Astro Hangatkan Debaran ‘Curang Tanpa Niat’ dengan Tayangan Istimewa Menjelang Episod Kemuncaknya

Friday, 7 February 2025

Astro Hangatkan Debaran ‘Curang Tanpa Niat’ dengan Tayangan Istimewa Menjelang Episod Kemuncaknya | Acara ini dihadiri oleh barisan pelakon, produksi, para peminat dan rakan media

Meneruskan kejayaan slot MegaDrama di Astro, ‘Curang Tanpa Niat’ berjaya mengalihkan tumpuan para penonton daripada drama fenomenal sebelumnya, ‘Andai Tiada Dia’, kepada kisahnya yang mendalam. Dengan jalan cerita yang hebat dan realistik, drama ini mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan peminat dan pencinta drama, sekaligus menjadi topik perbincangan di pelbagai platform media sosial menerusi isu-isu yang diketengahkan.

Kehebatan barisan pelakon seperti Shukri Yahaya, Mira Filzah, Sharifah Sakinah dan lain-lain berjaya menghidupkan watak dengan penuh penghayatan, sehingga meraih jumlah tontonan mencecah 1.6 juta, menjadikannya antara drama Melayu terbaik terbitan Astro.

Susulan kejayaan drama ini, Astro telah menganjurkan sebuah tayangan istimewa bersama barisan pelakon, para peminat dan rakan-rakan media yang berlangsung di Hotel Le Méridien, Putrajaya, pada 6 Februari 2025. Para hadirin diraikan dengan tayangan episod ke-28, iaitu episod terbaharunya serta sesi temu bual ekslusif dan ramah mesra bersama barisan pelakon yang hadir.

‘Curang Tanpa Niat’ boleh disaksikan di Astro Ria (saluran 104) pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Strim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan sooka. Pakej Astro One kini tersedia dari RM49.99. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menambah Astro Fibre 500Mbps bersama Pakej Entertainment hanya dengan RM139.99/bulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.

******************

Info Siaran: Setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam

Platform Televisyen: Astro Ria, (saluran 104)

Platform Digital: On Demand, Astro GO dan sooka

Pengarah: Eyra Rahman

Produksi: iFame (iFabulous Art Media & Event)

Genre: Melodrama, Khianat, Cinta dan Keluarga

Bilangan Episod: 32 episod

Pelakon Utama: 

1. Shukri Yahaya sebagai Eshaal

2. Mira Filzah sebagai Elina

3. Sharifah Sakinah sebagai Astrid

Sinopsis Drama: Kisah pergelutan seorang isteri bernama Elina (Mira Filzah) dalam mengharungi ketidaksetiaan dan kecurangan suaminya, Eshaal (Shukri Yahaya) di tempat kerja.

Sinopsis Episod 28:

Elina terkejut menerima kunjungan Iskandar di pejabatnya. Dia pelik bila Iskandar mengajukan soalan seolah-olah dia sengaja hendak mengaitkan Astrid ke dalam masalah yang dilakukan oleh Eshaal sebelum ini.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.