ASTRO RAIKAN KETIBAAN BULAN RAMADAN DENGAN SAJIAN KANDUNGAN KEROHANIAN DAN BARISAN DRAMA TERBAIK | Lebih Dari 70 Kandungan Baharu Untuk Dinikmati Sepanjang Ramadan Di Televisyen, Platform Digital & Radio
Astro, selaku syarikat peneraju industri hiburan di Malaysia sekali lagi teruja untuk menyambut ketibaan Ramadan 1446 Hijrah dengan membawakan tontonan dan pengisian lebih menarik untuk sajian seisi keluarga. Para pelanggan Astro bakal disajikan dengan pelbagai pengisian menarik yang dapat memenuhi keperluan tontonan untuk setiap lapisan umur dan isi rumah, menerusi pilihan kandungan di platform televisyen, radio, digital serta penganjuran aktiviti lapangan.
Selain menawarkan pelbagai seleksi kandungan, kemeriahan kempen Ramadan dan Raya Astro 2025 juga menampilkan barisan duta yang dilantik untuk turut bersama membawakan mesej positif kepada masyarakat, terdiri daripada barisan pelakon dan pengacara berbakat termasuk Zizan Razak, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Merqeen dan juga Sherry Alhadad.
Untuk kempen Ramadan pada 2025, Astro sekali lagi membawakan siri jelajah ‘Assalamualaikum’ sebagai program pra-pengaktifan kempen Ramadan yang dijalankan di beberapa lokasi terpilih dengan tujuan untuk mendekati dan menyantuni masyarakat setempat. Sebanyak 300 buah pek prihatin berupa bantuan barangan keperluan telah diagihkan di semua lokasi kepada orang ramai. Program ‘Assalamualaikum’ telah berlangsung di Negeri Sembilan dan Kedah manakala lokasi seterusnya pula akan berlangsung di Kelantan pada 14 Februari 2025.
Naib Presiden, Melayu, Antarabangsa, Kanak-kanak & On Demand, Astro, Azlin Reza Azmi, berkata, “Ramadan ini Astro akan terus membawakan program yang segar, baharu dan menarik sesuai dengan kehendak dan citarasa setiap pelanggan Astro. Pengisian kandungan kali ini mengajak masyarakat untuk melakukan lebih dari sekadar beribadah, tetapi juga menyatukan komuniti, berkongsi rezeki dan mencipta momen berharga bersama keluarga tersayang. Kami menawarkan seleksi program, terdiri dari program berunsur kerohanian, barisan drama terhebat, program variasi santai, rancangan kanak-kanak, kandungan digital dan juga kandungan platform radio, semuanya untuk dinikmati oleh setiap lapisan umur sepanjang Ramadan ini. Akhir kata, Salam Ramadan Mubarak. Semoga kita semua mendapat limpahan rahmat dan keberkatan pada bulan yang mulia ini.”
Sorotan Kandungan Ramadan 2025 di Platform Astro:
Platform Televisyen
Para pelanggan Astro dapat menikmati sajian kandungan menarik yang merangkumi program kerohanian, drama terbaik, pengisian hiburan, variasi, gaya hidup dan animasi yang untuk sajian penonton seisi keluarga sepanjang Ramadan, termasuk:
Program terbaharu inspirasi Rohani sambil indahkan Ramadan, di Astro Oasis (Saluran 106)
- ‘Kurma & Kopi Santai Janji Sampai’, Program bual bicara santai secara langsung menjelang Azan Magrib & iftar. Menampilkan Mawi, Atu & Dato Kazim Elias dan ditemani selebriti ternama serta para ugamawan.
- Syamsul Debat: Dakwah Santai, program Istimewa sahur yang menggabungkan tazkirah & jenaka ringan, yang menarik untuk penonton memulakan hari mereka.
- Tazkirah Malam Jumaat 'Indahnya Ramadan', Tazkirah Malam Jumaat adalah sebuah program bual bicara yang menampilkan asatizah-asatizah popular, atau penceramah individu yang membincangkan isu-isu yang dihadapi masyarakat hari ini, diadakan di masjid atau surau yang berbeza setiap episod dengan penonton.
- ‘Langkah Nabi Musim 2’, Sertai Zainal Ariffin Ismail memulakan perjalanan yang mengagumkan melalui pelbagai landskap yang luas, terpesona dan kagum dengan keindahan dan sejarah para anibya dan solihin yang kaya di bumi Rusia.
- ‘Geng Ngaji Musim 6’, Geng Ngaji, sebuah program yang dinantikan sepanjang bulan Ramadan, mengajak penonton untuk menelefon atau membuat panggilan melalui Skype, untuk membaca serta memeriksa bacaan mereka dengan panel pada hari itu.
- ‘Jalan-Jalan Australia’ adalah sebuah travelog yang menampilkan perjalanan Alif Satar menerokai tanah 'Down Under' Australia, terutamanya di kawasan yang mempunyai banyak komuniti Melayu dan Muslim seperti Katanning, Perth dan Pulau Cocos Keeling.
- Menuju SyurgaMu, sebuah rancangan bual bicara yang berkongsi pengalaman hidup sebenar dan kisah-kisah inspirasi yang dihoskan oleh Lisa Surihani dan Ustaz Jafri Mahmoodi. Bersama selebriti jemputan seperti Nora Danish, Kiah Propa, dan ramai lagi.
Sajian drama terus menjadi pilihan No. 1 penonton Malaysia dan Astro bakal menyajikan 7 drama baharu sepanjang Ramadan 2025.
- Dia Imamku: 10PM Isnin – Khamis, Slot Megadrama, Asto Ria (Saluran 104), drama adaptasi novel karya hebat Siti Rosmizah lakonan Siti Saleha & Kamal Adli, Mengisahkan percintaan 2 darjat, Seorang gadis kaya angkuh sanggup mengahwini lelaki miskin yang dibencinya demi mempertahan egonya. Mampukah ketulusan hati seorang suami mampu meruntuhkan ego isteri serta menjadi imam yang terbaik buatnya.
- Dendam Seorang Madu: 6PM Isnin - Jumaat, Slot Tiara, Astro Prima (Saluran 105), lakonan Hannah Delisha & Redza Rosli mengisahkan Putri Rayhana, gadis miskin yang terpaksa berkahwin dengan Faris Alfian yang sebenarnya sudah beristerikan Izara secara rahsia. Mereka bertiga kini terperangkap dalam konspirasi ibu Faris yang tamak.
- Seribu Tahun: 9PM Rabu – Khamis, Slot Dramavaganza, Astro Ria (Saluran 104),lakonan Emma Maembong membawa watak sebagai Puteri Imaan Suhana, setelah dikhianati oleh teman lelakinya Azrul, dalam keadaan hamil melarikan diri ke sebuah desa terpencil, dan berkahwin dengan Shukri, seorang lelaki sederhana yang mencintainya tanpa syarat.
- Honey Minta Maaf: 9PM Setiap Ahad, menampilkan gandingan pertama Anna Jobling dan Hun Haqeem, menceritakan tentang Honey seorang ‘influencer’ popular, yang hidupnya hancur selepas "cancel culture". Dia terpaksa pulang ke kampung untuk menjaga bapanya, Tok Imam yang hilang ingatan, dan dalam masa yang sama berdepan dengan ancaman penutupan surau miliknya. Misi Honey untuk pulihkan semula namanya sebagai pempengaruh dengan menyelamatkan surau bapanya.
- UMAR: 7PM, Setiap Ahad, Astro Oasis (Saluran 106). Umar, anak yatim yang dibesarkan oleh ibu saudaranya, Damia, dibenci penduduk kampung kerana kenakalannya. Ramai mahukan Umar dibuang dari kampung tapi ditentang keras oleh Damia dengan alasan Umar tiada saudara mara lain. Muncul Firaz, abang kembar arwah ayah Umar, yang datang untuk menuntut hak jagaan Umar. Damia tiada pilihan selain melepaskan Umar kepada Firaz tanpa mengetahui Firaz sebenarnya tiada niat langsung untuk menjaga dan membesarkan Umar.
• Program-program variasi menarik pula bakal menyajikan kesemua rancangan ini di Astro Ria (Saluran 104):
- Resepi Hidup Chef Wan, adalah sebuah rancangan masakan dan bual bicara di mana Chef Wan berkongsi perjalanan hidupnya melalui makanan dan keluarga. Setiap episod menampilkan Chef Wan menyediakan hidangan istimewa yang penuh kenangan sambil menceritakan pengalaman hidupnya sebagai seorang anak, suami, ayah, dan datuk.
- Sahur Macam Berbuka, program bual bicara hiburan santai penuh inspirasi bersama hos Alif Satar, Sherry Al Hadad & Ummi Nazeera yang bakal bersiaran 15 hari sebelum Raya dari hotspot Sahur terbaik di KL!
- Andai Tiada Suri, temui Hisham Hamid dan Zahiril Adzim, ‘rival’ di skrin dalam Andai Tiada Dia, kini bergandingan di dapur! Dengan bimbingan “Ibu-Ibu TV” ikonik Malaysia, saksikan gelagat bersahaja mereka mencuba memasak hidangan Ramadan yang pasti mencuit hati!
- ‘Healing With Zizan musim ke-2’, membawa penonton ke destinasi perkhemahan sambil ‘healing’ dan berkongsi 1001 kisah suka duka dan perjalanan hidup bersama barisan selebriti tanahair.
- ‘Meletop Ramadan’, bersama Nabil Ahmad & Hawa Rizwana memeriahkan malam Selasa anda dengan pelbagai cerita dan kisah dunia hiburan tanahair.
- Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah Vs Che Ton. Sherry Al-Hadad kembali menghidupkan watak Che Ton” dari drama Khunsa! Dia tidak berseorangan apabila watak Sarimah & Tuyah juga kembali dalam program realiti drama memasak pertama di Malaysia!
Penonton bukan saja dapat menyaksikan mereka berdrama dan beraksi di dapur, tetapi berpeluang membeli makanan yang dimasak di bazaar Ramadan!
• Pelbagai Sajian Buat Tontonan Seisi Keluarga & Program Komedi Terbaik menerusi saluran Astro Prima (Saluran 105);
- Sepahtu Renew, 9PM setiap Sabtu, Sitkom terbaharu yang menampilkan Jep, Rahim, Uqasha, Razak Ahmad & Issey. Setiap episod menyentuh isu-isu semasa dengan sentuhan komedi yang menggeletek hati, menjanjikan gelak tawa tanpa henti. Lebih menarik, setiaP episod menampilkan bintang jemputan istimewa yang membawa kelainan dan menambahkan lagi kekecohan!
- Travelawak Projek Bapak Bapak musim ke-4, 9PM setiap Jumaat : Perjalanan ‘bapak-bapak’ bakal bermula Hong Kong, diikuti oleh keindahan bersalji Slovenia, dan akhirnya, keunikan budaya Romania. Musim ke-4 ini hadir dengan satu kejutan besar apabila salah seorang “bapak” kesayangan tidak dapat kembali menyertai kumpulan. Kini, uji bakat sedang dijalankan untuk mencari “bapak” baharu. Siapakah yang layak mengisi tempat tersebut? Nantikan gelak tawa, drama, dan kejutan sepanjang musim ini!
- Rasa: Ajar Masak, 7PM Rabu – Ahad, program masakan yang bakal menampilkan selebriti popular bersama suami, isteri, ibu, ayah, atuk, nenek, atau rakan rapat mereka, berkongsi ilmu masakan yang penuh nostalgia.
- Kongsi Kasih S4: Jejak Jalanan, 7PM setiap Jumaat, program CSR bersama Haze dan Abe Hae yang menyelami suka duka insan insan yang memerlukan.
- Borak Seeni, 11AM Selasa – Jumaat, mengajak penonton Bazar Hunting melihat kelainan dan keistimewaan bazar, selain tip kesihatan mengenai makanan ketika membeli belah di bazar ramadan, kapsul ilmiah untuk menyegarkan kembali mengenai kelebihan dan fadhilat Ramadan, Terawih SeeNI mengajak penonton ke masjid atau surau terpilih yang dihidupkan dengan pelbagai pengisian rohani pada malam hari, soal jawab mitos Ramadan mengenai persoalan ibadah di bulan puasa dan CSR SeeNI, hos Borak SeeNI menyantuni golongan asnaf bersama hero jalanan yang tidak asing lagi Abe Hae.
- Upin Ipin Musim Terbaharu, Musim 19, 5PM setiap hari, program animasi paling popular kembali dengan musim terbaharu di Astro Prima!
• Manakala program kanak-kanak dan animasi di Astro Ceria, (Saluran 611) pula akan menampilkan:
- ‘Upin & Ipin Ramadan’, Ikuti kisah dan gelagat Upin & Ipin ketika menyambut bulan Ramadan bersama-sama keluarga dan kawan-kawan mereka.
- ‘Upin & Ipin Iqra', Upin & Ipin: Iqra' merupakan sebuah siri animasi Upin & Ipin bersama dengan guru mereka, Ustaz Syeikh Abdul Karim Almakki, dan kawan-kawan bersama-sama mendalami ilmu al-Quran dalam siri ini.
- ‘Omar & Hana’, Jom saksikan kemeriahan kisah Omar & Hana, keluarga serta rakan-rakan mereka iaitu animasi anak-anak Islam penuh manfaat yang menjadi kebanggaan keluarga.
- CERIA: Ummi Ceritalah Pada Kami, adalah sebuah animasi kanak-kanak tentang seorang guru yang mesra disapa "Ummi" yang mengajar anak muridnya tentang nilai-nilai murni. Watak Ummi disuarai oleh Datuk Nora Ariffin.
Platform Digital
Peminat kandungan digital juga boleh turut berhibur dan menyaksikan program-program terbaik di platform Astro Gempak, termasuk:
• ‘Fallin Intern You’, sebuah drama vertikal mengisahkan Sara, yang mendapat latihan industri di sebuah syarikat media terkemuka di bawah Datin Zakiyah yang sukar. Tidak sabar untuk menarik perhatian, dia bertemu dengan Aiman, rakan sekerja yang kacak tapi sebenarnya adalah anak kepada Darin Zakiyah.
• ‘Boleh Ke Puasa?’, program realiti menampilkan 3 pempengaru bukan Muslim, hidup bersama- sama di rumah kongsi kerana akan menjalani ibadah bulan Ramadan bersama selama 7 hari.
• ‘Borak Dulu Baru Kamu Ramadan Special’, Khas Ramadan ini, Ubai akan menemu bual artis dan personaliti dihadapan pelajar pelajar universiti. Antara persoliti yang akan ditemu bual adalah Mark Adam, Angeline Tan, Rosnah Mat Aris & Watie Elite.
• Dapur Hacks’, mengajar penonton cara membuat hidangan 2 hidangan - hidangan utama dan pencuci mulut - dengan hanya menggunakan 1 alat memasak untuk sahur atau berbuka puasa.
Astro First
Peminat filem boleh menyaksikan program-program menarik di Astro First (Saluran 480) termasuk:
• ‘Kahar Kapla High Council,’ Pada tahun 2005, Kahar, seorang lelaki yang tidak dipedulikan, menyertai Pilihan Raya untuk melindungi rakannya. Niatnya yang mulia berubah menjadi kezaliman, mengancam legasi keluarganya.
• ‘Kombo Yak Yak Ye (18 Puasa & Kampong Pisang Berbuah Dua Kali),’ Istimewa Ramadan! Saksikan 18 Puasa dan Kampong Pisang Berbuah Dua Kali dengan satu harga istimewa. Saksikan sekarang di Astro First!
• ‘Papa,’ Seorang bapa diuji apabila anak perempuannya mula berkelakuan pelik, dipercayai terkena sihir hitam selepas berkhemah.
Platform Radio
Pendengar Astro Radio juga boleh terus menikmati keindahan Ramadan dengan program-program menarik di radio, termasuk:
• ‘ERA: Agen ERA’, Persedian untuk raya, personaliti - personaliti ERA, Nabil, Pak Azzad, Radin, Fazziq, Isha, Shasha, Haziq dan Muna, akan ke rumah pendengar ERA yang terpilih untuk mengemas rumah mereka.
• ‘SINAR: OOSOM SINAR’, SINAR ingin berikan duit raya kepada pendengar dengan cara bermain Ohsom! SINARIAN hanya perlu dengarkan klu di on air dan cari di manakah lokasi penyampai SINAR berada. SINARIAN pertama yang dapat jumpa penyampai SINAR, perlu bermain Ohsom dan jika menang akan dapat RM150.
• ‘GEGAR: BPG Buko Puasa Di PUSPEN’, Ramadan ini Bro Pagi GEGAR(BPG) Issey, Fizie bersama Rea dan Scha akan menyantuni penghuni pusat pemulihan penagihan narkotik Bachok (PUSPEN). BPG akan berbuka puasa bersama mereka dan akan membawa Ustaz Zarifie untuk memberi tazkirah kepada penghuni PUSPEN.
• ‘ZAYAN: ZAYAN Kongsi Rezeki’, Zayan dengan Kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia akan berbahagi pek makanan untuk berbuka puasa di beberapa lokasi yang berbeza.
Ramadan WhatsApp Sticker
Eratkan hubungan anda bersama keluarga dan yang tersayang dengan sticker Istimewa Ramadan dari Astro. Sticker menarik oleh selebriti Astro ini sesuai digunakan untuk semua. Para pelanggan boleh muat turun sticker istimewa ini di aplikasi My Astro dan kongsi kepada kepada ahli keluarga dan rakan-rakan.
Tanggungjawab Sosial Korporat (Astro ESG)
Berkesempatan dengan bulan Ramadan ini, pihak Astro Kasih sekali lagi menganjurkan Kempen Program Kasih Ramadan dengan membuka tabung sumbangan kepada masyarakat umum untuk membantu golongan yang memerlukan. Bantuan boleh disumbangkan melalui akaun RHB Bank Berhad, Yayasan Astro Kasih di nombor 21412900254230.
Untuk maklumat lanjut berkaitan pengisian terkini kandungan Ramadan Astro 2025, sila layari http://astroramadan.com.my/ atau ikuti platform media sosial Astro Malaysia. Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Astro One Entertaiment dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.
*Tertakluk pada terma dan syarat
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.