Director: Woottidanai Intarakaset
Writers: Aummaraporn Phandintong, Woottidanai Intarakaset
Cast: Woranuch Bhirombhakdi, Cindy Bishop, Pitchapa Phanthumchinda, Ploypaphas Fonkaewsiwaporn, Alina Marie Chang
Production Company:
Distributor: Netflix
Genre: Drama / Mystery
Episodes: 6 episodes (40 - 49 minutes per episode)
Release Date: 31 October 2024
Trailer:
Drama Thailand Don’t Come Home tayangan rasmi Netflix membuka kisah dua beranak, Varee (Woranuch Bhirombhakdi) bersama anak perempuannya, Min (Ploypaphas Fonkaewsiwaporn) melarikan diri ke rumah pusaka keluarga yang terletak di kawasan luar bandar.
Varee yang tertidur di dalam kereta di tepi jalan dikejutkan oleh pegawai polis kerana kawasan tersebut pernah berlaku sebuah kemalangan ngeri. Varee kemudiannya segera menuju ke rumah pusaka yang usang setelah 30 tahun. Kedatangannya disambut oleh Natee (Sahatchai Chumrum), penjaga dan tukang kebun di situ.
Natee tak banyak bercakap dan sebelah matanya telah buta akibat pergelutan 30 tahun lepas hingga menyebabkan ibu Varee, Panida (Cindy Bishop) berpindah ke kawasan bandar. Min berasa tidak selesa di rumah tersebut kerana sunyi, gelap dan berhantu. Min sentiasa diganggu oleh Lembaga hitam yang berada di sebuah jam besar. Varee tak ambil peduli kerana mereka berdua diancam bahaya dan rumah pusaka tersebut satu-satunya tempat untuk mereka berdua berlindung buat sementara waktu.
Akibat perbuatan Varee yang mengendahkan ketakutan anaknya, Min telah hilang. Dia segera membuat laporan dan Fah (Pitchapa Phanthumchinda) yang tengah sarat mengandung ditugaskan untuk misi mencari Min. Fah mengumpulkan anggota polis dan orang-orang kampung yang sukarela menawarkan diri untuk membantu namun usaha mereka gagal setelah seharian mencari Min.
Fah cuba siasat latar belakang Varee kerana kesan lebam yang banyak di bahagian muka dan badan Varee. Dia syak Varee menjadi mangsa keganasan rumah tangga tapi sebaliknya pula yang dia jumpa. Tak ada sesiapa pun yang boleh mengesahkan identiti Min maka Fah mula meragui laporan yang dibuat oleh Varee.
Naskhah Don’t Come Home arahan dan penulisan Woottidanai Intarakaset menggabungkan genre seram dan science fiction dalam 6 episod penceritaan. Misteri yang dimasukkan bukan sesuatu yang sukar untuk diselesaikan sebab ada banyak hint diberi oleh pengarah dari awal lagi. Kenapa Varee dan Min lari dari rumah tengah malam buta, Fah mengandungkan anak siapa atau ke mana Min menghilang.
Walaupun misteri dia senang, tetap seronok nak layan kisah dua susur masa yang berbeza menggunakan beberapa watak yang sama. Penulis tak masukkan banyak watak dan sub-plot supaya fokus penonton tak lari jauh. Kalau lari dari latar tempat utama sekejap pun, penulis akan tarik balik pergi ke rumah pusaka milik keluarga Varee. Seram dan saspen yang dimasukkan tak kurang hebatnya dengan visual dan latar musik yang mengerikan. Duduk dalam rumah tu dalam masa satu jam pun tak sanggup tapi orang yang terdesak macam Varee saja sanggup.
Lakonan Ploypaphas Fonkaewsiwaporn sebagai Min antara kekuatan drama misteri Don’t Come Home bila dia mampu provide range of emotion yang meluas dalam kebanyakan babak. Bila dia terancam, kita pun rasa takut dan risau sebab dia yang paling banyak kena ganggu dalam rumah pusaka tu. Masuk dekat Episod 4, drama Don't Come Home diambil alih oleh Cindy Bishop yang terdesak selepas tragedi malang menimpa keluarganya.
Tapi drama yang tengah popular di Netflix ni tetap ada yang tak seronoknya bila watak utama, Varee suka buat keputusan yang lemah. Kalaupun dia tak percayakan hantu tapi dia macam tak ambil peduli sangat dengan tahap keselamatan rumah tu. Banyak kali dia letak Min dalam posisi berbahaya sedangkan dia tahu, sedar dan mampu untuk cegah. Rasa puas hati bila Inspektor Fah perli dia pasal hal jaga anak bila Varee pertikai kredibiliti dia.
For me drama Don’t Come Home menarik lah kalau dilayan secara santai sebab geram bila Varee tak dapat pick-up lagi bila berjumpa dengan Natee. Semakin drama tu bergerak ke episod-episod hujung, makin nampak kedangkalan Varee. Bila tengok sampai habis akan timbul persoalan besar tentang Varee tapi mungkin penulis nak guna konsep yang kewujudan dia adalah karma kepada Panida sebab tu kedua-dua watak ni hidup dalam musibah sampai ke akhir hayat.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.6/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.