ASTRO SHAW PERKENAL FILEM BERGENRE ‘BATTLE ROYALE’ PERTAMA DI MALAYSIA BERJUDUL ‘WANTUGO’ | ‘Gandingan Pelakon Popular, Zul Ariffin, Sein Qudsi, Meerqeen, Elizabeth Tan, Sky Iskandar, Daiyan Trisha, Nia Atasha, Yusof Hashim & Arfie Shah’
Astro Shaw bakal mempersembahkan filem terbaru bertajuk WANTUGO dan dijangka menemui penonton penghujung tahun ini. Menariknya, Wantugo merupakan filem pertama Malaysia yang membawakan genre ‘Battle Royale’ dan membariskan deretan pelakon terkenal tanah air seperti, Zul Ariffin, Sein Qudsi, Meerqeen, Sky Iskandar, Daiyan Trisha, Elizabeth Tan, Nia Atasha, Yusof Hashim (Ucop), Arfie Shah dan ramai lagi.
Genre ini mempersembahkan sekumpulan individu yang diletakkan dalam satu persekitaran dan dipaksa bertarung antara satu sama lain untuk kekal selamat.
Filem ini diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad atau dikenali sebagai Labu, yang terdahulu mengarahkan drama premium X-Change, dan skrip oleh Ashraf Modee Zain. Manakala filem ini diterbitkan Astro Shaw dan produksi oleh Infinitus Productions Sdn Bhd.
Menurut Penerbit Eksekutif Wantugo merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Wantugo ialah sebuah filem survival thriller yang penuh dengan teka-teki menguji psikologi dan moral, seterusnya mendorong ke situasi di mana setiap pilihan mungkin akan menjadi pilihan hidup yang terakhir. Ini adalah kali pertama Astro Shaw memperkenalkan filem tempatan dengan genre ‘Battle Royale’ kepada penonton Malaysia dan rasa amat teruja bekerjasama Infinitus Entertainment dan pengarah Nurhanisham Muhammad (Labu) dan penulis dari Astro Shaw iaitu Ashraf Modee Zain dalam menjayakan Wantugo.
Bagi menambahkan lagi keterujaan kepada penonton, kami akan membawa pengalaman filem ini melangkaui layar, di mana penonton turut dapat merasai sebahagian daripada permainan dalam filem ini. Pelbagai inisiatif menarik untuk membawa filem ini dekat kepada penonton, jadi nantikan”.
Wantugo mengisahkan Zak dan ‘The Clique’ tiba di sebuah taman tema yang terbiar dan telah berjumpa dengan ‘Game Master’ yang menerangkan kepada mereka tentang 3 pusingan permainan maut. Zak dan rakannya sedar yang permainan ini mengingatkan mereka tentang kejadian lalu yang melibatkan rakan kolej mereka Luqman. Keadaan menjadi tegang antara ‘The Clique’ apabila mereka saling menyalahkan satu sama lain.
Nantikan filem Wantugo yang akan temui penonton di pawagam pada penghujung tahun. Gunakan #Wantugo di platform media sosial dan ikuti perkembangan terkini filem Wantugo di akaun Facebook, Instagram, X, Tiktok Astro Shaw.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.