Bulan lepas ada buat makan-makan sebab birthday adik lelaki bongsu. Dia dah cakap nak bakar-bakar je dekat rumah. Sebelum sampai rumah, kitorang singgah ke Sungai Besar sebab nak beli kek Indulgence Secret Recipe lepastu pergi ke Pasar Sungai Besar nak beli seafood.
Bertolak dari Subang lepas Subuh so sempat lah sampai sebelum jam 9 pagi. Kalau sampai pasar lambat, seafood yang orang dah tak nak je lah dapatnya. Adik bongsu suka makan sotong sebab tu try lah jugak cari dekat Pasar Sungai Besar. Masa kitorang pergi tu ramai peniaga jual udang lipan, mungkin sebab tengah musim kot. Nak beli tapi malas sebab udang lipan ni isi dia sikit je.
😮: Ehhh aunty! Sotong ni sekilo 12 ringgit je?! Murahnya.
😆: Aiyooo mana ada, salah tag maaa. Harga dia sekilo 36 ringgit.
😮: Alaaaa kena scam
😆: kalau sebelah sini yang lagi kecil pun sudah sekilo 20 ringgit, macam mana yang besar ni 12 ringgit maaa
😮: Ingatkan ada promo
😆: aiyooooo
Kitorang beli kerang jugak sekilo sebab kerang pun banyak dijual dekat Pasar Sungai Besar ni. Alang-alang dah lama tak makan, boleh la merasa sorang sikit. Masa nak balik tu singgah balik dekat abang yang jual belangkas. Dia sorang je yang jual belangkas masa ni. Nak beli tapi tak reti masak, tak reti makan pun ye jugak.
Bila tengok dekat sebelah, ada sotong kurita rupanya. Masa datang kitorang tak perasan sebab tengok sepintas lalu je. Kalau tengok betul-betul tak payah beria beli sotong mahal tadi sebab sotong kurita ni lagi murah. Sekilo baru RM18.
👨: Haaa dik, meh beli sotong kurita ni. Sotong ni lah yang orang selalu buat mukbang tu. abang baru balik dari Korea sebab tu ada banyak stok sotong kurita ni.
😅: Jauhnya sampai dari Korea
👨: Iyee dik, haritu masa balik dari Korea memang kulit abang putih. Sekarang dah kena matahari sini, jadi lah gelap sikit. Tan skin orang kata. Sotong ni kalau makan dengan Maggi memang sedap.
😅: Ehhhh mana tahu memang nak letak dalam Maggi.
👨: Tahu sangat dik, sotong ni sedap letak dalam Maggi. Masa abang dekat Korea haritu pun letak sotong ni dalam Maggi je tau. Sedap beno
😅: Hahaha ye lah bagi lah sekilo.
Anak dia dekat sebelah bagi side eye je, merepek beno bapaknya pergi Korea semata nak tangkap sotong kurita. Lepas habis beli bahan dekat Pasar sungai Besar, kitorang breakfast dekat Restoran Kurau. Dekat sini pepagi lagi dah ada menu berlauk tapi sesak lah sikit. Nak tapau macam malas so hadap lah makan sambil terbatuk kena cucuk dengan bahan tumis makcik dekat belakang.
Lepas Maghrib baru kitorang start bakar-bakar dekat belakang rumah. Nak makan sikit je tapi sebab mak dah beria perap semua benda terpaksa lah bakar je. Tak habis malam ni, buat lah sarapan pagi esok.
Punya lah lama membakar dekat belakang, sudahnya pukul 10 malam baru dapat makan. Maggi pun dah kembang tunggu semua urusan membakar selesai.
Sotong kurita kitorang beli dekat Pasar Sungai Besar tu kitorang bakar tanpa perap sebab tak tahu perapan apa sedap. Surprisingly, sotong kurita bakar lagi sedap dari sotong biasa. Makanya lepas ni memang beli sotong kurita je lah. Dah lah murah, sedap, manis pulak tu tapi kalau tak ada stok, menangis je lah tunggu abang tu balik dari Korea.
Malam tu makan maggi je lah dengan bahan bakar yang lain. Keknya buat props ambil gambar je, tak mampu nak masuk dah malam tu.
Untuk birthday adik tahun ni tak beli apa pun sebab before this bagi hadiah tapi dia tak guna pun. Bagi duit je senang, biar dia beli apa dia nak. Tapi dia ni jenis tak suka guna duit, suka menyimpan. Makan pun tak beria sangat. Anyway, happy belated birthday Bangchik!
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.