menteri Kesihatan Kang Myeong-hui (Kim sun-young) yang sudah melaburkan sebanyak 10 billion won di hospital tersebut.
Bagi Dr. Baek gaji yang tinggi bukan keutamaan sebaliknya menyelamatkan pesakit, jadi disebabkan passion yang sama ada pada Dr. Yang Jae-won, dia diambil sebagai protégé pertama Dr. Baek di HNUH. Jururawat Cheon Jang-mi pula menjadi pembantu utama untuk department tersebut. Dari Trauma Team, Dr. Baek upgrade kepada Trauma Center dan minta pihak atasan beri perhatian kepada jabatan mereka.
Kerana cara Dr. Baek yang komited menyelamatkan mangsa, penggunaan fasiliti di hospital semakin lama semakin meningkat terutamanya penggunaan helikopter dari 119 Air Rescue Unit. Setiap bulan perbelanjaan mereka semakin meningkat tanpa membawa masuk untung yang tinggi hingga menyebabkan ramai jabatan dan pihak atasan mula menyampah dengan kehadiran Dr. Baek.
Naskhah Trauma Code: Heroes on Call arahan Lee Do-yoon original series dari Netflix mengangkat unit kecemasan dan konflik kewangan yang dialami oleh Trauma Center. Selalunya bila layan drama yang berkisar dunia perubatan, unit kecemasan adalah unit pertama yang akan membuat pemeriksaan terhadap pesakit sebelum dihantar ke jabatan pakar yang sesuai.
Sama macam hospital yang lain, di HNUH pun menggunakan praktis, mana-mana doktor akan bergilir untuk bekerja di situ. Disebabkan naskhah Trauma Code: Heroes on Call menggunakan template komedi, nampak kelakar bila tengok Dr. Yang berlari satu hospital setiap kali dapat call untuk bertugas di Trauma Team. No wonder lah doktor yang sebelum ni collapse sebab penat sangat. Kalau jadi atlit lumba lari boleh menang semua doktor dekat Trauma Center ni.
In real life, ada doktor yang meninggal sebab kerja lebih masa di unit kecemasan sebab drama terbitan Studio N dan Mays Entertainment diadaptasikan dari webtoon Trauma Center: Golden Hour karya Hansanleega dan Hongbichira. Webtoon tersebut pula mengabadikan pengalaman Professor Lee Guk-jong, pakar bedah trauma yang terkenal dengan penglibatan dia dalam bidang perubatan di Korea Selatan.
Latar masa Trauma Code: Heroes on Call dalam tempoh tahun 2011 hingga 2015 sebab penggunaan helikopter untuk rawatan kecemasan yang belum meluas di negara tersebut sebab tu HNUH belum ada helipad. Sebab tu juga lah watak paramedik An Jung-heon (Hong Woo-jin) terkejut bila Dr. Baek kata nak tebuk kepala patient dalam helikopter. Smartphone yang digunakan oleh watak-watak utama juga adalah iPhone dan Samsung lama.
Unik lah bila penulis masukkan konflik kewangan dalam drama ni sebagai kesedaran kepada Kerajaan yang bidang perubatan sangat memerlukan duit untuk bergerak. Masa dan duit sama-sama penting, nak harapkan passion doktor semata memang tak mampu nak pergi jauh. Glad to know drama Trauma Code: Heroes on Call trending dekat Malaysia supaya buka mata juga kepada pihak berkenaan bila ramai doktor dah mula penat sebab fasiliti dan peruntukan yang kurang.
Selain dari jalan cerita yang kuat dan menghiburkan, lakonan watak-watak utama seperti Jung Ji-hoon dan Choo Young-woo antara bonus point drama Trauma Code: Heroes on Call selama 8 episod. Chemistry dan dinamik mereka berdua buatkan perjalanan karier sebagai doktor di Trauma Center nampak bertenaga walaupun hakikatnya kesian tak cukup tidur dan sentiasa berdepan dengan pilihan yang menakutkan.
Sebelum ni Choo Young-woo pernah menang Best New Actor tapi drama dia tak lah dapat banyak perhatian pun. Lepas muncul dalam drama Trauma Code: Heroes on Call penuh muka dia dekat TikTok dan Reels sebab ramai yang buat edits reaction dia untuk semua benda. Expressions muka dia memang kelakar sebab selama ni jadi nerdy dan ikut semua cakap mentor dia, Dr. Han Yu-rim (Yoon Kyung-ho) tiba-tiba jadi orang penting sejak Dr. Baek muncul. Muka dia amaze dengan skills Dr. Baek langsung tak boleh sorok.
Seronok tengok Kim sun-young dapat berlakon dalam watak korporat sebab selalu nampak dia jadi supporting character golongan marhaen atau jadi mak-mak. Bila berlakon jadi Menteri Kesihatan, lain macam aura dia padahal muncul tak banyak pun. Sama juga dengan watak Dr. Park Gyeong-won, anesthesiologists yang selalu membantu Dr. Baek semasa pembedahan penting. Watak dia tak ada banyak dialog pun tapi bila dia muncul terus rasa lega sebab kepakaran dia membantu Dr. Baek dengan Anus.
Kudos to make-up and props team sebab semua babak di bilik bedah dan kemalangan semuanya nampak scary dan real. Bab ni memang Korea berada di barisan hadapan lah sebab tu seronok tengok medical drama diorang. Pengarah dah confirmkan Season 2 dan Season 3 untuk drama Trauma Code: Heroes on Call tapi bila nak keluar tu tak pasti. Yang pastinya, drama Trauma Code: Heroes on Call, drama terbaik untuk tahun 2024.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.